Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

HUDUD: ACHEH, 5 TAHUN LEPAS TSUNAMI, KELANTAN, BERAPA TAHUN LEPAS BANJIR BESAR?

Hari ini, tahun Masehi, 2014, bertarikh 26 Disember, adalah genap 10 tahun tsunami besar berlaku di bumi Acheh dan juga kawasan sekitarnya. Lebih kurang 130,000 nyawa manusia hilang dalam peristiwa bencana itu di bumi Acheh. Hari ini juga, di bumi Tanah Melayu, banjir besar telah teruk melanda di Pantai Timur Malaysia. Kelantan, Terengganu dan Pahang, 3 negeri yang paling teruk dilanda musibah itu. Pada tarikh yang sama, 10 tahun dahulu, begitu ramainya jiwa manusia yang bersedih di bumi Acheh, kerana kematian yang besar berlaku dengan sekelip mata sahaja didepan mata. Kemusnahan harta benda juga adalah total. Seperti padang jarak padang tekukur bumi Acheh akibat pukulan kuat tsunami. (Klik; baca lagi >> untuk selanjutnya)

Adakah syariah menghalang negara masuk campur urusan dosa peribadi?

Imej
Adakah syariah menghalang negara masuk campur urusan dosa peribadi?   “Undang-undang jenayah syariah seringkali tidak mengikuti semangat kebebasan individu dalam Perlembagaan Malaysia. Hal ini perlu diperhalusi semula kerana jika diteliti sejarah Islam, perbezaan dibuat antara dosa peribadi dan jenayah. “Tidak seharusnya dosa peribadi dikanunkan melalui undang-undang jenayah apabila kita mempunyai jalan lain melalui gerakan sivil dan dakwah untuk “amar ma’ruf wa nahy al-munkar.” Sumber:  http://www.malaysiakini.com/news/284237 1) Membaca kenyataan di atas dan keseluruhan artikel tersebut menimbulkan rasa kasihan saya terhadap penulis dan penyokong-penyokong surat terbuka “Kumpulan 25″ itu. Sedangkan penulis dan mereka yang menyokong tersebut merupakan pelajar pengajian Islam dan Arab di Timur Tengah yang berpeluang menadah ilmu-ilmu secara  direct  dari para Ulama’ di sana. Benarkah undang-undang jenayah syariah be...

PAS Perak Membuka Ruang Kepada DAP Untuk Mengenali Tentang Hudud

Imej
PAS Perak Membuka Ruang Kepada DAP Untuk Mengenali Tentang Hudud Saya merasa terpanggil untuk menjelaskan berkenaan dengan isu hudud yang sengaja dihangatkan di celah celah kesejukan banjir. LGE yang tidak bersetuju dengan hudud sewajarnya mengkaji secara teliti tentang hudud. Saya yakin, beliau tidak jelas tentang hudud berikutan persepsi yang ditanam oleh musuh Islam sepanjang zaman. Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi contoh tauladan LGE sepertimana yang dinyatakan olehnya dahulu, adalah seorang yang kuat berprinsip mempertahankan Islam. Di celah itulah munculnya Eric Pulsen, Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang mendatangkan 20 soalan tentang hudud. Alhamdulillah ia telah dijawab oleh Dewan Ulamak PAS Perak secara ringkas dan mudah difahami. Kalau sebelum ini, ada suara yang mengatakan bahawa Islam perlu berdialog dengan SIS sebelum diharamkan, dan suara mendakwa pengharaman tersebut adalah gopoh walaupun sudah bertahun tahun dialog de...

ISU HUDUD: PARASIT DAH BERSUARA DAH

Dah mula dah. Nanti saya sebut mereka ini mulut longkang, nampak sangat kurang beradabnya saya dalam penulisan. Maka saya akan sebutkan, mereka ini mulut jahat. Cer baca artikel ini; JK pusat PAS tak pernah setuju RUU hudud' Nama manusia jahat biasa dalam PAS, mujahid dan hatta, disebut dalam artikel itu. Kenapa depa nak kecoh berkenaan isu ini, korang semua faham-faham lah. Ideologi diorang sama dengan pkr = umno = sekular. Belum cerita berkenaan mamat shah alam yang berceloteh dalam malaysian insider lagi. Lagi kacau bin haru biru!! Elok juga benda ini berlangsung ketika ini. nanti ahli-ahli PAS nampak, siapa dia yang musang berbulu kambing dalam PAS ini. Tahun depan, kita tendang mereka keluar dari kelompok kepimpinan.

