MB SELANGOR; AZMIN ALI, NKO DIAM JE LAAA.....

Saya rasa pelik tengok Azmin Ali nih. Tah apa-apa lah yang dia melalut dengan bos dia? Sejak bila pula Tan Sri Khalid Ibrahim ini anak beranak dengan Wan Azizah dan Anwar Ibrahim bersama anak mereka Nurul Izzah? Tak tahu pula saya Tan Sri Khalid ini ada satu keturunan dengan Wan Azizah.

Apalah kamu ni Azmin. Kot ye pun nak kritik Wan Azizah mengamalkan nepotisme, buatlah contoh yang betul sikit. Cakaplah yang Presiden ke, Penasihat ke, Naib Presiden PKR ke itu adalah dari anak beranak yang sama. Barulah betul. Ini tidak. Dia cakap nepotisme ada sangkutpaut dengan perlantikan MB Selangor pula. Pening,..pening..

Memang macam cap ayam. Seperti jugalah dengan cap ayamnya blogger celaka The Sniper dan Cipan++ yang menuduh PAS Perak kalah sebab UG. Kah! Kah! Kah! Alhamdulillah Ustaz Idris Ahmad menang. Kalau tak, habis depa kata memang sah sebab UG, PAS kalah di Perak. Siap membanggakan diri sendiri pula tu, kata 'itulah, tak ikut nasihat saya'. Ek eleee,.. macam cap ayam blogger celaka ni.

Apa-apa pun, jika mulut Azmin sudah mentahikan Presiden dia sendiri, maka terbuktilah apa yang telah saya sebut dengan rakan-rakan saya, tolong jangan undi Azmin Ali masa PRU13. Tengok, bila dia sudah menang, habis dia buat kecoh berkenaan perlantikan MB Selangor.

Korang semua jangan ingat, Azmin Ali akan membiarkan kuasa yang tidak kesampaian ini akan dia biarkan begitu sahaja. Tidak,.. sesuatu akan berlaku dalam PKR dan PR. Yang diolah oleh mamat Gombak ni. Berhati-hatilah dengan beliau. Dia punya jahat, sehingga Ezam dan Zaid Ibrahim pun kena tendang dalam PKR.

Saya tidak tahu, kenapa Anwar yang hebat itu, jika berdepan dengan Azmin, habis menjadi layu selayu-layunya..... Pelik,..pelik....

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
DS Anwar Ibrahim tak jadilah pulak bersara, jaw MB Sel pula camna ya? Ikhlaskanlah hati untuk berkhidmat.
Tanpa Nama berkata…
jika azmin dan zuraidah bertanding lagi dlm pru14 tengoklah apa akan jadi, yg pastinya aku dan keluarga tidak akan menyokong dan berkerja untuk kemenangan zuraidah lagi.
Unknown berkata…
The Sniper dan Cipan++ blogger celaka ?

Aku ingat aku sorang je yang nampak macam tu.. rupanya ramai lagi.
(terutama The Sniper tu. nampak pro PR, tapi tukang hasut @ tukang laga.)
Tanpa Nama berkata…
kronisme,nepotisme memang dah ada didalam politik ni...tak kira parti kerajaan dan parti pembangkang...hanya rakyat saja diperbodohkan melakukan anti tersebut.azmin anak emas anwar....tiada sapae yang boleh menjatukan beliau...sekiranya berlaku sedemikian....hmmm...habisla anwar..sebbtu die berani melantang...

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?