BILA HINDU JADI BODOH.
Aku suka apa yang ditulis oleh Roslan SMS. Oleh itu, saya kongsikan tulisannya ini di blog saya. Nak baca, silalah....
Biar sembelihan korban terhad di masjid dan surau-surau sahaja, biar Thaipusam di kuil-kuil sahaja, perayaan agama Kristian di setengah-setengah tempat yang turut mengarak salib dan patung “Christ” dihadkan di gereja sahaja, “Hungry Ghost Festival” pula dipremis tokong sahaja, bagaimana?
Larang korban di sekolah: Kita selaras semua sekali (23/10/13)
Wednesday, October 23, 2013
Buat pertama kalinya saya terpaksa akur dan menumpang setuju
dengan pandangan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau mengulas kontroversi isu sembelihan korban di Sekolah
Kebangsaan Puchong Jaya yang kononnya mendapat tentangan masyarakat Hindu/bukan
Islam. Asas bantahan seorang individu bernama “Saravanan” bahawa sekolah bukan
tempat sesuai untuk ibadat korban kerana anak-anak murid didedahkan kepada
penyembelihan haiwan.
Memikir “out of the box” (tidak seperti beberapa pemimpin
politik yang cepat melatah – pragmatik ikut suasana) MAZA dipetik sebagai menyatakan
(dalam facebooknya):
"Pada asasnya sekolah bukan tempat untuk sembelihan dan
mungkin kurang sesuai untuk sesetengah murid, namun dalam negara ini banyak
lagi perkara yang tidak sesuai dan penyalahgunaan tempat.
"Antaranya jalanraya bukan tempat perarakan agama
seperti mengangkut berhala atau menghempas kelapa sehingga mengganggu
penggunakan pengguna yang lain atau mengotorkan tempat awam seperti yang
dilakukan oleh sesetengah penganut agama tertentu.
"Jika hendak diselaraskan, selaraskan semuanya
sekali,"
Nah sekarang bagaimana?
Malahan ada perarakan agama yang mendedahkan anak-anak dan
orang dewasa kepada “ritual” yang lebih menakut dan menyeramkan termasuklah
menusuk dan mencucuk tubuh badan. Kalau mengambil kira pandangan MAZA bagaimana?
Kita larang juga?
Sesungguhnya masyarakat Malaysia telah sedia terbuka dan
secara umumnya menerima dan memahami perbezaan ibadat dan “ritual” antara
berbeza agama dan fahaman dalam Negara. Berdekad-dekad lamanya tiada yang
membantah atau cuba membakar suasana, tiba-tiba hari ini kita dibawa untuk
bersengketa dan bertekak dalam bab ini.
Ibadat korban untuk orang Islam, ada yang berlaku masyarakat
bukan Islam menghadiahkan binatang sembelihan untuk menjamu petugas ibadat
korban, saya sendiri menjadi saksi di Masjid USJ1 Subang Jaya beberapa tahun
lalu.
Upacara Thaipusam contohnya sudah diterima sebagai suatu
acara tarikan pelancong, diterima secara toleran oleh masyarakat Islam walaupun
ada perarakan dari kuil ke kuil di kawasan luar bandar yang terpaksa merentas
dan melalui kampung-kampung Melayu. Kita terima dan hormati, tiada bantahan.
Begitu juga upacar-upacara “ritual” masyarakat Buddha dan
bukan Islam di kalangan orang-orang Tionghua umpamanya “Hungry Ghost Festival”
,acara yang beberapa tahun lalu serentak dengan bulan Ramadhan. Tapak-tapak
letak kereta dan tanah kosong digunakan untuk membakar colok-colok besar,
menghidang khinzir siap dengan program hiburan di pentas. Ada yang berlaku di
kawasan perumahan berdekatan dengan surau dan masjid, orang Islam yang sibuk
menghidupkan malam Ramadhan, menerimanya kerana sudah faham akan “ritual”
berkenaan. Tiada pula bantahan yang didengar.
Malah masyarakat bukan Islam yang tinggal berhampiran masjid
dan surau-surau di seluruh Negara juga boleh menerima laungan azan 5 kali
sehari, kerana ia sebahagian dari amalan masyarakat Islam. Tidak ada lagi kita
dengar bantahan dan protes.
Lantas dalam bab ini sekali lagi saya meneliti pandangan
MAZA dan bersetuju kalau kita sudah tidak lagi boleh hidup secara toleransi,
asyik nak bertekak dan bersengketa termasuklah dalam bab-bab yang telah
diterima dan difahami masyarakat maka ayuh kita perluaskan larangannya, kita
selaraskan semua sekali.Biar sembelihan korban terhad di masjid dan surau-surau sahaja, biar Thaipusam di kuil-kuil sahaja, perayaan agama Kristian di setengah-setengah tempat yang turut mengarak salib dan patung “Christ” dihadkan di gereja sahaja, “Hungry Ghost Festival” pula dipremis tokong sahaja, bagaimana?
Tentu cadangan ini lebih mengundang kontroversi. Mengapa
harus kita ganggu “status quo” amalan pelbagai agama dalam Negara kita.
Belajarlah bertolak ansur, bertoleransi, membina Negara yang bersatu padu, aman
dan muhibbah, bukankah baik begitu.
Anda bagaimana?
Ulasan
lpas itu, mana kuffar dan penyokong kuffar bertopengkan Islam mahu duduk di negara ini, dipersilakan.
mana mana kuffar dan penyokong kuffar bertopengkan Islam yang tidak mahu duduk di negara ini kerana tidak suka kepada Undang-Undang Allah s.w.t, mereka dipersilakan pindah ke wilayah yang sesuai dengan gaya hidup mereka.
senang saja ma. cakap banyak-banyak tarak guna punya.
kita buat saja apa yang Allah s.w.t perintahkan kita buat.
apa yang jadi selepas itu, itu ialah kadar Allah s.w.t.
ada paham?