Catatan

KASIHAN BABI.

Imej
Kesian babi. Itulah yang hamba boleh katakan dalam isu ini. Kepala babi ditemui di masjid di Rawang Manusia punya pasal, babi jadi mangsa. Politik punya pasal, babi kena bunuh. Nak huru harakan manusia, kepala babi lah pula jadi mangsa untuk diusung ke masjid. Apa salah kami? Nasib baik babi tiada union. Jika tidak sudah lama union babi ini akan mogok 5 tahun berturut-turut kerana tidak berpuas hati layanan manusia yang selalu menggunakan mereka untuk membuat perkara yang tidak molek. Hendak buat jahat sahaja, kaitkan babi. Hendak buat hantu sahaja, mangsakan babi. Sudahlah dimangsakan babi untuk perkara tidak elok, orang yang melakukan perkara tidak elok itu juga akan dinamakan babi. 'Babi punya perangai letak kepala babi dalam masjid'. Kasihan babi, manusia yang buat jahat, nama dia juga yang kena kutuk...... apalah nasib engkau.

LIM GUAN ENG NI BODOH KE APA?

Kata nama Ketua Menteri, tetapi, tengok gaya, macam orang tak paham-paham. Hendak kata bodoh, dia mentadbir Pulau Pinang, hendak kata bangang, memang dia tidak bangang. Hendak kata tajuk artikel hamba ini lari dari isian yang sebenar, yang ini, memang tepat sama sekali. Hendak tahu cerita, sila baca tajuk ini; DAP tuntut penjelasan PM bagaimana lebuhraya RM7 bilion akan memberi rakyat manfaat Ceritanya berkenaan lebuhraya dari Banting ke Taiping. Harga 1 km jalan sama dengan RM22.3 juta. Tetapi, yang peliknya, dekat India, harga 1 km jalan adalah RM10juta. Dengan rasuah yang melanda India, namun harga jalanrayanya, tetap lebih murah dari kerasuahan di negara Malaysia. Sudahlah harga mahal, dapat soft loan RM2.4 billion, dapat kensesi 60tahun kutip tol lagi pula itu. Ptuihh!! Memang kenyang 3 keturunan kroni umno jika begini. Hang pa nak kenyang, lantak hang pa la nak kenyang macam mana pun, tapi sehingga menyusahkan orang lain, itu hantu raya namanya. Tetapi, ada satu ungkapan ...

HANIPA BANTAI UST AZIZAN, KARPAL DEFEND UST AZIZAN, TAK PELIK KA?

Imej
Kalian semua tidak pelikkah? AJK PAS Pusat pi bantai Ustaz Azizan, manakala yang defend ustaz Azizan adalah mamat DAP.. pelik,.. pelik... Nak tau lagi detail, cuba baca artikel bawah ni....   Kenapa Aziz Bari Tidak Menggesa Karpal Singh juga Masuk UMNO? Adakah Ustaz Azizan Dan Karpal Jahil Undang? Peguambela KUIN mempertahankan PAS Apa cerita AJK PAS Pusat ni lawan PAS Kedah?       

IKLAN IJTIMAK TARBAWI

Imej
Baru sampai KL dari Terengganu. Badan letih semacam. Seperti hendak demam. Esok ada Ijtimak Tarbawi peringkat JPrK Kawasan Hulu Selangor. Tidak tahulah boleh datang ke tidak. Apa-apa pun, disini hamba perturunkan iklannya.......

MAIN LAYANG-LAYANG TEPI PANTAI.

Imej
Sesiapa pernah main layang-layang di tepi pantai? Hamba baru sahaja tadi dapat menikmati bermain layang-layang di tepi pantai bersama anak-anak. Seni mengawal tali dengan penuh kelembutan adalah segala-galanya untuk mengekalkan layang-layang itu berada di atas 'awan'. 2 hari berturut-turut anak-anak hamba bermain layang-layang di tepi pantai di Terengganu. Aman, nyaman dan rileks minda. Cumanya, adalah dua tiga manusia yang cuba bermaksiat di tepi pantai. 'Dating'. Namun alhamdulillah, ada juga perasaan malu pasangan tiada ikatan perkahwinan ini apabila hamba datang bersama anak-anak hamba. Jika mereka terus dengan perlakuan maksiat itu, sudah tentu mereka akan pekena dengan hamba. Kena tazkirah. Dan tazkirah hamba ini keras sedikit. Sesiapa yang biasa dengan hamba, tahulah hamba ini akan menyembur jika ada perkara yang tidak betul berlaku dihadapan hamba. Tidak kiralah, depan hamba itu orang biasa, orang luar biasa atau pemimpin PAS sekalipun. Jika dia salah,...

SUBSIDI KPD RAKYAT KECOH, SUBSIDI KPD IPP KENAPA SENYAP?

Sudahkah antum gejuis semua membaca satu artikel berkenaan seorang menteri bising-bising bahawa Kerajaan Malaysia akan menanggung subsidi sebanyak RM18.92 Billon pada 2012 nanti. ( Baca disini ). Kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada 18.92 billion itu, RM17 billion diperuntukkan untuk subsidi bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), RM1.2 bilion (minyak masak), RM567 juta (gula) dan selebihnya untuk tepung gandum. Sekali baca seperti menunjukkan kerajaan akan menanggung banyak wang untuk kesenangan hidup rakyat. Tetapi, jika dua kali baca, seperti kerajaan BN ini cuba kelentong besar kepada rakyat. Samada Ismail Sabri seperti hendak memperbodohkan rakyat, kerajaan Malaysia memang tiada duit atau kemungkinan subsidi akan dihapuskan pada 2012 nanti. Jika Ismail Sabri hendak memperbodohkan rakyat Malaysia, itu perkara biasa. Orang umno memang mengharapkan rakyatnya bodoh sentiasa agar mereka ...

YDP SHAH ALAM CAP AYAM?

“Exco agama bukan terlibat secara langsung terhadap serbuan ke tempat-tempat hiburan dan sebagainya, PAS juga tidak menganggap itu sebagai tindakan utama, sebaliknya lebih kepada pendidikan. “Kenyataan Ibrahim Ali itu pandangan peribadi beliau, PAS lebih mengutamakan aktiviti pembangunan di masjid dan surau-surau berbanding menyerbu lokasi-lokasi hiburan,” tambahnya membidas kenyataan Presiden Perkasa itu. Menurutnya lagi, insiden-insiden serbuan itu biasanya dilakukan atas arahan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam, dan tidak semestinya exco agama akan terlibat. ( baca sini untuk artikel penuh ) Ayat di atas di sebut oleh YDP PAS Kawasan Shah Alam. Ayat yang menarik minat hamba adalah ayat yang menyatakan serbuan ke pusat-pusat maksiat adalah bukan tindakan utama dalam sebuah Jabatan agama Islam Selangor. Memang menarik. Adakah beliau bermaksud, setelah portfolio agama untuk negeri Selangor dipegang PKR, bermaksud tiada lagi serbuan-serbuan keatas tempat-tempat maksiat l...