POS GILA

Dalam satu hari, ada 24 jam. Bukan 25 jam. Jangan pandai pandai hendak menambah 1 jam lagi dalam waktu seharian kita. Jika hendak tambah juga, maka akan terjadi kelam kabut hari hari esoknya akibat sejam telah diambil alih dari hari esoknya. Malah seterusnya, lusa pula telah diambil 2 jam daripada masanya. Kemudian akan ada pada satu ketika hari Rabu telah menjadi hari Selasa kerana penambahan satu jam ini.

KASI POTONG!!
 
Oleh itu, jika masa yang dijanjikan adalah 2 tahun, maka masakan pula orang nombor dua Kedah setelah Sultan boleh sailang menjadi kurang 2 tahun untuk menjadi orang nombor 1 di Malaysia? Ini akan mengakibatkan kekeliruan kepada satu jemaah yang sentiasa mengharap janji-janji mereka dipalsukan. Mana mungkin orang Kedah menjadi PM kali ke-4 walau individunya hanya 3. Dalam lingkungan anak beranak pula itu.. ini tidak masuk akal lagi memeningkan manusia-manusia yang menang sebab fitnah.

Sepatutnya jemaah yang sentiasa mengharap janji-janji mereka dipalsukan meneruskan agenda mereka agar seorang manusia bekas banduan dua kali  kerana kesalahan suka kepada lelaki diteruskan menjadi bakal ketua no 2 Malaysia selama-lamanya. Barulah agenda Malaysia Baru akan dapat sentiasa dibawa kesana kemari untuk dikempen kepada para pengundi untuk mengundi jemaah mengharap janji-janji mereka dipalsukan lagi.

Pengundi sepatutnya perlu menerima hakikat, bahawa yang menentukan nasib mereka bukanlah pilihanraya, tetapi pensil yang memangkah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?