Mari sama-sama kita sebut syahadah

Jumaat, Julai 01, 2011

CERITA SENSASI YANG INGIN DISENSASIKAN.... JOM BACA....

Baru balik Lumut. Ada kerja di Pengkalan TLDM Lumut. Pergi bersama Profesor-profesor dari Agensi Nuklear Malaysia. Kerja berkenaan apa, itu rahsia. Nanti polis tuduh kita JI pula. Hendak masuk ke pengkalan itu, punyalah susah. Kad pengenalan memang tidak boleh masuk. Sebabnya, polis tentera akan simpan IC kita, dan diberi pula kad pelawat. Ini adalah kali pertama hamba tidak membangkang dari memberi IC untuk ke sesuatu tempat. Maklumlah, masuk kawasan askar.

Nasib baik ada seorang dari Mindef yang datang menolong untuk memudahkan urusan untuk masuk dan 'berkomunikasi' dengan pihak navy di Lumut itu. Namun, walau apapun, layanan dari pihak askar, memang first class. Layan dengan penuh baik dan profesional.

Apa yang hamba hendak ceritakan dalam blog ini bukan berkenaan cerita kerja hamba disana, tetapi hendak cerita tentang cerita sampingan semasa berborak dengan pihak navy dan Agensi Nuklear (AN). Ada tiga cerita, satu cerita kapal selam, kedua berkenaan projek Lynas, dan ketiga berkenaan projek tenaga nuklear.

Sebelum hamba bercerita, hamba kena memperjelaskan, mereka-mereka yang bercerita tentang ketiga-tiga cerita ini adalah bukan ahli politik, tidak memihak kepada mana-mana, mana yang betul, mereka kata betul, apa yang salah, mereka kata salah. Apa yang Najib buat salah, mereka kata salah, apa yang dibuat Najib betul, maka mereka akan kata betul.

Cerita satu, berkenaan kapal selam Scorpene.

Dalam cerita ini, ada 3 perkara penting yang hendak diutarakan oleh seorang yang membantu kami untuk masuk ke Pengkalan TLDM. Beliau adalah seorang bertaraf Dr. Pakaian simple. Perwatakan sederhana. Tetapi, apabila bercakap, baru nampak inteleknya beliau.

Profesor dari AN bertanya, apa cerita berkenaan kapal selam Scorpene? Betul ke tidak boleh menyelam? Maka dijawab Dr dari Mindef itu dengan 2 jawapan. Satu jawapan, beliau betul-betul marah dan tidak berpuas hati dengan ahli politik yang membising-bisingkan tentang cerita kapal selam tidak boleh menyelam. Sepatutnya cerita itu tidak boleh dikecoh sehingga ke tahap antarabangsa. Janganlah memalukan TLDM berlebih-lebihan. Mereka yang berbuat demikian layak dihumban ke laut sahaja.

(Hamba membayangkan beliau marah kepada anak Anwar Ibrahim.)

Jawapan kedua beliau pula; adalah menjadi kebiasaan untuk sesuatu kelengkapan baru untuk mengalami sedikit kecacatan. Namun ianya masih didalam waranty, maka kerosakan itu dibaiki oleh syarikat yang membekalkan tanpa sebarang bayaran. Sekarang kapal selam itu tidak mempunyai masalah.

(Hamba membayangkan pula untuk jawapan ini bahawa memang sah kapal selam itu tidak boleh menyelam. Tetapi sekarang sudah ok.)

Untuk jawapan ketiga pula, beliau menjawab tanpa ada soalan pun untuk jawapan itu diutarakan kepada beliau. Beliau berkata, tidak sepatutnya ahli politik mempolitikkan perkara berkenaan lebihan RM500 juta. Beliau berkata, dengan duit lebihan itulah, maka pihak TLDM telah menghantar anggotanya untuk belajar bertahun-tahun untuk belajar mengendalikan kapal selam. Duit pergi balik mereka, duit pergi balik dan penginapan untuk pengurusan mengendalikan projek kapal selam ini ke Perancis.

(Dalam perkara ini, hamba lihat, Dr ini ada sedikit kebodohannya. Duit urusan dan belajar askar-laskar berjumlah sehingga SETENGAH BILION? Ini kerja gila. Lagi satu, takkanlah kerja bodoh sangat kerajaan Malaysia dengan harga 2 kali ganda berbanding dengan negara lain bayar untuk Scorpene yang sama, tidak dimasukkan untuk pembelajaran askar-laskar untuk mengendalikan kapal selam. Ini dua kali kerja bodoh.)

Cerita Dua, berkenaan Lynas.

Selepas berbincang panjang lebar tentang projek kerja, tiba-tiba perbincangan kami 'ter' masukkan cerita berkenaan Lynas. Bab ini, pihak AN yang jawab.

Beliau jawab, jika hendak takutkan radiasinya, maka dijawab oleh Profesor itu, jangan ada lagi manusia yang membuat medical check up menggunakan X-ray. Lagi teruk radiasinya. Sepatutnya, semua pekerja yang mengendalikan X-ray di hospital, buat mogok tidak mahu bekerja dalam keadaan situasi radiasi yang tinggi. Cerita Lynas adalah seperti cerita seorang Doktor gigi mengajar doktor jantung untuk membedah jantung pesakit jantung. Beliau secara profesionalnya mengatakan bahawa projek Lynas tidak membahayakan.

(Bab ini, hamba tidak boleh komen. Ini kerana beliau adalah pakar dalam bidang itu. Tersangat-sangat pakar.)

Cerita tiga, berkenaan loji Nuklear.

Cerita ini, pihak AN memang marah sungguh kepada ahli politik. Disebabkan satu kes di Fujimuri, maka semua loji nuklear dikatakan tidak selamat. Mereka kata, sudah dekat lagi, pihak AN akan mendapat tanah di Kedah untuk pembinaan loji Nuklear ini. Namun, disebabkan kes Fujimuri, maka semuanya hancur. Mereka kata, jangan menyesal Malaysia tiada janakuasa kerana harga arang batu sudah melambung tinggi dan petrol kehabisan. Dan loji nuklear adalah satu loji yang paling selamat dan paling 'green' utnuk mendapatkan jana kuasa.

Itu kata dia, bukan kata hamba. Dan hamba tidak layak untuk membangkang apa yang diceritakan oleh dua profesor itu, kerana mereka adalah pakar tentang cerita nuklear ini.

Jadi, kesimpulannya;
Disini, apa yang hamba nampak, bahawa, pakar-pakar yang memang pakar dan diiktiraf antarabangsa seperti tidak dipandang langsung oleh kepala-kepala dalam kerajaan Malaysia ini. Mereka-mereka yang pakar, selalunya disisihkan untuk membuat keputusan dasar kerajaan. Maka amatlah merugikan, jika trend kerajaan ini dikekalkan, dan jikalaulah, PR dapat mengambil alih kerajaan Malaysia, dan mereka mengekalkan menyisih pakar-pakar ini, maka hamba akan katakan, "PR pun bodoh macam bn juga...."

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pergi kursus kapal selam memang lama dan ada yang balik terus nak pencen. first intake dihantar ramai yang dah pencen. pembaziran yang nyata.