Mari sama-sama kita sebut syahadah

Sabtu, Jun 11, 2011

NAJIB HAIRAN DGN NEGARA BERKEBAJIKAN PAS? BODOH KE APA PM KITA INI?

Hamba hairan kenapa Najib hairan dengan negara berkebajikan PAS. Sila baca ini (Najib hairan PAS baru terfikir negara kebajikan). Jika hendak dikatakan Najib ini tidak pernah rasa kesusahan hidup , memang ya pun, sebab semenjak dilahirkan, beliau sudah kaya raya. Hendak dikatakan beliau hanya berlakon hairan, memang ya pun sebab Najib memangnya pandai berlakon hinggakan Attantuya mati pun tiada kena mengena dengan beliau.

Cuba lihat gambar di bawah























Ini adalah rumah Perdana Menteri. Diambil dari blog beritasemasa.com. Cuba lihat barang-barang yang ada didalam ruang tamu ini. Cuba bayangkan, semua barang didalam ruang tamu ini dijual, agaknya berapa juta yang akan diperolehi. Dengan wang berjuta ini, agaknya berapa ramai orang miskin akan hidup senang?

Perlu diingat, semua barang yang ada didalam rumah Perdana Menteri diatas BUKAN dibeli dengan duit Najib atau Rosmah. Tetapi duit rakyat Malaysia. Perlu diingatkan juga, setelah PM dibarukan oleh pemilihan umno dengan menaikkan Najib, maka sejumlah duit rakyat sebanyak RM65juta telah dikeluarkan untuk 'renovate' rumah PM dengan citarasa baru isterinya, Rosmah.

Maka, apakah yang hendak dihairankan oleh Najib, PM kita yang ke-6, setiap kali bangun dari tidur, beliau akan nampak kemewahan disekelilingnya. Apa yang beliau nampak dengan kesusahan rakyat?

Bil air dan api rumah beliau, siapa yang bayar? Rakyat yang bayar. Orang gaji beliau, siapa yang bayar? Rakyat yang bayar. Drebar kereta beliau, siapa yang menggajikan, kita rakyat Malaysia yang menggajikan. Beliau yang selalu keluar negara dengan menggunakan kapal terbang peribadi PM, siapa yang bayar perkhidmatan kapal terbang itu, kita semua rakyat Malaysialah yang membayarnya. Gaji beliau sebagai perdana Menteri, kita inilah yang membayarnya melalui cukai langsung dan tidak langsung.

Apa yang hendak dihairankan oleh kita semua jika Najib berasa hairan dengan negara berkebajikan yang diutarakan PAS. Sebabnya, beliau memang tidak faham bahawa rakyat yang menggajikan beliau sebagai PM sekarang ini hidup dengan merana dan susah akibat pentadbiran beliau yang sungguh cap ayam lagi membebankan kehidupan rakyat marhaen.

Oleh itu wahai orang Melayu, takkanlah selama-lamanya hendak menjadi insan yang akal tapak kaki selama-lamanya. Berubahlah, agar kehidupan kamu juga akan berubah kepada yang lebih baik. Takkan tak faham-faham lagi?.....

0 ulasan: