Mari sama-sama kita sebut syahadah

Selasa, Januari 31, 2012

KASIHAN BABI.

Kesian babi. Itulah yang hamba boleh katakan dalam isu ini. Kepala babi ditemui di masjid di Rawang
Manusia punya pasal, babi jadi mangsa. Politik punya pasal, babi kena bunuh. Nak huru harakan manusia, kepala babi lah pula jadi mangsa untuk diusung ke masjid.

Apa salah kami?
Nasib baik babi tiada union. Jika tidak sudah lama union babi ini akan mogok 5 tahun berturut-turut kerana tidak berpuas hati layanan manusia yang selalu menggunakan mereka untuk membuat perkara yang tidak molek. Hendak buat jahat sahaja, kaitkan babi. Hendak buat hantu sahaja, mangsakan babi.

Sudahlah dimangsakan babi untuk perkara tidak elok, orang yang melakukan perkara tidak elok itu juga akan dinamakan babi. 'Babi punya perangai letak kepala babi dalam masjid'. Kasihan babi, manusia yang buat jahat, nama dia juga yang kena kutuk...... apalah nasib engkau.

0 ulasan: