Catatan

BIL API NAIK 7.12%, PADAN MUKA MELAYU.

Imej
Depa kata, kenaikan tarif elektrik tidak menjejaskan 75% atau 4.4 juta pengguna elektrik TNB. Ini kerana bil golongan 75% ini secara puratanya tidak menggunakan elektrik sebanyak 300kWj. Memang pandai ayat spin golongan penipu ini. Mengapa depa tidak kata kenaikan tarif elektrik ini akan membebankan 25% pengguna elektrik TNB. Atau sebut dengan nilai angkanya sekali, 1.54 juta pengguna elektrik akan menikmati menaikan bil api sehingga 7.12%. Bukan sama ke ayat ini dengan ayat di atas? Apa depa ingat, golongan 25% ini bukan manusia ka? Golongan 25% ini adalah makhluk yang tidak makan nasi dan roti, hanya sedut asap keluar angin? Depa ingat golongan 25% ini adalah satu kumpulan makhluk dimana dibelakang rumah mereka ada mesin cop duit untuk membayar lebih bil elektrik mereka tiap-tiap bulan? Apa punya mentaliti kerajaan 1 Malaysia ini? Kerajaan yang menyusahkan rakyat ka? Hamba mendoakan, agar makhluk istimewa 25% ini akan memastikan mereka ini adalah golongan yang akan bertanggungj...

MALAYSIA JUAL MINYAKLAH. APA CERITA SUBSIDI-SUBSIDI NI?

Imej
Sistem akal tapak kaki. Malaysia jual minyak. Dan Malaysia juga beli minyak. Jual minyak untung bilion-bilion. Beli minyak kena keluar duit. Jual tolak beli, yang untung bilion-bilion itu menunjukkan jual lebih tinggi dari beli. Sebab itu namanya untung. Tapi pelik bin ajaib, sebab beli ikut harga pasaran, jual kepada rakyat ikut harga pasaran. Tetapi konon untuk menunjukkan KERAjaan bn ini baik, depa buat 'subsidi' minyak dengan potong harga jualan. Padahal, ikut logik dan memang benarpun, KERAjaan tidak keluar satu sen pun duit untuk beli minyak, sebab kita untung dari hasil jualan. Maka jadilah rakyat ini dibodohkan oleh KERAjaan bn yang memang bodoh mentadbir. Hendak jual minyak pada rakyat pun tak reti-reti. Disebabkan rakyat pun majoritinya akal kurang belaka, maka kekal jugalah KERAjaan bn untuk mentadbir dengan cara yang lebih bodoh dari dahulu, kini dan selamanya. Duit punya pasal, mentadbir untuk kayakan diri sendiri. Rakyat, lantak kamu.. Maka janganlah sa...

CERITA BERSIH 2.0, TERINGAT BERSIH SATU.

Imej
10 November 2007, adalah hari yang tidak boleh hamba lupakan sehingga bila-bila. Ada dua peristiwa penting yang berlaku pada tarikh itu. Satunya, isteri hamba bakal melahirkan anak kedua, dan satu lagi adalah perhimpunan Bersih. Setelah cadangan Tuan Guru Presiden untuk mengadakan demonstrasi Bersih untuk kali kedua pada 9 Julai ini, maka peristiwa lama dahulu terngiang-ngiang didalam akal ingatan hamba tentang pengalaman menghadiri demonstrasi Bersih yang tidak bersih itu. Ianya penuh dengan kekotoran politik kotor umno, dan masih hamba tidak lupa, cabaran Khairy Jamaludin, jiran rumah ibu hamba, mencabar orang ramai turun berdemo dijalan raya jika mereka berani.  Siapa ada di OCBC bank. Pasti sakit....  Pagi Sabtu itu, iaitu hari demo Bersih, hamba terlebih dahulu telah menghantar isteri hamba ke klinik pakar puan, kerana 'due date' untuk melahirkan anak kedua kami telah dekat. Semasa Doktor memeriksa isteri hamba, Doktor mengatakan bahawa isteri hamba telah 'b...

TUAN IBRAHIM AKAN MENANG TIMBALAN PRESIDEN, PERCAYALAH.

