TANGGUH DULU PBS

Ni ada cerita menarik dari satu blog yang menarik juga. Sila la baca;

PAS meminta agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menangguh  terlebih dahulu pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  dan membawanya ke meja perundingan bagi mencari jalan penyelesaian  terbaik.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, berkata  Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menghormati  hak dan pandangan guru-guru dengan memanggil mereka berbincang sebelum  sesuatu keputusan mengenai PBS diputuskan.
Katanya lagi, bantahan yang dilakukan oleh guru-guru mengenai PBS membuktikan sistem tersebut  telah merumitkan mereka serta menimbulkan bebanan tambahan kepada tugas  yang dilakukan mereka sebelum ini.
“Kerajaan kena akur dengan  desaakn oleh guru-guru mengenai pelaksanaan PBS yang telah menimbulkan  pelbagai masalah serta bebanan kepada mereka.
“Kerajaan perlu  menghormati mereka sebagai pelaksana sistem tersebut, mendengar setiap  pandangan serta pendirian mereka dengan panggil berbincang sebelum PBS  dilaksanakan sepenuhnya,” jelas beliau pada sidang media di Pejabat  Agung PAS hari ini.
——————————————-
Sampai bila lah guru-guru kita ni nak dimanjakan oleh gomen/waima kalau kita berkuasa. Kerja lebih skit tak boleh. Panggil pi sekolah hari Sabtu tak boleh. Jauh sekejap dengan laki tak boleh. Apapun tak boleh.
Ana minta maaf cakaplah, guru-guru pun kena persiap diri untuk bekerja dan berkhidmat. Jangan banyak komplen sangat. Kalau malas, berhenti dan boleh meniaga kecik-kecik atau tulis blog macam ana.
Semua benda nak mudah. Semua benda nak senang. Perubahan sistem biasalah. Kalau sempurna, itu nama dia sistem Allah SWT.
Mana daya tahan cikgu-cikgu kita ni? Mana pi janji untuk berkhidmat dengan baik?
IKRAR GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Jangan dok banyak komplen la cik ooi. Tak suka boleh berhenti.
Ana tak setuju langsung PAS beria berjuang isu ini. Tak sesuai. Membuatkan cikgu-cikgu kita gedempol kemalasan.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Maaf bertanya?

Anda guru kah?
Tanpa Nama berkata…
tuan punya blog ni tak faham apa itu PBS...cikgu lebih arif dan lebih memahami situasi yg sebenarnya...masala PBS ni lebih kepada anak-anak kita...kalau tak percaya tanya pendapat dan rasional kenapa PBS mesti dihapuskan...kamu cuba duduk kat sekolah dlm 1 bulan...jd cikgu dn ajar anak2...mcm mana...kita nk kawal anak kita kt rumah yg 2 3 org pun payah..inikan kt SK ada beratus atau ribu pelajar yg bermacam perangai dn karenah...jgnlah asyik nk salah dn hentam guru saja...ingat..anda juga berada disini adalah disebabkan oleh guru...ada sebab guru bantah....golongan gurulah yg paling setia kpd tugas...bayangkan kalau semua guru mogok...tp ini mungkin mustahil agaknya...sbbb guru tak sampai hati nk biarkan anak bangsanya menjadi magsa pemerintah...
ibnmustaffa berkata…
Tanpa nama 10:21ptg. Ini bukan artikel saya, tapi diambil dari yg lain. Kalau nak tahu statement saya tentang PBS, tolong baca artikel blog saya yg lama-lama.
Tanpa Nama berkata…
Artikel blog anda sebelum ni menunjukkan pengetahuan anda tentang PBS kurang dari 10%. Kalau ilmu dan pengalaman kurang, serahkan kepada yang lebih berilmu dan berpengalaman.
ibnmustaffa berkata…
Tang mana yang kurang tu?
Tanpa Nama berkata…
PBS memang susah untuk guru-guru yang malas..................................................................

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?