Mari sama-sama kita sebut syahadah

Rabu, Ogos 17, 2011

GURU SEKOLAH MAKIN CELARU

Baru hamba tahu, cikgu Inggeris di sekolah seluruh Malaysia semuanya tidak pandai mengajar belaka. Manakan tidak, sehingga memaksakan 300 guru import dibawa masuk untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Apa agaknya reaksi guru bahasa Inggeris. Adakah mereka akan melenting, atau mereka akan menikus, 'kami dengar dan kami patuh'.

Namun, yang peliknya, 300 guru yang diimport nanti adalah guru Inggeris dari USA. Masaklah budak-budak. Peninglah guru-guru Inggeris. Loghat Inggeris British akan ditukar kepada loghat Inggeris USA. Haru biru.

Itu satu hal, yang menambahkan hal lagi adalah cerita sains dan matematik boleh dipilih, samada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Lagilah masak. Siap Pak Udin beri kebebasan kepada sekolah (aka pengetua/guru besar) untuk memilih, sekolah mereka akan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Hijau bingau lah sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Semenjak TPM memegang tampuk kuasa Menteri Pelajaran, tiada satu dasar pun yang dibuat beliau yang boleh membantu menaikkan taraf pembelajaran pelajar-pelajar. Yang ada hanya politiking 'aku nak jadi PM'. Tahun-tahun ke hadapan, pasti para guru akan menggelar Pak Udin seorang Menteri yang merosakkan sistem pembelajaran Malaysia yang sememangnya sudah rosak semenjak merdeka.

Dari satu ke satu, dari dulu hingga kini, sistem pendidikan Malaysia hanya membenarkan informasi-informasi matlumat melalui satu hala dan satu sumber, iatu dari mulut guru yang bersumber dari buku teks. Jika buku teks membohong, maka guru itu akan mengajar benda yang tipu, jika guru spin cerita, anak murid dipaksa terima bulat-bulat apa yang diperturunkan oleh guru.

Jika ada guru yang membuat kelainan sedikit, mengembangkan ilmu dari berpusat kepada mengembang jauh, maka pasti guru itu akan dikacau atau diperhati dengan penuh kemuykilan oleh pihak pentadbiran kerana telah tersasar dari 'matlamat' dasar kerajaan.

Inilah dia dunia pendidikan di Malaysia. Caca marba lagi haru biru ke tahap gaban.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kementerian Pelajaran tidak putus putus mendapat menteri yang TERUK. Dulu Hisham yang penakut dan tidak menyumbang apa apa kepada kaum guru, kini digantikan dengan PEMBOHONG BESAR yang juga dari Johor. Apa yang guru dapat apabila TPM jadi Menteri Pelajaran? pembohongan dan janji palsu. Hari guru 2010 istihar semua yang mumpunyai ijazah PhD akan dinaikkan Gred, Habuk pun tadak. Gred gaji yang lebih baik untuk guru, habuk pun tadak, pengurangan beban kerja gutu, habuk pun tadak. teliti semula skala gaji guru dalam perkhidmatan awam: mereka yang terendah.. kalau pembohong jadi menteri, apa nak jadi dengan guru kita?

BZ berkata...

Nak hairan apa dah gurux pun jenis
ada akal tak mahu pakai nak buat
macam mana.Sebabnya masih ada gurux
yang masih pekat tak mahu berubah.
Buku Jingga dah tetapkan kenaikan
gaji guru tapi masih ada gurux
yang tak guna akai.Alasan takut
untuk menonjolkan diri sudah BASI.
Cuba bayangkan kalau satu sekolah
tu kebanyakannya pro PR mana
mungkin kementerian nak tukar semua
sekali.Apa yang penting "WONDER PET"

otaklunyai berkata...

Mentri BODDOH!!! sebab tu jadi carca marba... ditambah pulak pengetua2 sekolah 99% jadi LEMBU amno laknat.. dok warning guru2 supaya pangkah kera-jaan... sikit2 nak tenyeh rekod guru2.. apa punya boddoh dapat jadi pengetua... tapi apa nak heran kat m'sia memang kriteria utama nak jadi pentadbir adalah org itu mesti BODDOH dan berlidah panjang utk menjilat..