Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

AGENDA NAK TURUNKAN TGHH ANGKARA SIAPA?

Imej
AGENDA MENURUNKAN TGHH SEBAGAI PRESIDEN ANGKARA SIAPA? 1. Saya menggesa agar mana mana individu yang terlibat dalam agenda ini supaya fahamkan erti sebenar perjuangan PAS yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai kuasa pemutus yang tertinggi. Bukanlah muktamar, mesyuarat AJK PAS Pusat atau sesiapa pun termasuk Presiden PAS sendiri. Apabila Presiden membuat keputusan yang bercanggah dengan Allah dan Rasul, kita tolak. Sekiranya tidak, wajib bagi kita untuk mematuhinya. Sabda Nabi SAW لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang menjadi maksiat kepada Allah. 2. Maka, persoalan yang saya ingin lontarkan ialah, kenapa terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada, sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah. Inilah bezanya antara wala dalam Islam dan wilayatul faqeh dalam ajaran sesat. Iaitu, pimpinan tertinggi dibenarkan membuat keputusan atau arahan selagimana tidak bercanggah...

KATA DUA DARI MAJLIS ULAMA ISMA.. MENARIK.

Imej
Penyakit 'Naif' yang akhirnya membunuh " Badaruddin Lu’lu’ (Gabenor Islam di Mosul) tidak cukup hanya dengan tidak ambil kisah tentang hal Mongol, bahkan menghantar tenteranya untuk bersama-sama Mongol untuk menjatuhkan Abasiyah dengan slogan “Membebaskan tanah air daripada kekejaman Abasiyah” katanya “Pemerintah kita kan Melayu, takkanlah kita terancam kot” Hari ini serangan terhadap umat Islam berlaku dalam pelbagai bentuk dan rupa, samada secara jelas, secara  tidak langsung atau secara halus. Di dalam kepelbagaian serangan ini, wujud suatu serangan yang amat berbahaya, yang boleh membawa kepada lumpuhnya umat secara menyeluruh jika serangan ini berjaya. Iaitulah suatu serangan yang bertujuan menjadikan orang yang diserang itu berasa bahawa dia tidak berada dalam situasi diserang. Saya suka untuk menamakannya sebagai penyakit “naïf”. Serangan dalam bentuk ini akan menjadikan orang yang diserang itu tidak berasa terancam, berasa selesa walhal ...

HARGA APUNGAN RON95 RM2.58 DAN RON97 RM2.55 DI MALAYSIA! KITA KENA TIPU!!

Ramai yang tak seronok minyak Ron97 turun 20 sen 2 hari lepas. Dari RM2.75 kepada RM2.55/liter. Sebab mereka kata, minyak orang kaya telah turun, berbanding minyak orang miskin tak turun malah naik bulan lepas. Aku adalah seorang yang bergembira dengan penurunan minyak Ron97 ini, kerana aku memang guna minyak ini untuk kereta ODC RA2 aku. Banyak jimat woo, kereta 2.2cc kereta MPV Honda aku tu, jika menggunakan Ron97 berbandingkan dengan Ron95. Lebih kurang RM20-30 aku dapat jimat jika balik ke Terengganu. Pedulilah jika ada orang whatsapp yang mengatakan penambahan Octane number tidak memberi kesan apa-apa pada kereta. Yang secara praktikalnya, memang Ron97 lebih bagus daripada Ron95. Kereta aku pun tak banyak gegar berbanding aku menggunakan Ron97 dari Ron95. Tapi, bukan itu yang hendak aku cerita hari ini.. Hari ini aku nak cerita, bahawa korang semua memang sudah kena kencing berdiri oleh pepuak umno yang haru biru mentadbir Malaysia. Nak tanya,... Ron97 sekarang, harga seli...

TG ABDUL HADI DIYAKINI TERUS TERAJUI PAS

Imej
TG Abdul Hadi diyakini terus terajui Pas Posted on Wednesday, November 19 @ 19:38:42 MYT SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diyakini masih diperlukan menerajui parti Islam itu berikutan tahap kesihatan yang semakin pulih. Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu agar Abdul Hadi perlu mengundur diri tidak perlu diperbesarkan kerana kini, beliau sudah kembali mempengerusikan mesyuarat parti. "Dengan kesihatan yang semakin baik itu, insya-ALLAH Abdul Hadi akan hadir dalam mesyuarat PR sekiranya berkelapangan," katanya, semalam. Beliau mengulas laporan sebelum ini yang seolah-olah menyarankan presiden parti itu mengundurkan diri berikutan kekerapan ketidakhadiran ke mesyuarat PR dan faktor kesihatan yang semakin merudum. Katanya, isu berkaitan Abdul Hadi bukan punca masalah berlaku sama ada di dalam parti atau dengan rakan PR. "Saya lihat presiden bukan punca masalah yang berlaku. Bahkan masalah yang da...

