Catatan

APA KATA USTAZ IDRIS JADI TIMBALAN PRESIDEN

Ahad ini, ada mesyuarat agong PAS Kawasan ditempat hamba. Mesyuarat kali ini ada pertandingan. Hamba telah menjadi salah seorang perwakilan cawangan untuk ke sana. Ada sepuluh perwakilan setiap cawangan. Maksudnya, hamba boleh mengundi untuk memilih calon-calon yang bertanding jawatan untuk Kawasan nanti. Jika dalam parti umno sekular rasuah itu, maka hamba rasa, kocek hamba dah kembung dengan wang haram rasuah. Mana tidaknya, semua jawatan dipertandingkan. Dari YDP sehingga bawah. Semua bertanding. Tetapi, kawasan ini, tiada kumpulan erdogan dengan muqobalah yang sering diwar-warkan oleh bloggers2. Semua sama sahaja, iaitu jemaah yang satu, PAS. Tidak hirau hendak berbincang dengan sesiapa pun. Walau dengan musuh utama, jika berbincang itu boleh menguntungkan Islam, kami berbincang. Apa yang hamba terdengar terutamanya di media blog, maka hamba rasa, satu pertandingan akan berlaku diperingkat pusat untuk jawatan timbalan presiden, iaitu diantara ustaz Nasa dengan Husam. Jika hamba dib...

HAJAT HAMBA TIDAK TERCAPAI.

Imej
Pagi tadi, abang hamba dari Bahrain sms kepada hamba berkenaan dengan situasi di Bukit Gantang. Hamba tidak balas sms abang hamba, bukan kerana sengaja, tetapi kerana hamba tidak tahu apa yang berlaku di sana kerana hamba tiada di sana. Sedihnya,...... Semuanya ketentuan Allah. Kita hanya merancang, tetapi hanya Allah sahaja yang menentukan. Inilah dinamakan Kadar dan Qadak Allah. Itulah yang dapat menyejukkan perasaan hamba yang agak berduka ketika ini. Hamba seperti dipaksa untuk tidak ke sana untuk membantu PAS didalam PRK Bukit Gantang. Pada asalnya, hamba telah bersiap sedia dengan 3 rakan seperjuangan hamba yang lain akan ke Bukit Gantang menaiki kereta hamba pada Jumaat malam Sabtu lepas untuk terus ke Trong Barat rumah Selangor 2 untuk bertugas di UPU Trong Barat. Namun, pada jam 12 tengahari,hari Khamis, satu panggilan telefon telah dipanggil dari ibu hamba supaya bergegas siap sedia untuk ke Salak, Sungai Siput kerana mak saudara hamba baru meninggal. Maka hamba pun bergegasl...

PRU13 AKAN TUKAR KERAJAAN? YAKIN SANGATKAH KITA?

Banyak jugalah yang hamba terbaca di dalam media internet bahawa selepas PRU ke 13, akan karamlah parti rasuah untuk selama-lamanya. Terfikir juga hamba selepas solat isya' jam 4.00pagi tadi, tentang apa yang akan berlaku pada PRU 13 nanti. Terfikirnya hamba sehingga hendak berkongsi pendapat kepada para penjenguk blog hamba yang cap itik ini. Mungkin juga kekawan terperasan, mengapa pula solat isya' jam 4.00pg. Sebenarnya, semalam, hamba letih sangat, tersangatlah letihnya sehingga selepas solat maghrib terus tertidur. Habis meeting bersama PAS Kawasan pun hamba tidak hadir. Berlambak juga 'miss call' dari S.U Kawasan dan Ketua Cawangan hamba lihat didalam handphone hamba. Takpelah, sekali ini sahaja hamba tidak hadir. Bersebab pula itu. Sebabnya, tertidur. Miss solat pun tidak berdosa, sebab tertidur. Balik kepada tajuk PRU 13, betulkah nanti agaknya parti rasuah akan hancur lebur ada PRU itu nanti? Adakah PR akan mendapat kemenangan yang cukup besar sehingga boleh me...

ALHAMDULILLAH, KHAIRY MENANG.

Imej
(Proksi Anwar? telah menang ketua pemuda parti rasuah) Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana telah memenangkan manusia yang bernama Khairy Jamaludin menjadi ketua pemuda rasuah malam tadi. Hamba berasa sungguh gembira lagi sukacita melihat senario ini. Senario dimana orang yang sangat dibenci oleh pihak pembangkang dan juga didalam fraksi parti rasuah sendiri yang sungguh tidak suka kepadanya, menjadi ketua pemuda parti rasuah. Hamba cukup mengharapkan selepas ini dan mulai saat ini, maka pecah-belah dan porak perandalah parti rasuah yang mengamalkan semangat assobiyah dan makan ba** ini untuk selama-lamanya. Biarlah parti rasuah ini menjadi kelam-kabut dan hancur dari dalam agar puak-puak yang sungguh benci kepada hukum Islam ini akan lenyap dan musnah dari muka bumi. Hamba harap sangat, puak mukhriz dan anak toyo akan terus tidak berpuas hati dan ada tindakan susulan agar mereka sama-sama menjatuhkan satu sama lain seterusnya berperang besar sesama mereka hanya semata...

KEMBALI KEPADA ASAL.

Kembali seperti dahulu. Ditekan dan ditekan oleh parti rasuah. Harakah digam 3 bulan, begitu juga berita keadilan. Ceramah Anwar dirempuh ganas oleh fru. Ramai cedera, ramai yang ditangkap. Kebebasan untuk bersuara sudah mula ditutup serapat-rapatnya kepada Pakatan Rakyat. Sudahlah sebelum ini suara PR disekat sekecil-kecil kebebasannya, namun semenjak semalam, kebebasan untuk bersuara kepada PR telah mula disekat total oleh parti rasuah. Cerita disembur gas pemedih mata dan dibelasah oleh FRU ini bukan berlaku di negeri kuat parti rasuah seperti Johor, tetapi ianya berlaku di Sungai Petani, Kedah, negeri diperintah oleh PR. Ianya berlaku dinegeri dibawah pemerintahan menteri besar Parti Islam SeMalaysia. Inilah dia polis, sungguh kurang ajar lagi biadap terhadap rakyat. Hamba sudah tidak boleh menerima jika mereka mengatakan mereka bertindak 'hanya kerana menurut perintah'. Piirah mabuk! Satu sen pun gaji korang hamba tidak halalkan. Perlu diketahui, hamba adalah pekerja yang ...

DAH MAKAN BABI, MENGAPA TIDAK KE SPRM?

(AMARAN-Artikel untuk dibaca oleh mereka yang boleh menelan maksud terlindung buku SHIT sahaja) Waduh, kasarnya tajuk artikel hamba hari ini. Mengapa binatang mugholazah itu yang dimasukkan ke dalam tajuk cerita hari ini? Siapa pula yang makan babi? Mengapa pula jika makan babi perlu di bawa ke perhatian SPRM pula? Seperti Kadir Jasin berhujah, rasuah perlu dikhinzirkan kepada orang Melayu. Ya, rasuah perlu dibabikan kepada akal fikiran orang Melayu. Kerana apa? Kerana orang Melayu ini jenis jijik sangat dengan binatang yang bernama babi ini. Jijik ini lebih mengatasi dengan jijiknya kepada dosa menghina nabi. Pantang disebut babi, maka melenting puakalah si Melayu itu. Dihidang babi sahaja, maka sepak terajanglah meja makan kerana terasa terhinanya diri. Tetapi jika tidak solat, takde rasa apa-apa pula. Padahal, dosa tidak solat, lebih bergunung-gunung dosa mengatasi dengan makan babi. Serupa juga dengan rasuah. Makan rasuah, dosanya seia sekatalah dengan makan babi, tetapi orang Mela...

PPSMI: SEMUA DISEBABKAN RM.

Imej
(Disebabkan ini, Melayu jadi bodoh sains dan matematik) Sebenarnya, ianya semua berkaitan dengan duit RM sahaja. Bukan ada selain dari RM yang menyebabkan KPM sungguh liat hendak mengubah polisi cap ayamnya. PPSMI masih dikekalkan adalah kerana hanya semata-mata kerana RM. Pertukaran bahasa mengajar dari bahasa Melayu kepada inggeris akan menyebabkan seluruh buku teks didalam pembelajaran gugusan mata pelajaran Sains dan Matematik akan dicetak semula dan di karang semula. Jangan melihat hanya 2 mata pelajaran sahaja buku teksnya perlu ditukar, tetapi gugusan mata pelajaran sains dan matematik semuanya telah ditukar. Sains, sains tulen, sains gunaan, kimia, biologi, fizik, matematik, matematik tambahan dari darjah 1 ke 2, 3, 4, 5, 6 kepada tingkatan 1 ke 2, 3, 4, 5, 6 rendah dan 6 atas, semuanya buku teks itu akan dibuat baru, dikarang semula, dan dicetak baru. Bayangkan berapa ratus juta keuntungan syarikat-syarikat yang mencetak buku teks ini akan mendapat keuntungan. Bayangkan berap...