Catatan

ANWAR DENDANG LAGU LAMA?: HANG DIAM JE LAH PUAD.

Imej
Hamba baru sahaja terbaca apa yang Puad Zarkashi kata dalam Utusan Online. Boleh baca di sini ( Anwar dendang lagu lama ). Angin tidak bertiup, taufan tidak melanda, tiba-tiba rumah tepi pantai roboh terkena tsunami. Apalah yang didendam oleh Puad dengan Anwar, tidak tahulah hamba. Cap ayam. Anwar kata beliau adalah mangsa konspirasi politik yang menyebabkan ada tuduhan di mahkamah. Serupa cerita lama dahulu, tahun 1998. Disebabkan ceritanya sama dengan konspirasi yang dahulu, maka sudah semestinyalah Anwar akan berkata mengikut dendang lagu lama. Sebab bendanya sama. Oleh itu apa masalahnya Anwar mendendangkan lagu yang lama? Jika puak konspirator sendiri yang membuat skrip sama berulang dua kali, maka yang patut disalahkan adalah para konspirator itulah. Kenapa hendak disalahkan kepada si mangsa? Hamba harap Puad itu duduk diam-diamlah. Seperti terdiamnya beliau apabila Anwar membelasah beliau dalam parlimen berhujah tentang kes kegawatan ekonomi 1997 berkaitan dengan pin...

MERAI KEPELBAGAIAN; SESAT?

Sekarang ini, tanah Melayu sudah mempunyai golongan dimana iktikad kehidupan mereka adalah berdasarkan kepada liberalisme. Apakemendenya liberalisme itu. Sejenis kuih kah? Bukan. Ianya bukan sejenis kuih dan bukan sejenis minuman, tetapi satu jenis pemikiran akal manusia. Apa yang dimaksudkan liberalisme, atau lebih senang kita sebut liberal? Jika hendak tahu, elok korang semua google atau yahoo. Akan dapatlah jawapan yang anda semua carikan. Namun, golongan ini pasti tidak akan mengaku bahawa mereka adalah golongan liberal. Mereka akan kata, golongan yang melabel mereka ini sebagai golongan liberal adalah sifat orang yang tidak boleh menerima atau menolak sesuatu perkara atau pemikiran mereka tanpa hujah. Mereka akan kata bahawa pihak yang melabel mereka sebagai liberal, adalah satu golongan yang akal sempit dan mengambil jalan mudah untuk menafikan pemikiran mereka. Mungkin betul, namun mengapa mereka amat tidak sedap hati apabila mereka ini dilabel liberal? Mungkin tidak yakin...

LUAHAN HATI SEDUIT.

Jika manusia sudah menganggap akalnya terlebih pandai, maka akan ada satu makhluk akan cukup seronok menipu daya manusia itu agar bersikap ego. Kenapa makhluk yang satu ini, cukup berkenan dengan manusia yang mengagongkan akalnya? Sebab makhluk itu sendiri mempunyai sifat yang sama dengan manusia itu. Hanya perlu tambah ego. Maka jadilah mereka sekawan. Jika ego itu telah sebati dengan jiwa, maka apa-apa yang orang lain kata, maka manusia itu akan menganggap kata orang lain itu adalah lebih low class dari beliau. Apabila ada orang komen tentang apa yang difikir oleh beliau, maka manusia itu akan mengherdik dan mengecil-ngecilkan kewibawaan orang yang mengkomen kan itu. Jika ada orang buat lawak dan berjenaka dengan manusia jenis ini juga, maka manusia ini akan membantai orang yang buat lawak itu sehingga lunyai kerana manusia yang ego tidak dapat menerima lawak bodoh. Sehingga tahap yang lebih kronik, apabila ada seorang manusia yang ingin membantu membetulkan manusia yang telah ...

ALKOHOL TU ARAK KA? -2 - BEER HALAL LAH PULAK..

Imej
Setelah kome sekelian mengerti tentang salah tafsirnya umat Islam tentang alkohol, maka janganlah masih menjahilkan diri tentang cerita alkohol ini. Kot ye pun hendak kata haram, katakan arak itulah yang haram, bukan alkohol. Jika tidak puas hati, katakan ethanol yang diproses melalui penapaian yang haram. Bukannya Alkohol. Disebabkan cerita umat Islam yang begitu fobia dengan alkohol ini, maka terwujud satu fenomena dimana yang mengatakan ada beer yang halal. Yang ini memang cap ayam. Memang satu ungkapa yang mengkompemkan, bahawa umat Islam sudah bodoh sungguh dengan istilah-istilah tentang arak ini. Mula-mula, perlu hamba tanya, beer itu, apa ke bendanya? Air kopi ke? Air sirap ke? Kuih lopes ke? Tahu ke umat Islam, beer itu, apa ke bendanya. Jika hendak tahu, beer itu adalah arak dan arak itu adalah beer. Cuma dijawakan sahaja. Janganlah pula ada yang cuba hendak buat penafian, "Eh, sapa kata beer itu arak, mana kome dapat informasi ni?". Yang itu, hamba akan jawab, ...

ALKOHOL ITU ARAK KA?

Imej
Hamba hendak tanya kome semua, yang haram untuk diminum oleh manusia adalah arak atau alkohol? Mana yang haram? Alkohol ke arak? Arak bahasa Melayu bagi khamar bahasa Arab. Maksud khamar pula adalah air minuman yang memabukkan. Apa pula maksud mabuk? Ini ada masalah. Mabuk dalam bahasa Melayu ini ada 2 makna. Orang yang pening-pening sebab naik kereta lalu muntah-muntah, dipanggil mabuk. Orang yang sedang mengandung, yang pening-pening dan muntah-muntah pun dipanggil mabuk. Orang yang betul-betul mabuk sebab minum air todi pun dipanggil mabuk. Jadi, terjadilah kekeliruan makna mabuk. Pening je, dipanggil mabuk, muntah je, dipanggil mabuk, minum arak je, sudah semestinya dipanggil mabuk. Jadi, apa dia mabuk yang diharamkan Allah SWT? Maksud mabuk yang diharamkan Islam adalah apabila akal tidak boleh berfungsi untuk mengawal tubuh badan fizikal. Apabila mental tidak berkuasa terhadap diri, maka itulah mabuk namanya. Maka disini, yang disebut dalam Al-Quran adalah khamar yang dihara...

GURU SEKOLAH MAKIN CELARU

Imej
Baru hamba tahu, cikgu Inggeris di sekolah seluruh Malaysia semuanya tidak pandai mengajar belaka. Manakan tidak, sehingga memaksakan 300 guru import dibawa masuk untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Apa agaknya reaksi guru bahasa Inggeris. Adakah mereka akan melenting, atau mereka akan menikus, 'kami dengar dan kami patuh'. Namun, yang peliknya, 300 guru yang diimport nanti adalah guru Inggeris dari USA. Masaklah budak-budak. Peninglah guru-guru Inggeris. Loghat Inggeris British akan ditukar kepada loghat Inggeris USA. Haru biru. Itu satu hal, yang menambahkan hal lagi adalah cerita sains dan matematik boleh dipilih, samada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Lagilah masak. Siap Pak Udin beri kebebasan kepada sekolah (aka pengetua/guru besar) untuk memilih, sekolah mereka akan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu. Hijau bingau lah sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Semenjak TPM memegang tampuk kuasa Men...

LAA,.. JAIS TAK SERBU GEREJA PUN, PUSAT KOMUNITI JA..

Imej
Laa,.. rupa-rupanya, apa yang depa kata JAIS 'serbu' gereja itu, bukannya gereja pun ( baca sini ). Cuma pusat komuniti yang diperolehi oleh puak Kristian Evangelis. Siap ada bukti lagi ada kerja-kerja hendak memurtadkan orang Islam ( baca sini ). Apa cerita pada kawan-kawan Shah Alam dan Kuala Selangor? Mulut sudah terbabas, susah hendak tarik balik. Itulah, hamba sudah kabor, sesiapa yang tidak sayang mulut, akan menunjukkan mulut dia itu penuh dengan tahi. Tahi dengki. Bercakap atas kapasiti tidak puas hati dengan orang, bukannya atas kapasiti kebenaran. Oleh itu, bertaubatlah kepada sesiapa yang sudah silap kata. Satu, MP Shah Alam. Mulut dia yang mula-mula sungguh sombong hendak 'menjatuhkan' Dr. Hassan Ali. Hamba tidak mahu berselindunglah. Memang itu kerja dia sejak depa berdua bergaduh tidak sudah-sudah. Minta maaf orang Shah Alam, jika dia masih bertanding sebagai MP di sana, hamba tidak akan menyokong dia sebagai individu, dan juga atas kapasiti hamba seb...