Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Oktober 19, 2011

HIMPUN: PUSAT BETUL, PEMUDA PUN BETUL, YG KORANG KECOH-KECOH APAHAL?

Hari ini hamba hendak bercerita sedikit tentang isu HIMPUN secara cakap-cakap kedai kopi. Disebab sudah lama tidak bergejuis, maka cerita yang hendak diceritakan pada hari ini adalah secara stail cakap-cakap kedai kopi. Iaitu cakap-cakap yang tiada selindung, tetapi diluahkan seluah-luahnya.

Ada dua keadaan yang dilihat oleh sesetangah manusia, keputusan dari Persatuan politik Islam di Malaysia yang sama, tetapi nada yang berbeda. Satu keputusan Pemudanya, dan satu keputusan Pusatnya. Pusat kata 'tiada kaitan dengan Himpun', tetapi Pemudanya terlebih dahulu berkata 'akan bersama-sama dengan Himpun'.

Kenapa berlaku 2 keputusan yang jauh berbeza?

Ada blog yang menghentam kromo Pemuda kerana tidak mengamalkan tatacara berparti yang betul kerana mendahului Pusat dari membuat kenyataan. Mereka menyarankan agar Pemuda sepatutnya menunggu keputusan Pusat dahulu daripada membuat apa-apa kenyataan. "Amal Jaraiyy" patut diutamakan.

Sekali baca, hamba melihat seolah-olah mereka yang menghentam kromo Pemuda adalah mereka yang inginkan Pemuda ini bersikap 'yes man'. Kami ikut sahaja keputusan Pusat. Kami tidak boleh buat apa-apa keputusan selagi Bapa kami belum buat keputusan. Pusat adalah maksum dan Pemuda wajib akur. Jika itulah jenis Pemuda yang diidamkan, maka percayalah, Dato Asri tidak akan dipecat dari Parti Islam SeMalaysia.

Apa guna instrumen Pemuda jika sekadar mengiyakan apa sahaja keputusan Pusat dibuat? Apa guna Dewan Pemuda ditubuhkan jika ianya hanya sekadar dewan untuk orang-orang muda berkumpul? Dewan Pemuda adalah satu instrumen dalam PAS sebagai kumpulan pendesak dan satu kumpulan 'menyedarkan' pemimpin Pusat jika tersilap buat keputusan.

Pemuda juga adalah satu instrumen yang boleh dijadikan senjata untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Pusat yang lari dari perjuangan asal Parti Islam SeMalaysia. Pemuda adalah Pemuda. Bukan Dewan Muslimat dan bukan Dewan Harian. Pemuda adalah Pemuda. Memputerikan Pemuda adalah salah satu  kerja yang akan menghancurkan Parti Islam di Malaysia ini.

Oleh itu, apa yang dilakukan oleh Pemuda untuk menyokong Himpun, adalah satu tindakan politik menyelamatkan undi Melayu. Ya, satu tindakan politik menyelamatkan undi Melayu. Jika anda semua tidak nampak dan perasan, PAS bukan hanya memerlukan undi Cina dan India untuk menang, tetapi memerlukan juga undi Melayu.

Tolong jangan fikir undi Melayu PAS atau Umno, tetapi tolong fikirkan golongan 30%, iaitu Melayu atas pagar yang bukan PAS dan umno, tetapi atas pagar.

Apa? Korang ingat umno buat perangkap berkenaan isu Himpun ini untuk menyedarkan penyokong PAS dan PR ke? Tidak, mereka mensasarkan kepada pengundi atas pagar Melayu. Jerangkap ini dibuat untuk memancing pengundi atas pagar berketurunan Melayu.

Jika PAS tidak bersetuju dengan Himpun, maka percayalah, esoknya, media-media umno akan bercerita tentang PAS sudah membuangkan isu-isu berkaitan Islam jauh-jauh untuk mendapatkan kuasa. PAS telah dicucuk hidung oleh DAP. Dan memang itulah yang akan dibuat umno. Buat cerita gila. Buat cerita fitnah. Dan sasarannya bukannya penyokong PAS dan PR, tetapi kepada mereka yang atas pagar berbangsa Melayu.

Esok, cuba anda semua bertanya kepada mereka yang tidak ambil pot tentang politik, apa yang akan mereka katakan tentang kes Pusat kata tidak ada kaitan dengan Himpun, tetapi Pemuda kata menyokong Himpun. Cuba tanya mereka. Jangan tanya hamba, sebab hamba ahli PAS, jangan tanya ahli PKR, jangan tanya kawan-kawan kita yang menyokong PR, tetapi cuba tanya mereka yang betul-betul atas pagar. Mereka yang betul-betu tiada pendirian politik.

Maka anda semua pasti akan tahu, kenapa Pemuda mengambil langkah berkenaan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak dapatkan undi kena buat kerja macam apa yang suhaizan kayat lakukan.

Setakat buat kenyataan sokong sana sokong sini, kerja tak buat . itupun tak boleh

tungkaran hati berkata...

Semakin hari semakin jelas akan perjuangan PAS yang tersasar....PAS menggunakan Islam untuk menolak perjuangan dan perpaduan Islam, jadinya perjuangan PAS untuk apa?
Renung-renungkan dan selamat beramal untuk kebaikan!

aku berkata...

Suhaizan kayat tu siapa?

Mazwandi Mustaffa berkata...

Tak pergi HIMPUN menolak perjuangan dan perpaduan Islam? Tungkaran hati terlalu naif tentang selok belok politik..

Perlu menimba pengalaman lagi....