DUN KKB PAS WAJIB BERTANDING!!

Setelah kita melihat keperluan PAS bertanding di Sungai Pelek untuk mengalahkan dap, maka pada hari ini, kita tumpukan pula kepada satu lagi DUN untuk PAS bertanding agar dap kalah lagi di negeri Selangor. mari kita melihat DUN Kuala Kubu Bahru;


Dengan keadaan DUN adalah hanya 43% sahaja kaum Cina. Melayu 33% dan India adalah 21%, maka keperluan DHPP Hulu Selangor yang dipengerusikan seorang India membolehkan untuk PAS mengaut semaksima mungkin undi 22% itu.

Target PAS kawasan ini adalah Melayu dan India.

Mulai sekarang, buat kerja untuk 2 kaum ini sahaja. Cina kita serahkan pada musuh kita untuk serang musuh kita.

Dan perlu diingatkan juga, lebih 1000 undi adalah undi pos tentera. Pastikan askar-askar kita menyokong PAS untuk PRU14 nanti.

Mulai sekarang PAS Hulu Selangor kena pastikan siapakah calon yang akan bertanding di kawasan itu. Tonjolkan calon itu mulai sekarang untuk meraih undi orang Melayu dan India di KKB untuk mengundi PAS nanti.

DUN batang kali jangan lah kita sibukkan. Biarlah ia milik PKR. DUN Ulu Bernam teruskan kerja untuk memenangkan PAS. Dan tambahkan pula kerja untuk memenangkan PAS di DUN KKB.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?