GOBIND JANGAN CELUPAR. JANGAN JADI MULUT NAJIS!

Imej
Gobind jangan celupar. Jangan jadi mulut najis. Jangan kerana nak undi cina, dap buat mulut tahi dengan PAS. Jangan sibuk jaga tepi kain orang. Padahal kain dia penuh dengan tahi diktator anak beranak lge dan kit siang.. kenapa aku cakap kurang ajar dengan dap hari ini? Sebab umno cakap kurang ajar dengan mca hari ini MCA jangan celupar, jangan campur urusan UMNO Jika MCA lemah dan gagal pikat hati orang Cina, itu salah mereka Mohamad Fadli, Free Malaysia Today Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali… READ MORE ........................................................ Kenapa ada orang umno mulut kurang ajar dengan mca? Sebab mereka adalah good practice politician.. Depa kawan baik, tapi saja buat serang agar orang Melayu, atau target undi umno melihat umno ini power lagi excelent. Bukan cakap main-main. Oleh itu. kenapa kurang sangat pemimpin PAS yang mulut ku...

JOM KE KARNIVAL DI HULU BERNAM

Imej
Mari datang beramai-ramai ke Karnival Jelajah Tani 2014. Anjuran DUN Hulu Bernam. iklan seperti di bawah ;

DAP BOLEH KELUAR PAKATAN, SEPERTI DAP KELUAR BARISAN ALTERNATIF DAHULU..

Imej
'DAP boleh keluar Pakatan, jangan desak PAS'   Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS. Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia hari ini. Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu. “Kalau Lim Guan Eng nak keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan,” kata seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini. Mohd Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Kenyataan Mohd Amar hadir selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menempelak tindakan pemimpin DAP yang mem...

Politik silap pertikai fatwa haram SIS

Imej
Oleh SUBKY ABDUL LATIF SELANGOR telah bertindak mengharamkan Sisters In Islam, suatu yang tidak terdaya dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain badan Islam dan dakwah yang masing-masing mengira NGO itu tidak bergiat selaras dengan ajaran Islam baik mengikut apa jua mazhab sunnah wal jamaah.     Tetapi keputusan Fatwa Selangor itu dipertikai oleh beberapa Empi PAS. Saya harap ia tidak dikira sebagai pandangan rasmi PAS tetapi adalah pendirian beberapa orang pemimpin itu saja. Saya tidak bercadang untuk melihat pandangan itu dari sudut akidah tetapi lebih tertarik tentang kepintaran berpolitik. Pada saya ia bukanlah tindakan politik yang pintar.     Masyarakat Islam dan pihak berkuasa sudah ada pandangan dan sikap tentang orang dan golongan ani hadis. Dan SIS ini boleh dikira lebih laju dari anti hadis, malah lebih mengerikan boleh melanggar ajaran al-Quran. Setahu saya PAS ada sikap tentang pertubuhan itu.  ...

DAP HANYA RUBBER STAMP PKR

Imej
DAP hanya sebagai 'rubber-stamp', manakala PAS dijadikan 'kambing-hitam' PAKATAN RAKYAT adalah satu pakatan politik yang masih lagi 'HARAM' sifatnya. Ia belum disah-terima oleh ROS, tidak seperti BN. Ia didominasi oleh PKR.  DAP hanya sebagai 'rubber-stamp' untuk menyokong apa-apa keputusan oleh KeTum, manakala PAS hanya digunakan sebagai 'kambing hitam' jika berlaku apa-apa 'trajedi' kepada PR. Pokoknya, 'Pakatan' ini hanyalah sebagai satu platform untuk mengesahkan apa-apa keputusan yang sudah lama diputuskan dalam kepala Ketum. Jadi, apanya yang PKR dan DAP berlagak macam pengawas sekolah kalau pun tak berlagak macam 'gangster'?  Kenapa sudah hilang rasa hormat menghormati antara satu sama lain? Politik cara 'samseng' begitu adalah politik zaman batu. Kalau beginilah caranya. jangan harap pengundi boleh terima sikap besar kepala yang ditunjukkan. al-brangionline:  Kalau aku pe...

