PRU INSYAALLAH BULAN 10 INI,.. SIAP SEDIA SEMUA.

Hari ini saya dapat info yang terkini, yang sangat-sangat boleh dipercayai, berkenaan pilihanraya yang akan berlangsung. Bukan 2 tahun lagi, bukan 3 tahun lagi, dan juga bukan tahun hadapan.

Kenyataan yang saya dengar dan perolehi amat boleh dipercayai. Susah saya hendak menafikan kebenaran sumber yang telah dilontarkan kepada saya sebentar tadi. Jika anda semua tidak mahu mempercayai sumber yang saya perolehi, terpulanglah..

15 Oktober 2019.

Itu tarikh yang tepat yang saya perolehi daripada sumber dalaman saya. Pilihanraya akan diadakan pada tarikh berkenaan. Mahu tidak mahu, itulah tarikh keramat yang saya perolehi. Hendak bersedia atau tidak,.. terpulang kepada masing-masing. Harap semua jangan menggelabah dan kecoh.. kebenaran pru ini adalah maha betul,.. bagi negara Mozambiq.. 😀

tiada kaitan yg hidup atau yg mati..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?