MERAI KEPELBAGAIAN; SESAT?

Sekarang ini, tanah Melayu sudah mempunyai golongan dimana iktikad kehidupan mereka adalah berdasarkan kepada liberalisme. Apakemendenya liberalisme itu. Sejenis kuih kah? Bukan. Ianya bukan sejenis kuih dan bukan sejenis minuman, tetapi satu jenis pemikiran akal manusia.

Apa yang dimaksudkan liberalisme, atau lebih senang kita sebut liberal? Jika hendak tahu, elok korang semua google atau yahoo. Akan dapatlah jawapan yang anda semua carikan.

Namun, golongan ini pasti tidak akan mengaku bahawa mereka adalah golongan liberal. Mereka akan kata, golongan yang melabel mereka ini sebagai golongan liberal adalah sifat orang yang tidak boleh menerima atau menolak sesuatu perkara atau pemikiran mereka tanpa hujah. Mereka akan kata bahawa pihak yang melabel mereka sebagai liberal, adalah satu golongan yang akal sempit dan mengambil jalan mudah untuk menafikan pemikiran mereka.

Mungkin betul, namun mengapa mereka amat tidak sedap hati apabila mereka ini dilabel liberal? Mungkin tidak yakin dengan pendirian mereka sendiri?

Satu istilah yang suka diguna oleh golongan liberal ini adalah meraikan kepelbagaian. Merai kepelbagaian adat, merai kepelbagaian bangsa, merai kepelbagaian pemikiran dan merai kepelbagaian agama. Apa yang mereka maksudkan meraikan kepelbagaian itu adalah mereka mengambil apa-apa sahaja yang baik dari kepelbagaian itu, dan meletakkan pada satu tempat.

Maksudnya juga, mereka meletakkan semua kepelbagaian itu adalah sama, samada dari segi bangsa, adat, pemikiran dan agama, semuanya sama, dan yang penting, mereka mengambil apa yang terbaik dari kepelbagaian itu menjadi satu elemen. Yang tidak baik dibuang dan yang baik diterima.

Pada perspektif bangsa, adat dan pemikiran, itu boleh diterima, tetapi apabila masuk kepada agama, disini timbul satu konflik yang kronik.

Asas pemikiran golongan liberal ini adalah, agama hanyalah label. Ianya adalah satu elemen dimana untuk mengongkong kehidupan manusia bagi kepentingan kepada sesuatu kumpulan. Hukum hakam dianggap sebagai satu perkara menafi kebebasan kehidupan dan sebagai candu kepada manusia hidup didalam kurungan. Oleh itu, golongan ini telah memutuskan bahawa, apa yang baik didalam agama itu adalah isian agama yang menyeru manusia berbuat baik, tolong menolong, bantu membantu, tidak menyakiti insan lain, yang sememangnya ada didalam ajaran agama. Itu sahaja. Konsep akidah telah dibuang jauh-jauh.

Maka akan tersebutlah golongan yang ingin merai kepelbagaian ini dengan sebutan "Semua agama adalah sama, samada Hindu, Kristian, Budha, Yahudi dan Islam. Semuanya menuju kebaikan." Mereka menganggap, agama hanya berkaitan dengan urusan kehidupan antara manusia dengan manusia. Urusan kehidupan diantara manusia dengan Tuhan, atau lebih tepat, akidah, adalah satu perkara yang tidak wujud.

Mereka akan mengatakan bahawa, sesiapa yang membuat hujah berdasar kepada hukum dan fatwa, sebagai satu golongan dangkal. Mereka akan menghentam kepada seseorang yang berhujah berdasar kepada hukum agama, berkata tentang fatwa agama, dan sesiapa yang berkata, "ini adalah hukum Tuhan". Golongan liberal ini akan mengecop golongan 'agamawan' ini sebagai elemen pengacau.

Pelik bukan? Apabila satu golongan yang ingin meraikan kepelbagaian, tetapi apabila datangnya golongan 'agamawan' mereka akan kata golongan ini adalah pengacau. Dimana pula letaknya elemen merai kepelbagaian mereka yang dibangga-banggakan? Sudah hilang apabila masuk bab hukum dan fatwa? Sudah hilang apabila ada seseorang yang menyebut "ini adalah hukum Tuhan"?

Jelas disini, walaupun kononnya mereka ini adalah golongan yang menyebut untuk merai kepelbagaian, namun sebenarnya mereka ini adalah juga satu golongan yang hipokrit. Pandai berkata-kata, pandai main psikologi, pandai meraih penyokong yang jahil, dan, berhati-hatilah dengan mereka ini. Kerana golongan yang dahulunya dipinggirkan ini, sekarang sedang bergerak didalam selimut politik negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?