CERITA SENSASI LAGI BOMBASTIK

Hari ini ada cerita menarik. Berkenaan tak lain tak bukan, DSAI. Ceritanya berkisar kepada;

In address to court, Anwar pleads for judge to allow sodomy conviction appeal

In address to court, Anwar pleads for judge to allow sodomy conviction appeal

Atas ni cerita semalam. Anwar nak cuba try test untuk keluar dari penjara lebih awal daripada bulan Jun 2018. Tiba-tiba hari ini, keluar pula cerita di bawah ini;

Anwar gagal kemuka butiran mengenai dakwaan penipuan dalam saman


Dr M sudah berubah, kata Anwar

Berita pertama, cubaan peguam untuk menggagalkan tindakan Anwar untuk lepas diri awal daripada bulan Jun,.. manakala berita kedua pula cerita berkenaan Anwar tiba-tiba keluar kenyataan Mahathir sudah berubah. Amboi, lain macam bunyinya.

Kemudian saya teringat akan peristiwa ini pula;

Najib lawat Anwar di hospital

Cerita berkenaan Najib melawat Anwar di hospital ini sudah lama,.. dan ianya menimbulkan spekulasi yang berbagai. Salah satunya adalah adakah Najib dan Anwar sedang berpakat melakukan sesuatu untuk menjatuhkan Mahathir? Dengan cara Anwar perlu dibebaskan sebelum PRU14 nanti?

Tetapi, jika difikirkan, perlukah Najib berpakat dengan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Mahathir melalui kegagalan PH? Sebab, nampak gayanya PH dengan sendirinya sedang memusnahkan dirinya sendiri dengan karenah merugikan mereka daripada untuk memenangi PRU14. Atau adakah Najib sedang menggunakan semaksima mungkin, untuk menjatuhkan Mahathir sejatuh-jatuhnya?

Orang politik, bila dia kata insan ini telah berubah, maksud sebenar mungkin disebaliknya.. Dan adakah Peguam kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili kerajaan yang bertungkus lumus menidakkan kebebasan Anwar dipercepatkan, hanya sebagai sandiwara politik terkini untuk menampakkan real nya peristiwa Anwar dibebaskan sebelum PRU14. Walaupun peguam kanan itu sendiri tidak menyedarinya?

Marilah kita sama-sama melihat cerita sensasi lagi bombastik ini....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?