Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Oktober 22, 2011

SELAMAT AKIDAH, UMNO NAK BUAT KE?

umno memang dari mula-mula ditubuhkan adalah untuk membiasakan orang Melayu yang beragama Islam untuk berbuat dosa-dosa besar. Setelah ditubuh oleh Dato Onn dan kemudian dikemudi oleh Tunku Abdul Rahman, umno sudah berjinak dengan judi. Judi digunakan untuk menambah kantong kewangan umno. Sebab itu unit ulama dalam umno keluar umno dan tubuhkan PAS.

Selepas merdeka, umno berjinak pula dengan arak kerana dengan bangganya, mewujudkan kilang arak di negeri Selangor awal 60-an dahulu. Kebanggaan menaikkan kilang arak oleh umno sehinggakan terkeluar berita suratkhabar PM Malaya sedang tersenyum lebar dengan tokey arak Inggeris merasmikan kilang arak itu.

Setelah itu, dengan tidak cukup judi-judi nombor ekor dan kedai judi kecil-kecilan di serata Tanah Melayu, sempena menjadi negara bernama Malaysia, umno telah berbangga menaikkan lagi industri judi kepada yang lebih besar, terwujudnya tempat judi terbesar di Asia Tenggara, Genting Highland. Tempat perjudian yang besar telah dibuat di atas gunung Genting di negeri Pahang bersempadan dengan Selangor.

Pada awal 80-an pula, apabila sebuah pertubuhan Islam di Malaysia hendak melaksanakan hudud sebagai undang-undang, maka umnolah yang paling lantang, malah lebih lantang dari MCA dan MIC menghalang dan memburuk-burukkan hukum Hudud. Terang-terangan umno mengatakan hudud adalah hukum zalim, jika hudud terlaksana, maka akan kudung tangan rakyat Malaysia, jika hudud terlaksana, tidak cukup bata untuk buat bangunan dan berbagai-bagai penghinaan lagi.

Pada awal 80-an ini juga, sebuah pertubuhan Islam telah membawa draf undang-undang murtad untuk dilaksanakan didalam Parlimen. Dan seperti biasa, umnolah parti politik yang paling lantang menghalang enakmen murtad ini.

Penghinaan hukum hudud tidak berakhir sehingga kini oleh umno. Kata-kata masa tidak sesuai untuk dilaksanakan masih lagi kedengaran oleh puak-puak umno. Kesimpulannya, umno dan Islam adalah seperti air dengan api. Tidak boleh bercampur. Jika bercampur, salah satu pasti mati.

Media cetak yang digunakan umno untuk menghalang dan menghina hukum hudud adalah utusan malaysia. Kartun-kartun pada zaman 90-an dengan selamba menayangkan orang kudung kerana perlaksanaan hudud. Sehingga ketahap ustazah umno pun dengan selamba menghina hukum hudud di depan pelajar Mesir pada tahun 2009 dahulu.

Baru-baru ini, utusan malaysia sekali lagi menayangkan kartun menghina Islam dan hukum hududnya sekali. Ianya seperti umno dan utusan akan melakukan apa sahaja untuk menghalang, menghina, memutar belit, memburukkan dan berbagai-bagai lagi perkara negatif terhadap hukum hudud.

Namun hari ini, musuh Islam yang utama, iaitu umno dan utusan, dengan 'berbesar hati', memberi sebanyak-banyak ruang kepada HIMPUN, satu acara untuk berkumpul memberi sokongan agar akidah umat Islam terjaga.

Hendak tahu kenapa umno buat begitu? Nanti hamba cerita pada bab kedua nanti. Hamba hendak keluar, beli barang dapur......

0 ulasan: