Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Julai 23, 2011

SOP CPR POLIS; PATAH TULANG RUSUK.

Jika anda semua mempunyai saudara mara yang sesak nafas atau lemas, tolong jangan memohon bantuan polis untuk melakukan CPR. Besar kemungkinan saudara anda semua akan mati akibat patah tulang rusuk. Dimaklumkan lagi, jika ada pegawai perubatan ingin memasukkan sesuatu tiub ke dalam mulut mangsa pengsan, tolong panggil sekali dentist kerana gigi mangsa itu akan patah.

SOP untuk bantuan pernafasan CPR bagi anggota polis selepas ini mestilah ditambahkan lagi prosedurnya. Polis patut menambah menyimenkan dada simangsa yang telah di CPR kerana tulang rusuk yang patah. Atau pihak polis boleh menambah sesiapa yang mati kerana patah 3 tulang rusuk kerana CPR yang dibuat oleh polis adalah perkara biasa dan tidak boleh disaman dimahkamah.

Bagi kepatahan gigi kerana proses memasukkan tiub juga, pihak perubatan juga perlulah menunggu doktor gigi berada disebelahnya agar gigi yang patah itu dapat diselamatkan.

Untuk makluman juga, sesiapa yang ada rakaman jenayah, perlulah diberikan kepada polis agar polis boleh mengedit sesuka hati mereka agar yang bersalah tidak bersalah dan yang menjadi mangsa dipersalahkan.

Sekian, terima kasih......

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang komplikasi cpr adalah rib fracture, dan itu adalah amat biasa.ramai juga yg patah tulang rusuk boleh hidup selepas effective CPR. difficult intubation pun boleh menyebabkan gigi patah apatah lagi gigi yg jarang2 mcm org tua dsbnya dan juga dalam keadaan yg agak cemas seperti cpr.. bagi saya yang paling masalah skali adalah org ramai yg 'witness arrest' x buat cpr ketika allahyarham tengah nazak(cardiac arrest). Orang2 ni yg patut disalahkan dulu ( saya dah tonton video). peratusan failed CPR naik sebanyak 10% setiap minit jika dilambat-lambatkan cpr itu. Amat malang skali.. kenapa peserta bersih yg menyaksikan keadaan itu semacam blurr sahaja. Sebagaimana yg penulis tahu, beliau yg sudah mati lama, ketika tiba di hkl, cpr tetap diteruskan. Saya berhaluan yg mungkin sama seperti saudara penulis, tapi dlm hal ni, kenyataan2 pembangkang sangat memalukan. Maybe Dr Hatta boleh komen, atau Prof Aminuddin ( suami Dr Lo' Lo') boleh explain dengan lebih detail. Saya setuju dengan pandangan pakar perubatan yg mengatakan komplikasi jantung ( cardiac arrest) boleh berlaku secara tiba2 dan hanya mengambil masa beberapa saat utk berlaku, apatah lagi didalam situasi yg cemas spt perhimpunan bersih. Saya sendiri pernah menghadiri perhimpunan seperti ini dan merasakan jantung saya berdegup begitu laju. Untuk org yg mempunyai lemah jantung (heart failure) atau arrythmias lagi la sennag untuk mendapat serangan jantung. Bagi saya, biarlah ajal dia datang, itu ketentuan allah. Jika dia berniat baik, insya allah akan dibalas baik dan setimpal. Hentikanlah adu domba atau komen2 murahan seperti masuk tiub pernafasan kena panggil dentist dan simen dada dsb.. sungguh memalukan dan nampak bodoh apabila org berkenaan bercakap. Ayuh doktor2 dlm PAS, beri la komen, jangan biar org yg mengaku pandai komen.

Mazwandi Mustaffa berkata...

cakap berjela-jela. tetapi kenapa takut memberi identiti?

Adakah perlu selepas ini hamba perlu mengawal ulasan yg hanya mereka yg berani memberi identiti?

Mungkin tidak kot..

Isma Subindin berkata...

maaf.. sy bukan nak menyebelahi mana2 pihak.. tapi apa yang saya belajar melalui perubatan.
1- komplikasi buat CPR mmg berkemungkinan patah tulang rusuk.
2- yang tang patah gigi tu semasa kemasukkan tiub.. utk pengetahuan semua semasa kecemasan DR mungkin menggunakan ETT(endotrakeal tiub) utk bantu psakit bernafas.. utk mngukana ETT ni,DR haruslah menggunakan laryngoscope..iaitu sejenis besi.. boleh tgk internet kalau nak tahu lebih lanjut.. mmg komplikasi guna besi tu pun gigi mmg boleh patah lagi2 bagi mereka yang berusia.. ini untuk perkongsian.. hope semua faham.. kalau nak tahu lbh lanjut.. bolehlahh baca internet apa itu ETT, bagaimana cara memasukkan ETT.. and apa itu laryngocsope dan juga komplikasinya..