NATANG APA EVIDEN, DESKRIPTOR DLL DALAM PBS NI?

Ada orang tanya aku pasal band 1 hingga band 6. Bukan takat band, tapi dia tanya aku pasal deskriptor, sppbs dan fail showcase.

Dia ingat aku tak tau, sebab aku bukan cikgu agaknya. Sebenarnya, aku mula-mula tak tau, tetapi disebabkan ianya menarik perhatian aku, sebab anak aku tahun lepas baru masuk darjah 1, maka saya wajib untuk mengetahui.

Alhamdulillah, isteri saya adalah jurulatih utama untuk PBS ini. Banyak dia membantu untuk saya tahu prestasi anak saya disekolah.

Tapi takpalah. Orang yang mentaliti telah dizombikan dengan peperiksaan, mereka tidak akan faham PBS ini.

Aku nak cerita sedikit dengan band ni. Yang aku tahu, band ini, bukan band menyanyi. Bukan band orkestra. bukan band Metallica. Tapi, indikator guru yang mengajar anak muridnya, ketika dalam kelas dia mengajar. Nak aku detailkan ke?

Tak payahlah. Nak tau, hangpa tanya sendirilah dengan guru-guru yang mengajar. Belajar sedikit untuk bertanya kepada yang lebih tahu, apabila nakkan ilmu. Eh, silap. Bukan tanya kepada cikgu yang mengajar. Kerana takut tertanya guru yang masih keliru dengan PBS. Tapi, tanya kepada guru yang telah menjadi JU disekolah masing-masing. Kerana mereka adalah bahan rujukan kepada guru-guru di sekolah itu sendiri.

Korang pernah tengok natang ni dalam kertas anak korang masa dia balik sekolah?

Contoh: B1DT1E1.

Ada pernah tengok?

Paham ke apa maksudnya?

Kenapa saya tanya soalan ni? Buang tabiat ke?

Sebenarnya, saya tanya ni, sebab awal-awal anak saya sekolah dulu, saya ada nampak natang ni depan mata. Buatkan saya pelik bin ajaib. Disebabkan saya ingin tahu, saya tanya anak saya. Dia jawab 'entah'. Fikir-fikir balik, memang betullah itu jawapan anak saya, baru darjah 1.

Kemudian, saya tanya isteri saya. Kemudian dia jawab dengan satu jawapan yang amat pelik. Dia jawab, 'oh, ini penting ni..'.

Aku tanya, apa yang penting? Isteriku jawab balik. 'Ini penting ni untuk dijawab oleh anak kita'. Aku tanya balik, 'kenapa pulak?'. Isteri ku jawab, 'yang ini instrumen ni....'. Aku dalam hati, 'Pulaakkk,... apa instrumen2 ni?'...

Saya senyap. Melihat sendiri, anak saya tengah buat kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Dan disitu, di hujung atas kanan kertas itu ditulis B1DT1E1. Aku blurr.....

Mungkin isteriku dapat melihat keblurran suaminya, maka beliau pun datang sebelah saya. Dia cakap lembut, 'Sepatutnya, kerja ni dibuat didalam kelas. Bukan dibuat dalam rumah..'. Saya pandang isteri saya. Dan bertanya, 'Nape?'..

'B1 ini maksudnya band 1, DT ini maksudnya Deskriptor Tulisan. E ini Eviden. Ini adalah cara guru-guru menilai ketahap mana anak muridnya sekarang berada.'. Jawab isteriku tenang.

'Ooo. Ye ke.... paham paham', jawabku, walaupun masih tak faham ketika itu. Disebabkan yang disebelah saya ketika itu adalah isteri saya, maka dia sebenarnya tahu, saya ni masih tak faham. Mustahil sungguh untuk aku nak faham sebab baru first time dengar benda-benda deskriptor lah, Eviden lah, tah apa-apalah. yang aku tahu masa itu, hanya band 1-6.

Maka, hari itu, saya pun disekolahkanlah oleh isteriku tentang apa dia deskriptor, apa dia eviden, apa dia instrumen, camne guru menilai dari band 1 hingga 6 dan macam-macam lagilah. Tapi, jangan tersangka, bahawa saya baru tahu PBS ini natang apa setelah isteriku menyekolahkan suaminya. Tetapi hanya nak dijelaskan disini, ketika itu, barulah saya tahu, tatacara sistem PBS ini digunakan oleh para guru untuk menilai anak muridnya.

Saya mula tahu PBS ini, semasa isteriku 3 tahun lepas ada berkata, 'Abang mesti suka sistem baru sekarang.', saya tanya kenapa? Dia jawab, sebab sistem baru sekarang akan mansuhkan peperiksaan.

Dari situ, 3 tahun lepas, saya telah mengkaji dan mengkaji. Sistem PBS ini sebenarnya nakkan apa. Saya mengkajinya sebagai seorang rakyat yang hendak melihat, ke arah mana sistem ini akan dibawa untuk masyarakat. Manakala, isteriku juga mengkaji, tetapi dalam konteks dia sebagai guru, apakah yang perlu dilakukan oleh beliau, kerana beliau melihat, sistem yang baru ini adalah totally baru.

Apa yang saya nampak, sistem ini sebenarnya bergantung kepada karenah guru itu sendiri. Adakah mereka faham tujuan PBS ini, atau mereka hanya mengikut, atau memberontak dengan sistem yang totally baru dan menyebabkan mereka tidak faham.

Kenapa guru?

Kerana merekalah yang akan melaksanakan sistem ini. Kerana merekalah yang akan mengajar anak kita di sekolah nanti. Kerana merekalah yang akan menilai anak muridnya. Kerana merekalah akan membentuk anak kita didalam kelas.

Ibubapa boleh memberi galakan untuk anak mencintai ilmu, mempunyai rasa seronok untuk belajar, untuk dididik. Mempunyai rasa berkehendakkan bertanya sesuatu perkara yang mereka tidak ketahui. Dan guru adalah penyambung kepada hasrat itu, agar ketika anak itu rasa seronok ke sekolah, mereka akan lebih seronok dan teruja dengan cara inovasi dan kelainan guru yang mengajar mereka, hanya semata-mataa, kerana cintakan ilmu, bukan untuk target A dalam peperiksaan.

(BERSAMBUNG.....)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?