JEMIN NUAR GADUH, CERMIN DAPAT NAMA

Hari ini saya mengadap cermin, saya nampak kelibat lelaki. Lelaki itu adalah saya. Sebab saya memang lelaki. Kemudian saya muhasabah pada diri saya, apakah kesilapan yang saya telah lakukan tahun-tahun yang dahulu. Manalah tahu, saya ada dosa besar dengan orang lain. Perlu minta ampun dan maaf.

Tidak pernah lagi dalam sejarah hidup saya ada rakan sekerja meminta saya letak jawatan dari pekerjaan saya. Belum pernah lagi. Jika ada, dah lama saya belasah dia hidup-hidup. Maklumlah, sekarang ini kehidupan kita di bumi Malaysia sangat mencabar, dari segi kewangannya. 

Namun jika ada kawan-kawan yang buat surat menggesa si pelaku yang meminta saya meletak jawatan menarik balik kata-katanya, dan kemudian insaf sehingga tidak buat kembali, baru la syok. Kita semua tahu, perbuatan meminta-minta orang letak jawatan boleh memecahkan parti... eh.. parti? .. Parti apa la pulak ni... oh ya,.. parti semburit... eh silap,.. parti kunyit rakyat... baru betul..... 

Walaubagaimanapun,.. apakan daya, polis dah kata video itu tulen..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

AKAD NIKAH DI MARANG. SENANG DO'OH.

BOOMERS, GENX, GENY, DARI MANA ISTILAH INI DATANG?