Hamba baru terbaca berita dari MalaysiaKini bahawa Tuan Ibrahim akan bertanding kerusi Timbalan Presiden PAS pada Muktamar nanti. Dengan sendirinya, sudah confirm 3 calon akan bertanding Timbalan Presiden. Namun hamba yakin, Ustaz Nasharudin akan tarik diri dan pertandingan 2 penjuru akan berlaku diantara Mat Sabu dan Tuan Ibrahim. Ini kerana keperluan Ustaz Nasha untuk turut bertanding adalah minima. Dan hamba cukup yakin, dengan trend perwakilan PAS, yang sememangnya boleh menampakkan mengundi ke arah mana setiap kali ada pertandingan didalam Muktamar PAS, Tuan Ibrahim akan menang dengan selesa. Saudara Mat Sabu akan diserapkan ke AJK Pusat dan begitu juga Ustaz Nasha. Jadi, hamba rasa, agak menarik juga ingin melihat blogger-blogger yang kononnya menyokong kumpulan Endorgan yang sengaja dilabel-labelkan oleh mereka sendiri untuk membuat kenyataan 'rasmi' mereka. Habis teruk nanti mereka akan mengkritik pihak 'ulama'.

TERIMA KASIH UTUSAN MENGINGATKAN ASAL USUL PAS ADALAH DARI SEKOLAH PONDOK.

Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar yang bencikan perjuangan Islam semenjak umno mengambil alih pentadbiran Utusan. Siapa yang tidak lupa, pada zaman 80-an dan 90-an, bagaimana akhbar umno ini banyak mengutuk dan memburukkan pergerakan Islam. Sehinggakan sanggup mengeluarkan cerita-cerita yang menghina hukum hudud dan dengan syaitannya membuat karikatur yang menghina hukuman hudud. Setelah lama Utusan mendiamkan diri menghina terus pergerakan Islam, maka hari ini, belang sebenar Utusan ini kembali timbul. Sila baca di sini, Pas peralat pelajar agama Setelah membaca artikel itu, tujuan utama wartawan Yulpisman Asli seperti mahu mengaitkan PAS mempergunakan pelajar Agama sekitar Kelantan untuk kepentingan politik PAS. Beliau tidak menggunakan istilah sekolah pondok, mungkin beliau begitu elergi dengan sekolah pondok. Cara 'cerita' ini dituliskan adalah serupa sama dengan cara-cara media PAS mempersendakan umno menggunakan pelajar sekolah untuk memeriahkan aktiviti umno di...

CERITA BENAR SYARIKAT AISYALAM SDN BHD; BHG 2.

Imej
Keuntungan syarikat sudah berlipat kali ganda. Ditambah lagi dengan penurunan gaji pekerja yang dibuat hasil mesyuarat ajk Almari yang diputuskan sendiri oleh pengerusi ajk, iaitu En. Aisyalam. Pn. Onmu dan En Sirdi Alaj sudah kembong perut dengan kenaikan pangkat mereka dan sedikit wang yang ditiris dari syarikat. Cumanya hanya para pekerja sahaja yang merungut kerana gaji mereka sudah dipotong. Pekerja 1, "Saya berasa serba salah lah En. Sapitrap, rasanya seperti ingin berkata sesuatu kepada pengurusan syarikat kerana pemotongan gaji kita ini." kata pekerja 1 yang bernama En. Marhaen kepada supervisor syarikat Aisyalam Sdn Bhd, En. Sapitrap. Nama beliau seperti orang Siam, namun beliau bukan dari Siam, cumanya daerah kelahirannya bersempadan dengan Siam. En. Sapitrap menjawab, "Saya pun memang sedang merancang untuk bertindak terhadap pengurusan syarikat ini. Perancangan pertama kita dahulu yang tidak jadi itu mesti dijadikan pengajaran." kata En. Sapitrap. Da...

CERITA BENAR DARI SYARIKAT AISYALAM SDN BHD.

Imej
Ada seorang peniaga, namanya En. Aisyalam. Dia seorang Melayu, tetapi neneknya adalah India beribukan Cina, berniaga buah durian. Kebunnya ada seluas 5 ekar. Tahun lepas, sebiji durian, harga borong adalah RM2.50. Tolak campur bahagi darap, setiap biji dapatlah dia untung bersih RM1.00. Tetapi, pada tahun ini, harga sedunia buah durian telah meningkat. Ini kerana ketidakstabilan harga komuditi bagi buah durian itu menyebabkan kawalan harga durian terpaksa diapungkan. Mahu tidak mahu, harga durian sedunia telah meningkat kepada RM3.50 sebiji. Maka bising-bisinglah En Aisyalam ini kerana harga durian telah naik mendadak sebanyak RM 3.50. Tahun lepas sebiji hanya RM2.50, tetapi tahun ini telah naik sebiji RM1.00. Maka beliau sebagai ketua keluarga dan kepala lepada syarikat menjual buah durian dari kebunnya yang sebesar 5 ekar itu membuat satu mesyuarat tergempar. Mesyuarat itu dinamakan mesyuarat Jawatan Kuasa Almari Bekalan dan Harga. Maka En. Aisyalam sebagai pengerusi telah memula...