ZAMAN NI, SYAITAN BANYAK RILEKS, KRN KERJA DIA MANUSIA YG BUAT..

Pernah dengar cerita berkenaan dengan syaitan menyesatkan manusia? Mesti selalu bukan? Pernah tidak ada mendengar satu cerita bagaimana syaitan spin cerita untuk menyesatkan manusia? Mesti sudah, bukan? Tetapi kadangkala kita terlupa akan kisah-kisah itu.

Ada satu kisah yang baru diemail oleh rakan sekerja yang hamba tidak kenal pun, tentang satu cerita bagaimana syaitan menyesatkan manusia. Rasanya, ramai sudah mendengar dan membaca cerita ini, tetapi hamba hendak para gejuis semua fikir kembali jalan cerita ini.

Kisahnya;

Ada seorang yang beriman duduk disatu kampung. Apabila beliau mendengar ada sekumpulan orang menyempah sebuah pokok yang dikatakan selalu bawa tuah, maka orang yang beriman itu terus mengambil kapak untuk menumbangkan pokok itu kerana bencikan perbuatan syirik kepada Allah SWT.

Dalam perjalanan, syaitan menghalangnya, lalu lelaki beriman itu berlawan dengan syaitan itu. Syaitan itu sentiasa kalah apabila berlawan dengan lelaki itu. Setelah beberapa kali kalah dalam pergelutan, maka syaitan membuat cara lain untuk menghalang lelaki itu.

Syaitan beri kata dua kepada orang beriman itu, jika beliau balik ke rumah, syaitan akan memberi satu syiling emas kepada beliau. Maka orang yang beriman itu tergoda dan balik ke rumah. Kembali ke rumah, beliau terjumpa satu syiling emas. Esoknya, beliau terjumpa lagi sebiji emas dan seterusnya hari kedua. Tetapi, hari ketiga, beliau tidak dapat lagi satu syiling emas, maka beliau dengan marah, mengambil kapak dan pergi ke pokok yang disembah orang itu.

Dalam perjalanan, beliau terserempak semula syaitan yang sama, dan mereka bergelut. Tetapi, kali ini, syaitan yang menang dalam pergelutan. Maka orang yang beriman itu bertanya kepada syaitan kenapa dia kalah kali ini.

Syaitan jawab, 'Kerana sekarang kamu hendak menumbangkan pokok itu kerana syiling emas, bukan kerana Allah'.

Sapa mau tebang pokok syirik?
Itulah cerita yang diemail kepada hamba. Maka si pemberi email itu kata, moral of the story ialah kita mesti ikhlas bekerja kerana Allah SWT. Memang benar itulah pengajaran dari cerita itu. Tetapi, hamba nampak lagi satu perkara tentang cerita itu. Perkara yang tersirat.

Cuba anda semua bayangkan, jika cerita itu berlaku pada zaman sekarang. Apa yang akan berlaku kepada lelaki yang beriman itu? Adakah syaitan akan menghalang beliau dari menebang pokok yang disembah manusia ketika itu.

Hamba rasa, tidak.

Syaitan akan membiarkan orang yang beriman itu terus menumbangkan pokok itu. Sudah pasti.

Kerana syaitan tahu, akan ada manusia-manusia syaitan yang akan menangkap orang beriman itu, dipenjarakan, kemudian akan ada surat-surat khabar syaitan, yang memburuk-burukkan orang beriman itu kerana perbuatan 'melampau', 'ekstrim agama', JI, pengganas Mujahidin, dakwah cara tidak berhemah dan tidak liberal serta konservatif kerana menebang pokok yang 'tidak berdosa'.

Syaitan tidak perlu membuat apa-apa untuk menghalang orang beriman itu kerana syaitan tahu, akan ada blog-blog yang menghentam cara, kaedah dan tujuan orang beriman itu menebang pokok yang disyirikkan oleh manusia. Ayat, dakwah cara tidak berhemah dan perbuatan melampau dan taksub kepada agama pasti akan digunakan kepada orang yang beriman itu.

Jika ada segolongan manusia yang beriman inginkan satu undang-undang agar tiada lagi manusia menyembah pokok, pasti akan ada segolongan manusia yang berlagak educated memperli, mengherdik dan menghina akan undang-undang moral yang tidak boleh diguna pakai oleh gen Y dan muda-mudi kerana tiadanya sifat menghormati perbezaan.

Itulah hakikat zaman sekarang, sudah BANYAK syaitan berbentuk manusia berkeliaran dikalangan manusia, tidak kira manusia syaitan itu datang dari BN atau PR. Ada banyak dan orang yang beriman perlu berhati-hati berkawan dengan mereka...... berhati-hatilah.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?