Penyakit ‘Naif’ yang akhirnya membunuh

Imej
Penyakit ‘Naif’ yang akhirnya membunuh katanya “Pemerintah kita kan Melayu, takkanlah kita terancam kot” Hari ini serangan terhadap umat Islam berlaku dalam pelbagai bentuk dan rupa, samada secara jelas, secara  tidak langsung atau secara halus. Di dalam kepelbagaian serangan ini, wujud suatu serangan yang amat berbahaya, yang boleh membawa kepada lumpuhnya umat secara menyeluruh jika serangan ini berjaya. Iaitulah suatu serangan yang bertujuan menjadikan orang yang diserang itu berasa bahawa dia tidak berada dalam situasi diserang. Saya suka untuk menamakannya sebagai penyakit “naïf”. Serangan dalam bentuk ini akan menjadikan orang yang diserang itu tidak berasa terancam, berasa selesa walhal pada hakikatnya dia sedang diancam lalu keadaan ini dijadikan sebagai peluang keemasan oleh musuh untuk melakukan pukulan maut.Akhirnya orang yang menghadapi serangan ini tidak akan sedar bahawa dia sedang kalah hinggalah apabila dia sedar bahawa kamp...

Atas sebab apa PKR tidak boleh sokong hudud?

Imej
" Tidak pelik jika DAP bantah hudud, tetapi amat pelik lagi ajaib jika ada ahli Parlimen Islam dari PKR juga bantah hukum sahih dari Allah taala ini. Dalam ayat 120, surah al-Baqarah, Allah sudah menyebutkan “orang Yahudi dan Nasrani “tidak sekali-kali” akan setuju dan suka pada Nabi Muhammad saw (dan ajaran yang dibawanya). Ahli Parlimen Islam dari PKR tentu sekali bukan kategori “Yahudi dan Nasrani”, tetapi jika ura-ura ada bantahan oleh kalangan ini terhadap rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) yang akan dibentangkan di Perlimen oleh Pas, anda tahu sendiri mereka kategori mana.  Jika ini menjadi benar dan terserlah, atas sebab apa PKR tidak boleh sokong hudud? Besar sangatkah keperluan mengekalkan kerjasama dengan DAP berbanding mendaulatkan hukum Allah taala?

Misteri Disebalik Tender Terbuka Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Misteri Disebalik Tender Terbuka Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Edwin Michael - Sistem pengangkutan awam negeri yang perlu diperbaiki terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut ini, tiadanya keperluan terowong berkenaan pada masa kini Akhbar New Straits Times bertarikh 15 November 2014 melaporkan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui tidak dapat membantu rakyat di negeri ini dalam aspek pengangkutan dan penjagaan kesihatan. Sekiranya perbelanjaan mengurus negeri ditambah untuk membantu rakyat Pulau Pinang maka adalah dikhuatiri kerajaan negeri akan muflis. Tetapi lain pula ceritanya dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang ini yang dengan jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memiliki kemampuan untuk membiayai mega projek ini berbanding mengutamakan rakyatnya sendiri. Skandal Terbesar Tahun 2014? Laporan Malaymail Online bertarikh 4 Oktober 2013 menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinan...

Pembohongan Besar PENULIS UPAHAN PASMA Tentang Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah

Imej
Pembohongan Besar PENULIS UPAHAN PASMA Tentang Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah Analisa Awal Terhadap Buku Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah: Kecelaruan Paling Besar Pada Fakta Pembentukan Kerajaan - (Mukasurat 19) Kelahiran kembar tidak seiras - sebuah buku dan sebuah NGO. MSO memulakan penjelajahan ke Kedah, menemubual sumber ceritanya bagi menulis buku ini pada Febuari 2014, selari ketika dan waktunya dengan pendaftaran sebuah NGO bernama PasMa. NGO berteraskan kebajikan beralamat di tingkat atas sebuah kedai barangan elektrik di Jitra itu , belum berketuakan Dato' Phahrolrazi, tetapi memakai nama anak kepada Taib Ahmad, Setiausaha NGO itu sekarang ini. Kepimpinan NGO itu berubah juga selari waktunya dengan terbitnya buku yang sarat dengan penceritaan bias, penipuan fakta, putar belit dan penjulingan sejarah bertajuk "Kejatuhan Kerajaan PAS Kedah -The Inside Story. Bolehkah kebetulan-kebetulan ini diterjemahkan kepada kenyataan bahawa PasMa dan Buku MSO ini l...