HARAKAH: AKAR UMBI MARAH KES BUANG PENGARANG KANAN? BETUL KE?

Semalam, saya baca satu artikel dalam Malaysiakini yang bertajuk;

Kes editor Harakah buat akar umbi PAS marah 

Tajuknya memang menarik dan pelik. Lalu saya membuka dan membaca artikel berita itu.

Apa yang saya baca, saya tidak nampak pun mana-mana ahli akar umbi yang marah tentang kes harakah ini, yang saya nampak, yang buat statement hanya seorang manusia, iaitu YDP PAS Kawasan Batu, di bawah Wilayah Persekutuan.

Pelik. Tajuk berita sungguh menyimpang jauh.

Yang sebenarnya, ahli akar umbi sudah lama menyampah dengan Harakah. Saya sendiri. Sudah berkurun tidak membeli harakah kerana menganggap ianya seperti bukan membeli akhbar Harakah yang sepatutnya. (Tapi masih membaca ya, cuma tidak membelinya). Akhbar Harakah kami melihatnya sudah hilang sama sekali roh Islamnya. Sudah hilang kekuatan isi kandungannya seperti zaman 90-an dahulu. Seperti sudah ditunggangi oleh golongan yang bukan manusia PAS didalam setiap penerbitan Harakah.

Saya ketika ini masih tidak rasa gembira atau sedih dengan peristiwa ini. Kerana ingin melihat, ke manakah arah tuju Harakah setelah orang kuat Anwar telah diganti dengan Dr Rosli sebagai Pengarah urusan Harakah. Apakah ada perubahan kembali kepada asal tujuan Harakah diterbitkan, atau hanya akan meneruskan kandungan-kandungan yang tiada kaitan dengan perjuangan Islam dalam akhbar ini nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?