PERISTIWA BENAR AYAM DAGING

Petang ini hendak bercerita tentang ayam. Atau lebih tepat ayam daging. Cerita ayam daging, yang bulu pelepahnya bewarna putih.

Masa kecil-kecil, anak ayam daging ini telah dipisahkan dengan mak ayah dia. Lahir-lahir sahaja, anak ayam daging ini tak kenal ayah dan mak nya. Kesian. Kemudian anak ayam ini akan dicucuk antibiotik agar dianya jadi sihat walafiat.

Setelah sihat, anak ayam ini akan diberi makan lazat-lazat sehingga kenyangnya membuatkan ayam ini amat berterima kasih kepada tukang beri makan kepada anak ayam ini. Bukan setakat kenyang, jika sakit, akan dicucuk ubat untuk menjadi sihat, dan akan dicucuk antibiotik yang mahal-mahal untuk menjadi lagi sihat.

Begitulah kehidupan anak ayam ini selang beberapa bulan sehingga dia menjadi besar. Maka seronok sangatlah ayam-ayam yang dahulunya anak ayam telah meningkat menjadi dewasa dengan sihat walafiatnya. Ayam ini semestinya amat berterima kasih kepada tuan yang memberi makan dan ubat ubat kepada dia sehingga ayam ini dapat menikmati hidup yang cukup cerdas lagi sihat.

Setelah 4-5 bulan hidup dengan kemewahan yang sihat dan segar, siap perudaraan yang berada didalam penghawa dingin yang amat selesa, maka akan beraturlah ayam-ayam ini di sesuatu tempat untuk dijalankan operasi terhadap ayam ini. Operasi berkenaan adalah operasi penyembelihan ayam beramai-ramai untuk dimakan dan diratah oleh manusia-manusia yang amat terliur dengan hidangan lazat ayam-ayam daging berbulu pelepah berwarna putih ini.

Maka tamatlah riwayat ayam ini dibunuh dengan begitu sahaja... kesian...

Seronokkan jadi ayam daging ini..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?