Mari sama-sama kita sebut syahadah

Khamis, Mac 17, 2011

INJIL BM; JARUM SESAT SUDAH BERMULA OPERASI?

Banyak-banyak cerita, hamba tertarik dengan cerita ini. Persatuan Ulama Malaysia (PUM) tidak kisah pun kitab injil diterjemah dalam Bahasa Malaysia. Siap tidak sabar-sabar hendak membacainya lagi.

Hamba pun pada mulanya memanglah terasa ada sesuatu yang tidak betul kenapa pihak Kristian beriya-iya benar hendak mengedarkan kitab injil Bahasa Melayu ini di Malaysia. Seperti 'target' mereka adalah untuk dituju kepada orang Melayu. Dan sebenarnya, memang ya pun. Memang mereka hendak orang Melayu baca kitab injil. Kononnya agar orang Melayu terpikat dengan Kristian.

Namun, mengapa orang Melayu yang beragama Islam takut sangat dengan perkara ini? Mengapa kecoh sangat sehingga beranggapan jika tersebarnya injil Bahasa Malaysia ini, orang Melayu akan murtad? Apa bodoh sangatkah orang Melayu dan lemah sangatkah pengetahuan orang Melayu tentang Islam?

Jawapannya adalah, Ya! Memang majoriti orang Melayu bodoh dan jahil tentang Islam. Orang Melayu adalah beragama Islam kerana mereka dilahirkan ke dunia ini sebagai orang Islam. Namun mereka sungguh jauh dan tidak tahu apakah sebenarnya Islam itu.

Sehingga ke tahap ilmu akidah pun orang Melayu jahil, iaitu ilmu teras kepada Islam, inikan pula ilmu-ilmu Islam yang lain merangkumi seluruh kehidupan. Apa orang Melayu tahu?

Kenapa orang Melayu majoritinya sungguh jahil tentang Islam? Mengapa orang Melayu sungguh jauh dengan ilmu-ilmu Islam? Mengapa orang Melayu sungguh asing dengan Al-Quran dan Sunnah? Jawapannya ialah sistem kehidupan di Malaysia ini yang membuatkan orang Melayu sengaja dijauhkan dengan Islam.

Hamba pada artikel ini tidak mahu men'detail'kan apakah sistem kehidupan di Malaysia ini yang membuatkan orang Melayu jauh dengan Islam, tetapi mahu memberitahu kepada semua bahawa puak-puak Kristian sudah nampak akan kekalutan orang Melayu dengan pegangan agamanya.

Tidak perlu susah-susah, apabila orang Melayu sudah tidak menghormati ulama, sudah menghina ulama dan sudah memaki hamun ulama, maka inilah peluang yang terbaik untuk menyesatkan orang Melayu dengan agama Tuhan 3 dalam satu mereka.

Nampak tidak sinonim pergerakan sejarah itu, dahulu puak umno jika hendak 'mengutuk' Tok Guru Nik Aziz pun, mereka menggunakan bahasa yang lembut, tetapi sekarang, mereka mengutuk dan menyerang Tok Guru dengan sungguh kurang ajar. Dan apabila pemimpin-pemimpin Melayu telah menghina golongan ulama, maka anak-anak buahnya pun akan ikut telatah jahat ketua mereka. Maka timbullah golongan-golongan individu yang dengan selamba menyamakan Tok Guru dengan ayah pin.

Maka, disebabkan peristiwa ini sudah berlaku, maka jarum pihak Kristian pun sudah bermula untuk dicucuk-cucuk ke dalam masyarakat orang Melayu, kerana sekarang inilah masanya orang Melayu sungguh jahil dengan agama Islam. Tahap kejahilan orang Melayu dengan Islam telah dilakukan sendiri oleh orang Melayu. Orang Melayu yang gila kuasa dan takut kuasanya akan diambil alih oleh golongan Melayu yang lain. Jahat sungguh umno......

0 ulasan: