Catatan

KEPUTUSAN TERKINI PEMILU 2014 (INDONESIA)

Imej
Hari ini, saya hendak menyibukkan diri dengan apa yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Sebuah negara senusantara dengan orang Melayu Malaysia. Kerana apa? Kerana ada pemilu. Kerana ada pemilihan DPR, Dewan Perwakilan Rakyat. Keputusan rasmi dari KPU, iaitu Komisi Pemilihan Umum Indonesia masih lagi tidak dikeluarkan. Yang ada, adalah keputusan 'quick count', atau hitung cepat yang diperolehi dari setiap Tempat Pemungutan Suara (TPS) seluruh Indonesia. Di bawah, adalah keputusan 'Hitung Cepat' yang TERKINI: Keputusan Jam 12:00 tgh waktu Malaysia, 10 April 2014. INDIKATOR  In sya Allah, Blog ini akan memberi keputusan dari masa ke semasa.

KEPUTUSAN PISA, MALAYSIA DAPAT TANGGA 39 DARI 44, SALAH PBS KAH?

Aku kekadang menyampah juga dengan Pakatan Rakyat. Memang menyampah tahap gaban. Terutama pada seorang homosepian ni. Yang bernama Lim Kit Siang ni. Kenapa? Cuba baca sini..... Malaysia ranks 39 out of 44 countries in problem-solving test for 15-year-olds, says report Ni dia ambil dari Malaysian Insider. Cara dia menyampaikan cerita itu di blognya, seperti ingin menunjukkan sistem pendidikan Malaysia sekarang seperti cap ayam. Ya. Memang sistem pendidikan Malaysia cap ayam. Tapi, itu dulu..... Sekarang ada PBS. Sebab itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) memerahkan otak mereka untuk mencipta satu formula baru pendidikan, yang di 're-engineering' dari sistem Finland, kepada PBS. PISA dibuat pada 2012 untuk pelajar tingkatan 3. Ketika itu PBS baru dimulakan untuk sekolah Menengah. Manakala KSSR untuk sekolah rendah sudah masuk 2 tahun. Bermaksud, PISA telah melakukan ujian terhadap pelajar yang 100% menggunakan kaedah sistem pembelajaran lama dari t...

MESIR YANG SYAITAN!!

Imej
Saya, Mazwandi Bin Mustaffa, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan syaitan pemerintah Mesir yang menghukum bunuh ahli Ikhwanul muslimin termasuk Mursyidul Am. Saya mendoakan pemerintah Mesir akan dihapuskan oleh Allah SWT dengan doa-doa orang yang mereka zalimi dan mendoakan, Revolusi Islam akan berlaku di bumi Mesir. Allahuakbar!!!! Sila baca SINI utk berita penuh.... 529 penyokong Morsi dihukum mati   Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC. Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi. Pihak berkuasa Mesir mengambil tindakan keras kepada kumpulan Islamis sejak Morsi digulingkan pada Julai tahun lalu. Ribuan ditahan dan ratusan terbunuh. Memetik Associated Press, BBC melaporkan, mahkamah di Minya, di Selatan ibu...

BODOH PIANG.

Semalam, aku bergejuis dalam keadaan bosan. Bosan dengan suasana politiking di tanah air aku. Yang dinamakan Malaysia. Aku tak tahu, kenapa bila aku bersuara begitu, ada segelintir homosepian akan anggap aku ini orang UG. Aku tak tahu, apakah yang mereka maksudkan dengan UG? Aku memang tak mengerti. Apa yang aku nampak, UG dengan Konsensus nasional (KN) itu benda yang sama, tapi tak serupa. UG datang dari mulut Tok Guru Hadi, KN dari mulut Anwar. Itu semua aku tak peduli. UG ke, KN ke, Reformasi 2.0 ke, Kajang Move ke, semuanya benda yang hanya sebutan istilah yang tidak mendatangkan efek kepada negara dan Islam. Perlu sedar dan perlu dinyatakan, laungan PAS ganti umno sebenarnya telah berlaku selepas tahun 2008. Peel PAS dalam setiap gerak geri politik telah menjadi seperti umno ketika umno itu ditentang oleh PAS. Satu ketika dahulu. Dan yang peliknya, orang Melayu tidak mengundi PAS kerana menganggap, PAS telah menjadi seperti umno. Wal hal, masa dahulu, orang Melayu tak ...

PRK KAJANG? HAMPAS!!

PRK Kajang baru habis. Kak Wan menang besar. Dia kata 'Kajang move' berjaya. Apa yang berjaya, aku pun tak tahu. Sebab apa yang aku nampak, tempat memang PR kuat, menang besar pada PRU13, tiba-tiba diadakan Prk, sebab PKR buat kerja gila. Letak jawatan, habis tu, bertanding balik. Ingat duit menjalankan Prk tu mak bapak dia punya ke? Apa-apa, yang dapat aku lihat, PAS memang bagus. Tak pernah tinggal kawan. Walau kawan dia perangai macam hampas. PAS tetap buat kerja gila-gila, seperti mereka yang bertanding. Syabas orang-orang PAS. Tak kisah dipergunakan, asalkan berpegang kepada tahaluf siyasi. Balingian, aku tak tahu cerita. Yang aku tahu, Azmin Ali dah buat kerja dekat Sarawak. Meraih undi. Meraih undi utk orang undi dia. Bukan undi PKR. Tetapi undi dia dari orang PKR. Ada faham? Kalau tak faham, jangan masuk politik. Masuk Tabligh. Apa yang pasti, atau mungkin pasti, Prk lagi satu akan menyusul. Di Seberang Perai pula. Permatang Pauh. Sebab mamat sorang tu kena ...

KAJANG MOVE YG SONGSANG?

Imej
PRK Kajang, Mana Perancang "Kajang Move"? PRK Kajang disebabkan perletakan jawatan Chin Cheh dan memberikan peluang untuk Anwar Ibrahim bertanding atas strategi yang disebut "Kajang Move". Saya rasa tak perlu saya ulas panjang kerana ini telah diterang secara panjang lebar sehingga menitis air mata oleh Rafizi Ramli. Malah pakar strategik PAS Dr Zulkifli pun ada menulis walaupun tak tamat tulisannya atas sebab-sebab tertentu. Saya difahamkan Rafizi, Saifudin Nusation dan Rahim adalah perancang utama perkara ini dan perbincangan secara serius telah dibuat oleh pihak PKR dan keputusan ini telah dimaklumkan kepada PAS melalui wakil Presiden Dr Samsuri, Pakar Penebangan (maklumat baru) sehari sebelum Chin Chen letak jawatan dan kepada DAP selepas itu.Tak hairan Lim Guan Eng dan Iskadar Samad tak mengetahui. Saya pun tak nak bincang perkara dalaman ini secara serius. Saya sekadar nak sentuh bila kita merancang sesuatu mesti kita ada beber...

QATAR DAN IKHWAN

Imej
Qatar di hujung jalan? Oleh HARIS ZALKAPLI Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain pada 5 Mac lalu mengisytiharkan memanggil pulang duta masing-masing dari Qatar, dalam satu tindakan yang menampakkan dengan jelas lagi perbezaan antara negara-negara Majlis Kerjasama Teluk, GCC, dalam menangani Ikhwanul Muslimin dan Iran, terutama melibatkan dua kuasa penting yang berjiran, Arab Saudi dan Qatar. Perkembangan ini walaupun menggemparkan, telah lama menampakkan tanda-tandanya dalam kalangan negara-negara GCC dan seluruh rantau Asia Barat, yang mudah diperhatikan sejak tercetus kebangkitan massa serantau. Asas kepada tindakan Saudi, UAE dan Bahrain ini ialah dasar yang dikongsi negara-negara monarki di rantau ini, yang termasuk juga Jordan, terhadap gerakan Ikhwan, dan terhadap Iran yang menjadi pesaing kepada Arab Saudi terutamanya. Perbezaan ini kelihatan semasa kebangkitan Arab memuncak pada 2011 dan 2012, dengan fokus utama pada Mesir dan Syria, yang men...