KES UPSI; APA KES POLIS NI?

Lain kali, jika di rumah, tolong jangan letak merata-rata handphone. Nanti ada kawan sms, tidak tahu apa cerita. Dan inilah yang berlaku pada hamba hari ini. Message entah bila datang, baru lepas maghrib tadi hamba baca. Cerita smsnya adalah seperti dibawah,

" Terkini! Semua pemuda wajib turun ke Balai Polis Tg Malim sekarang! Arahan KP Tantawi! Allahuakbar!"

Ini sms dari Ketua Pemuda Cawangan tempat hamba. Hamba pun keliru, apa pasal lah pula perlu ke Balai polis Tanjung Malim? Apa cerita?.... Ya, hamba tidak tahu menahu cerita pelajar UPSI dibelasah FRU kerana demo 'Mansuh ISA'. Tidak tahu langsung. Inilah akibatnya jika seharian tidak membuka laptop melayar internet. Yang rakan-rakan jemaah pun, kenapalah tidak telepon hamba...

Namun, apa-apa pun, Pemuda cawangan Rasa berjaya pergi dengan 2 buah kereta ke sana. Apa story mereka pergi ke sana, nanti hamba hendak cerita kemudian......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?