Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Jun 11, 2011

POLITIK WAJIB MASUK DALAM MASJID!

Hamba sengaja melayar di alam maya tadi pada tapak sesawang Utusan Online. Mencari bahan cerita sensasi untuk dihadam dan di air besarkan. Maklumlah, cerita utusan, banyak fitnah tidak tumpah seperti akhbar zionis israel. Apa yang menarik perhatian hamba adalah cerita ini (Ejen politik pilihan raya masjid)

Politik tidak boleh dikurung begini dalam masjid.
Melayu, semenjak merdeka, telah ditanam ideologi sekular didalam minda kepala akal orang Melayu oleh umno perikatan. Politik dan agama mestilah diasingkan kerana ianya akan membawa perpecahan orang Islam. Lebih-lebih lagi masjid, umno telah mendidik orang Melayu agar politik dan masjid mestilah dibuang jauh-jauh. Jangan adapun perkataan atau ayat politik dikeluarkan didalam masjid. Politik telah dianggapkan sebagai satu perkara yang kotor sekotor najis mugholazah.

Dan yang kasihannya, orang Melayu terima bulat-bulat didikan songsang itu. Politik dan Islam perlulah diasingkan. Maksudnya, orang Melayu menerima ideologi kufur sekularisme, agama dan pemerintahan tidak boleh bersama, perlu diasingkan.



Ayat yang paling disukai oleh puak sekularis ini apabila bercakap berkenaan politik dan masjid mestilah diasingkan ialah, mereka kata bukannya politik itu sendiri, tetapi politik kepartian. Apa punya spin puak-puak sekularis ini?

Apalah punya bangang lagi bodoh jika ada orang Islam yang termakan dengan ayat 'politik kepartian' diatas. Apa yang dimaksudkan parti kepartian oleh puak sekularis ini? Adakah umat Melayu faham apa yang sebenarnya puak umno ini maksudkan dengan politik kepartian?

Maksud yang sebenar apa yang hendak di'spin'kan oleh puak umno sekularis ini adalah mereka hendak mengatakan bahawa; "Jangan berikan kemenangan kepada parti Islam memerintah masjid, kerana nanti segala ilmu Islam yang terkandung didalam Al-Quran dan Sunnah Nabi akan disebarkan oleh mereka." Itulah yang sebenarnya puak sekular ini takut akan berlaku jika kariah masjid  peka kepada politik.

Orang Melayu Islam telah dibodohkan ilmu mereka berkenaan Islam oleh puak umno semenjak merdekanya Tanah Melayu. Umno telah membodohkan umat Melayu bahawa agama dan pemerintahan tidak boleh disatukan. Hukuman undang-undang Islam perlulah disempitkan hanya hal-hal berkaitan dengan nikah kahwin, cerai berai, harta pusaka dan perbankan, itu sahaja. Fekah bernegara, undang-undang, kehakiman semuanya tidak boleh disatukan dengan Islam. Dan umno memang telah berjaya dengan agendanya. Lebih-lebih lagi dengan penguasaan mereka ke atas masjid.

Kenapa umno sungguh takut dengan pilihanraya masjid ini? Adakah mereka takutkan perpecahan umat Islam akan berlaku jika politik kepartian dimasukkan ke dalam masjid. Sebenarnya tidak, mereka bukan takutkan perpecahan umat Islam, tetapi mereka takut ilmu Islam yang menyeluruh akan disebarkan oleh pendakwah-pendakwah dari parti Islam di dalam masjid. Satu institusi utama tempat umat Islam berkumpul.

Maka, janganlah takut wahai umat Melayu jika politik kepartian itu masuk ke dalam masjid. Jangan risau jika ustaz-ustaz PAS yang mentadbir masjid. Jangan takut imam-imam PAS yang akan mengimarahkan masjid, kerana kami, ahli jemaah PAS tugas utama kami adalah untuk meletakkan Islam itu ditempatnya, bukannya meletakkan Islam itu hanya didalam Al-Quran yang disimpan didalam almari masjid.

Harap umat Melayu selepas ini akan faham apa dia Islam sebenarnya......

0 ulasan: