Catatan

ISTERIKU SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KEEMPAT KAMI.

Salam kepada gejuis semua. Sudah lama saya tidak bergejuis. Lebih kurang 2 minggu agaknya. Bukannya apa. Hendak kata sibuk, tidaklah sesibuk mana. Cumanya, saya baru mempunyai cahayamata yang keempat, pada hari raya haji lepas. Tepat jam 2.25 petang, di hospital Selayang, hari Jumaat, 10 Zulhijjah 1433, isteri saya selamat melahirkan anak ke empat kami. Seorang mujahidah. Berat 4.02kg. Alhamdulillah selamat melahirkan secara normal. Saya, yang baru hendak memakai baju melayu, untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha, tiba-tiba dikejutkan isteri saya, bahawa beliau telah merasai tanda untuk bersalin. Mulanya, saya bercadang untuk menyelesaikan solat Aidiladha dahulu, tetapi dilarang oleh ibu saya. Beliau mengarahkan saya terus untuk ke hospital. Dan itulah yang telah saya lakukan. Saya juga tidak berpeluang untuk solat Jumaat, hanya menunaikan solat Zohor. Bukan sengaja tidak mahu bersolat Jumaat, tetapi ietri sedang sakit untuk meneran melahirkan anak. Jam 1.30tengahari, ...

MEMANG MELAMPAU TOK GURU NIK AZIZ, NAK MELAWAN AGONG.

Saya sungguh terkedu dan terdiam apabila mendengar bahawa Tok Guru Nik Aziz akan melawan YDPT Agong. Berita ini telah tersebar semenjak Sabtu lepas. Dan ramai orang Kelantan sudah kecoh dengan perkara ini. Walaupun saya pada mulanya tidak mengendahkan perkara tersebut, namun, oleh kerana ianya akan berlangsung esok malam, maka sesuatu perlu dilakukan oleh kita semua. Saya, secara peribadi, akan menontonnya secara langsung, samada di TV1 atau Astro Arena. Selamat menonton pertandingan akhir antara ATM dengan Kelantan malam esok,.... ha, ha, ha.......

TOK GURU NIK AZIZ TAK ZUHUD KRN NAIK MERZ MATA BELALANG?

Saya ada terbaca satu forum, didalam sesawang TKO, yang bertajuk nik aziz dimalukan . Ianya satu paparan youtube, dimana tok guru  Nik Aziz sedang melawat satu tempat di Melaka, yang menyambutnya adalah Ustaz Ghani. Apa yang hendak diceritakan disitu ialah mereka yang mencipta filem pendek youtube itu bahawa Tok Guru seperti diremehkan oleh Ustaz Ghani. Bukan setakat itu, mereka membuat cerita bahawa apa yang zuhudnya Tok Guru Nik Aziz dengan menaiki kereta Mercedez Benz E200 mata belalang. Saya tidak mahu membawa filem pendek youtube itu ke dalam artikel ini. Jika korang semua hendak tengok, pergi sendirilah melayari sesawang itu. Bab Ustaz Ghani, saya tidak mahu komen. Sebab tiada apa yang hendak dikomen pun. Ianya tidak membawa apa-apa masalah kepada apa yang berlaku dalam cerita youtube itu. Kecualilah dengan tanyangan slow motion dan berulangkali tayang oleh deriktor cerita itu, yang sengaja buat cerita seperti ustaz Ghani meremehkan Tok Guru Nik Aziz. Takde apa-apa pun. ...

ROGOL STATUTORI; OTAK MANUSIA YG BODOH.

Sebelum ini, saya ada bercerita berkenaan dengan otak kiri dan kanan. Ramai manusia yang tidak menggunakan otak kanannya untuk berfikir. Untuk menjadi manusia yang genius, mestilah menyeimbangkan penggunaan otak kanan dan kiri. Saya juga ada sebut berkenaa Albert Einstein. Beliau seumur hidupnya, menggunakan hanya 6% sahaja otaknya. Dengan 6% penggunaan otak itu, maka terwujudlah seorang genius seperti beliau. Cuba bayangkan jika kita menggunakan otak kita lebih dari 10%. Kemudian hari ini, saya ada terbaca berkenaan dengan cerita perundangan Malaysia berkaitan dengan rogol. Atau lebih tepat, rogol bawah umur. Nak tahu, baca ini; DAP: Kaji sebelum pinda akta untuk kes rogol statutori. Apa yang menariknya, mereka-mereka yang bergelar manusia ini sedang mempunyai masalah dengan undang-undang yang diwujudkan oleh mereka sendiri, tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah rogol bawah umur. 2 perenggan pertama artikel ini, saya ada sebut berkenaan dengan otak manusia. Cumanya, s...

LELAKI INDIA YANG BAIK HATI. (SATU CERITA BENAR)

Imej
Semalam, saya bersolat Jumaat di masjid Darul Quran. Khatib pada hari semalam, sedap dibacanya. Berkisar kepada cerita-cerita penghinaan terhadap Rasulullah dan agama Islam dan cara kita menanganinya. Bersemangat sungguh khatib berkhutbah semalam. Semasa solat, hujan turun. Khatib yang berkhutbah berapi-api tadi, membaca surah dalam solat dalam keadaan sungguh mendayu-dayu. Seperti langit pun menangis mendengar bacaan imam. Saya dapat merasai, imam menahan menangis ketika membaca surah. Sayang sekali saya tidak tahu makna surah itu. Jahilnya saya..... Selesai solat Jumaat, saya terus ke Kuala Kubu Bharu. Ke kedai mamak. Makan nasi. Lapar perut. Makan nasi cara ala nasi kandar. Segala kuah yang ada di kedai mamak itu saya campurkan diatas nasi. Sayur peria goreng, dan lauk, ayam goreng. Pergh,.. memang sedap. Sudahlah hujan turun dengan lebat, kita pula makan sambil mendengar bunyi hujan jatuh menimpa bumi. Memang nostalgia. Dalam keadaan yang begitu, selepas menyuap nasi 4-5 kali...

TOL PERCUMA DI SELANGOR; BARU NAK BUAT? OK LE TU..

Imej
Artikel yang menarik, meh baca; Terdetik di hati kami mengapa cadangan seperti tidak dilaksanakan dengan lebih awal lagi? Mengapa perlu tunggu di ambang pilihanraya Umum ke 13, barulah kedengaran mahu melaksanakan penghapusan tol (tol percuma)? Ya… tol percuma di Selangor selepas ini…. Inilah antara berita terbaru yang kami terima yang mana kerajaan Selangor sekarang ini sedang dalam proses untuk melaksanakan tol percuma di Selangor selepas ini. Bagaimana Kerajaan Selangor Mahu Melaksanakan Tol Percuma di Selangor? Kami diberitahu yang mana kerajaan Selangor akan mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor dalam masa terdekat ini. Dan dengan pengambialihan beberapa konsesi tol ini pastinya membuka “satu dimensi” baru untuk langkah seterusnya melaksanakan dasar tol percuma di Selangor . Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013. Rupa-rupanya kerajaan negeri Selangor sekarang mempu...

TOLONGLAH PR, JANGAN IKUT BN.

Baru sahaja membaca berita ini dalam HarakahDaily. Tajuknya ini Cerita sebenar di sebalik dakwaan Mat Sabu dipukul. Apa yang saya nak sebut, bukannya berkenaan dengan fitnah blogger umno. Sebab, memang kerja dia untuk buat cerita fitnah. Jika blogger umno buat cerita benar, itu barulah pelik bin ajaib. Tetapi, apa yang hendak saya sebut ialah berkenaan dengan cerita yang terkandung dalam tajuk itu, seperti di bawah; Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa. Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan. Ada nampak pelik tidak? Yang berniaga, orang Melayu. Umat Islam. Masa dahulu, umno dan gerakan tak benarkan berniaga disitu. Itu zaman bn. D...