HAMBA TIDAK AKAN TERPEDAYA DGN PUAK TIDAK MENGAKU MUHAMMAD ITU RASUL.

Lama sungguh hamba tidak bergejuis. Lama sungguh. Hendak kata sibuk, tiap-tiap hari sibuk. Tetapi ada peluang bergejuis. Idea menulis meinmbun-nimbun, tetapi hati terasa sungguh berat untuk 'on' laptop. Tidak tahu mengapa?

Namun, selepas subuh tadi, dengan tiba-tiba, tubuh hamba pergi ke laptop dan terus menbukanya. Bukan setakat membuka laptop, tetapi terus mendail broadband dan terus meng'log in' ke dalam blogspot. Kiranya hendak menulis sesuatulah tu.

Sebelum menulis, seperti kebiasaan, hamba membuka blog dan portal berita. Melihat cerita-cerita sensasi didalam alam maya. Banyak cerita dihidangkan. Dan yang paling hamba terkesima, adalah cerita JAIS 'menyerbu' gereja di Damansara Utama. Hamba terbaca cerita ini dalam MalaysiaKini.

Apa yang menarik perhatian hamba, penceritaan yang ditonjolkan adalah seolah-olah yang baiknya puak Kristian dan yang jahatnya puak Islam melalui JAIS. Itu yang hamba nampak dan memang itulah yang sedang berkumandang. Tetapi, apa yang tidak ditonjolkan adalah siapa yang benar dan siapa yang salah. Siapa putih, siapa hitam. Siapa yang jahat, dan siapa yang baik.

Mula-mula hamba hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Kristian yang mengkomen didalam ruangan komen fb pada portal MalaysiaKini itu. Mereka seperti meminta umat Islam meraikan kepelbagaian dalam agama di Malaysia ini. Mereka memohon untuk hormat menghormati antara agama, satu sama lain. Sebenarnya, memang ya, itulah yang dianjurkan oleh Islam, hormat menghormati agama-agama lain.

Puak Kristian mahukan umat Malaysia ini menyebut tuhan hanya dengan satu nama, iaitu Allah. Semua tuhan dalam agama-agama lain menyebut nama tuhan adalah Allah. Eloklah begitu, kerana Allah adalah Allah. Allah mencipatakan kamu semua. Dialah menciptakan kehidupan, baik dan buruk. Dialah menciptakan segala sesuatu, cantik atau buruk.

Jika itu kehendak mereka untuk meraikan kepelbagaian, adakah ianya akan menjadi satu kesalahan kepada agama Islam?

Tetapi, yang menarik hati hamba, apabila puak-puak Kristian ini mahu bersatu kepada satu nama tuhan, tetapi ada satu perkara yang mereka tidak pernah menyebut. Apakah yang mereka bincangkan tentang Nabi Muhammad SAW? Itu yang kami umat Islam hendak tahu. Apakah pendirian puak Kristian tentang Muhammad?

Kami mendengar pelbagai cemuhan dari puak Kristian apabila mereka berbincang dan berdiskusi bersama mereka apabila mereka bercerita tentang Rasul terakhir ini. Ada yang kata beliau gila seks kerana ramai isteri. Beliau perogol budak kecil kerana mengahwini Aisyah semasa kecil dan Nabi Muhammad adalah seorang penipu besar. Jadi wahai puak Kristian, adakah benar apa yang hamba dengar tentang cemuhan ini dari pihak Kristian kepada Rasul yang terakhir ini? Hamba harap tidak. Kerana apa guna kita bercerita tentang menghormati kepelbagaian agama tetapi disebalik tabir, anda semua mengutuk junjungan besar Rasul terakhir?

Cuba cerita sikit wahai kawan Kristian, apa pendirian anda semua tentang Nabi Muhammad SAW. Hamba hendak melihat keikhlasan kamu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?