HARI INI SAYA NAK BELASAH DAP CUKUP-CUKUP

Imej
HIPOKRIT & SANDIWARA LIM GUAN ENG DAP DIDEDAHKAN ! Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 serta mengarahkan Jabatan Insolvensi membekukan kesemua akaun dan aset milik PPS.  Kerajaan negeri Pulau Pinang pula bertegas untuk tetap melakukan prosiding undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Soalnya, kenapa keazaman mempertahankan PPS ini tidak ditunjukkan dalam soal kepentingan dan kebajikan rakyat negeri Pulau Pinang? Kenaikan sewa gerai, mana pejuang rakyat? Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menaikkan sewa gerai makanan dibawah kendalian MPSP. Kenaikan antara 20%-100% ini berkuatkuasa September lalu.  Dianggarkan lebih kurang 5,500 peniaga yang menerima kesan akibat daripada kenaikan sewa ini yang melibatkan kenaikan antara RM30-RM120. Berdasarkan rekod MPSP, hasil kutipan sewa gerai oleh MPSP pada t...

NAK TAHU TAN SRI KHALID IBRAHIM ADA MANA SEKARANG? CER BACA..

Selepas 2 bulan, Khalid Ibrahim kembali dengan NGO bersama PAS Selepas dua bulan menghilang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Taski, bersempena namanya dengan bantuan PAS di kawasan Bandar Tun Razak bagi melaksanakan program "Sajian Rakyat" yang dirancangnya. Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh individu yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut. "Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya," kata Roslan Baharom (gambar), 59, kepada The Malaysian Insider. Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS Wilayah Persekutuan tur...

ISLAM LIBERAL? ADA KE? ATAU MITOS SHJ? MEH BACA..

Imej
Gerakan Islam, liberalisme dan pasca-Islamisme Oleh MUHAMMAD ATIULLAH OTHMAN Sungguh mengejutkan pendedahan Mustafa Akyol mengenai hasil kajian Liberal Turkish pada 2006 yang mendapati bahawa tuntutan masyarakat Turki agar kembali kepada syariah menurun dari 21 peratus kepada sembilan peratus dalam tempoh tujuh tahun sejak Islamic Calvinism diperkenalkan. Islamic Calvinists adalah golongan yang menumpukan nilai dan kesufian tetapi mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Golongan ini ditubuhkan untuk mengambil alih kekuasaan Parti Refah sehinggalah Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP, menaiki tangga politik pada 2006. Kajian tahun 2006 ini jugalah, kehendak masyarakat Turki kepada undang-undang rejam menurun kepada satu peratus sahaja. Malah, idea jihad medan perang sudah bertukar kepada jihad ekonomi, selera tulisan-tulisan pembaca novel pun telah beralih arah dari citra Islam kepada kebejatan moral sekular. Lebih teruk dari itu lagi, kem Islamis turut mengkritik bud...

HARI INI, KITA BELASAH PAS LAGI..

Imej
Hairan Apa Kalau Khalid Samad, Hanipa Maidin dan Mujahid Yusof Beria-Ia Bela SIS Yang Sesat   Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menfatwakan bahawa Sisters In Islam adalah sebuah NGO yang sesat lagi menyesatkan. Dan sebenarnya ia tidak menghairankan langsung, memandangkan NGO tersebut sebenarnya walaupun menggunakan Islam pada namanya, tetapi hakikatnya mereka hanyalah sebuah kumpulan yang bercita-cita untuk menjadikan umat Islam di negara ini lebih kafir dari orang kafir. Islam bagi mereka hanyalah sebuah agama yang menjadi imej, bukannya iktikad dan iman. Disebabkan itulah, banyak perkara-perkara mengarut yang diajarkan oleh kumpulan tersebut. Anehnya, dari PAS, muncul pula nama seperti Khalid Samad, Hanipa Maidin dan Mujahid Yusof yang beria-ia membela serta menyokong SIS. Bahkan mereka kelihatan tersinggung apabila Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menfatwakan bahawa SIS adalah sebuah pertubuhan sesat yang menyesatkan. Ada yang hairan mengapa ke...

HARI NI, KITA KACAU PAS PLAK.

