DAP AKAN KALAH DI PRK TELUK INTAN.
Setelah muak melihat politik di Malaysia, namun pada hari ini, tiba-tiba mood untuk bergejuis berkenaan politik di Malaysia kembali bernafsu. Ini semua kerana satu angkara Harakahdaily, yang mengeluarkan artikel; PRK Teluk Intan: SPR tidak iktiraf borang 14? Apabila saya terbaca sahaja berkenaan berita ini, maka hati saya menjadi kelam lagi gulana. Kerana saya anggap, Pakatan Rakyat akan kalah pada PRU14 nanti. Saya tidak mengendahkan PRK yang berlangsung di Teluk Intan sekarang ini. Apalagi di Bukit Gelugor, lagilah saya tak ambil kisah. Namun, apabila berita yang amat malang berkenaan Borang 14 yang tidak akan di 'endorse' oleh SPR kepada Counting Agent, maka, jangan haraplah PR akan menang pada PRU14 nanti. Peristiwa dimana petisyen PAS berkenaan Borang 14 pada PRU13 dahulu, yang tidak diendahkan oleh mahkamah pilihanraya, kerana menganggap KTM yang tidak bertanggungjawab terhadap Borang 14 tiada kena mengena dengan petisyen pilihanraya, hanya ada kena mengena dengan ...