Hari ini, saya malas hendak layan cerita politik di Malaysia. Sebab dah naik jemu lagi menyampah dengan pe'el-pe'el politician yang cap ayam. Hari ini, saya nak cerita berkenaan anak saya. Yang baru bulan lepas, berkhatan. Lebih tepat, 2 anak lelaki saya berkhatan bulan 12 lepas. 13 dan 14 Disember 2013. Jumaat petang, 13 Disember, anak lelaki saya no 5 berkhatan. Esoknya, 14 Disember pagi, anak yang ketiga saya pula yang berkhatan. Saja nak beritahu, anak saya nombor tiga itu baru berumur 3 tahun 5 bulan, dan adiknya pula baru sahaja berumur 3 bulan. Saya memberanikan diri untuk mengkhatankan 2 anak lelaki saya pada umur yang kecil. Mula-mula, takut juga, kerana ada berbagai-bagai versi negatif dari rakan-rakan. Ada yang kata, akan tumbuh baliklah kulitnya, ada yang kata, susah nak jagalah lepas khatan sebab kecil lagi. Tetapi saya tabahkan hati untuk mengkhatankan juga mereka berdua. Dan keputusannya, alhamdulillah, memang cukup mudah menjaga mereka berdua. Teruta...