Imej
Jangan Marah Ku Nan Bila Labelkan PAS Sesat Kerana Kebencian Kita Kepada UMNO Jadi Punca Sebenar Sekarang ini, rata-rata orang PAS mengutuk Setiausaha Agung UBN, Adnan Mansor apabila Adnan Mansor yang mencadangkan dalam Multaqa Kebangsaan Biro Agama UBN untuk meletakkan al Quran dan As-Sunnah sebagai dasar perjuangan UBN selain bercakap tentang Pengajian Sifat 20 (Usuluddin) yang telah ditinggalkan oleh parti tersebut, melabelkan PAS sebagai SESAT dan MENYELEWENG DARIPADA AJARAN ISLAM. Tak guna kita marahkan golongan seperti Adnan Mansor mahupun sebahagian besar orang UBN yang masih angkuh dengan kuasa. UBN sendiri pun sudah kacau bilau dan tidak lagi bergerak pada landasan sebenar penubuhan parti tersebut. Suka atau tidak, hanya pada zaman Mahathir sahajalah, UMNO baru kenal AGAMA ISLAM, baru tahu bahawa Tuhan itu ad...

MARI KITA BELASAH DAP LAGI.

Imej
Mangsa usir ikrar jadikan Komtar rumah orang tua   Sekumpulan 13 keluarga yang membantah tindakan merobohkan kediaman mereka di Sungai Nyior, Butterworth, mengadakan protes duduk bantah depan kompleks pentadbiran kerajaan negeri di tingkat 3, Komtar. Pegawai keselamatan Komtar telah mengunci pintu masuk ke pejabat tersebut. Jurucakap kumpulan tersebut Samuel Walter berkata keluarga terbabit telah diarah untuk keluar pada Jumaat ini walaupun mereka mendakwa tidak diberikan pampasan yang secukupnya. Walter berkata kumpulan itu berada di bangunan Komtar hari ini untuk bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng - yang merupakan ahli parlimen mereka. Katanya, penduduk itu telah mengundi Lim tetapi setiausaha agung DAP itu didakwa tidak bertemu mereka berhubung isu itu. ADUN Bagan Dalam A Thanasekaran hadir bersama-sama para peserta protes. "Jika kami tidak mendapat jawapan sampai Jumaat ini, kami akan tukar Komtar jadi rumah orang tua. "Orang tua ini yang terk...

DAP Halau PAS Lagi, Marah Sebab Rahsia Penyelewengan Di Pulau Pinang Didedahkan Orang PAS

Imej
Meh baca yang ni plak.... DAP Halau PAS Lagi, Marah Sebab Rahsia Penyelewengan Di Pulau Pinang Didedahkan Orang PAS Selepas Ustaz Nasruddin Hasan mendedahkan bagaimana Lim Guan Eng menipu rakyat Pulau Pinang menerusi isu pembinaan terowong dasar laut, yang didatangkan oleh Lim Guan Eng adalah ancaman saman kecuali Ustaz Nasruddin memohon maaf secara terbuka. Ustaz Nasruddin enggan . Lim Guan Eng segera membuat satu sidang media dan menyatakan iltizamnya untuk menyaman Ustaz Nasruddin. Tetapi walaupun dia melakukannya, tiada kesungguhan sekaligus menunjukkan dia sekadar menggertak dan tersangat takut sekiranya ramai yang semakin sedar tentang pembohongan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang itu. DAP sebenarnya sentiasa melihat PAS sebagai ancaman besar kepada dominasi parti yang diwujudkan untuk menghapuskan keistimewaa...

Bila Tengok PAS Tidak Bersama-sama Anwar Ibrahim, Serta-Merta Pro-Anwar Ingatkan Almarhum Ustaz Fadhil Noor

Imej
Meh baca, saja kasi panas.... Bila Tengok PAS Tidak Bersama-sama Anwar Ibrahim, Serta-Merta Pro-Anwar Ingatkan Almarhum Ustaz Fadhil Noor Begitulah perangai sesetengah orang yang tidak mengenang budi dan tidak tahu diuntung. Mereka hanya mahu mempergunakan orang lain bagi kepentingan mereka. Apabila mereka sudah kuat, mereka akan segera menyepak, menghina bahkan tidak berterima kasih langsung dengan bantuan serta sokongan yang diberikan selama ini. Kempen 'RAKYAT HAKIM NEGARA' memperlihatkan kegopohan dan kegelojohan PKR dan Anwar Ibrahim yang tidak berkurangan, sebaliknya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim dan segala bala tenteranya adalah kumpulan yang akan melakukan apa-apa sahaja walaupun perlu menyembah bomoh dan tokong demi memastikan Anwar Ibrahim bebas daripada hukuman penjara akibat perbuatannya sendiri. Hari yang sama, 28 Oktober, PKR terus menggelabah...