SELAMAT DATANG KE HOMESTAY KAMI.


Salam semua.

Hari ini, saya nak buat iklan sedikit, berkenaan Homestay yang baru saya siapkan. Alhamdulillah, Cuti sekolah ini sudah ada pelanggan menginap di Homestay saya ini kerana urusan pertunangan. Harap, dengan menginapan sulong itu, akan bercambahkan lagi pelanggan-pelanggan ke Homestay saya.



No.9, Jalan Keruing 4C/3, Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor.

Homestay Taman Keruing 4C/3 terletak di Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor, Selangor DE. Ia terletak di mukim Rasa, iaitu satu tempat jaraknya 7km daripada Kuala Kubu Bharu dan 5km dari Batang Kali. Jarak dari UPSI, Tanjung Malim, Perak adalah 25km, Sek Men Agama Tinggi KKB (6km), manakala Darul Quran, MRSM KKB dan IPTN Ampang Pechah adalah sejauh 7km sahaja serta Sekolah Men Sains SEMASYUR adalah sejauh 12km.

Sesiapa yang inginkan ke Genting Highland, ianya hanya sejauh 35km sahaja.

Ruang tamu .
Ruang Tamu yang selesa disediakan untuk segenap jenis pelanggan yang menetap di Homestay kami. Samada menginap untuk kenduri kahwin, anak memasuki alam persekolahan di MRSM, Sek Men Sains SEMASYUR atau Darul Quran, atau untuk percutian menikmati keindahan alam flora dan sungai2 jernih di sekitar Hulu Selangor, di sinilah tempatnya.

Kami juga menyediakan air mineral 500ml sebanyak 6 botol setiap hari serta pinggan mangkuk dan cerek air elektrik untuk kemudahan anda.



Kemudahan TV dan peti ais juga disediakan kepada setiap pelanggan yang sudi menghuni di teratak Homestay Taman Keruing 4C/3.


Master Bed Room
Bilik 3
Bilik 2

Homestay Taman Keruing 4C/3  menyediakan 3 bilik untuk kemudahan pelanggan kami. Bilik 'Master bed Room' dengan katil saiz 'Queen', Bilik 2 (tengah) dengan katil Double Decker (Queen size di bawah dan single di atas) serta bilik 3 (belakang sebelah dapur).

Sesuai untuk pelanggan yang berkeluarga dan bujang. Kami syorkan bagi kepada pelanggan yang ada anak kecil, bilik 2 adalah bilik yang paling sesuai diinap untuk anak-anak anda kerana percayalah, mereka akan seronok bermain katil 'double decker' itu.


Redup, tenang mata memandang....
Kepada sesiapa yang sudi untuk menginap di Homestay ini, jangan teragak-agak untuk menelefon saya, Mazwandi Bin Mustaffa, di talian HP 013-310 2710 untuk tempahan. Harga yang kami sediakan amat murah dan berbaloi, iaitu hanya

RM 130.00 semalam

Check in, seperti biasa paling awal jam 1.00 tgh dan check out paling lewat jam 12.00 tgh. Tetapi, check in checkout ini boleh diperbincangkan lagi mengikut keselesaan pelanggan kami

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?