IKHLAS DARI SAYA; BODOH PUNYA ANWAR.

Saya rasa, orang yang paling gembira pada hari ini adalah orang umno Batang Kali dan MIC Hulu Selangor. Kerana terus terang saya katakan, PKR telah buat kerja gila dengan mencalonkan Khalid Jaafar sebagai calon Parlimen Hulu Selangor, dan Ramachandran sebagai calon DUN Batang Kali.

Kepada mereka yang berada di luar kawasan Hulu Selangor, dengarlah kata saya ini, bahawa kemenangan BN untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor dan DUN Batang Kali, sudah 60% dalam tangan. Dan sesungguhnya, hari ini adalah hari paling sedih dalam hidup saya, apabila tempat saya mengundi, Pakatan Rakyat akan kalah hanya kerana mainan politik orang gila kuasa.

Sepatutnya, DUN yang ada potensi untuk menang, yang dalam culaan menunjukkan sokongan PR adalah sekitar 45% ke atas, telah dimatikan terus, apabila seorang India telah dicalonkan oleh Anwar Ibrahim sebentar tadi. Sehingga ada rakan saya, hendak mencampakkan Anwar dari pentas dia berucap tadi.

Saya hanya boleh menggelengkan kepala melihat perkara begini berlaku di tempat saya mengundi. Dalam hati, lebih baik saya tukar alamat mengundi di kampung isteri di Terengganu, memang di sana tempat PAS bertanding DUN dan Parlimen.

Rasa takut tiba-tiba mengerbang di hati sanubari saya. Kerana melihat telatah rakan PKR yang seperti gila kuasa. Belum apa-apa, sudah jatuh menjatuhkan antara satu sama lain untuk merebut sebiji kerusi. Gila.

Memang gila. Dan saya rasa, untuk sekian kalinya, dalam sejarah Batang Kali, kemungkinan besar, umno akan menang besar di DUN ini, iaitu pembangkang Selangor yang paling banyak menang majoriti pada PRU13 nanti.

Bodoh punya Anwar......

Ulasan

Kalau begitu tak usah undi Pakatan . Undi BN .. Muga terubat hati yang sakit
AisNy berkata…
Kenapa marah sangat nie...
Tanpa Nama berkata…
apa susah < inilah masa ahli pas yg mengundi/tak mengundi/tinggal di Batangkali boleh tumpukan wang dan tenaga di DUN Hulu Bernam.
Tanpa Nama berkata…
Apa yang penting kini ahli-ahli PAs samada mengundi/tak mengundi/tinggal di DUn Btgkali boleh tumpukan wang ,masa dan tenaga untuk menangkan solid calon PAS di DUN Hulu Bernam.rasanya Khalid Jaafar tak pandang DUn dia nak menang Parlimen jer.
Unknown berkata…
Tak salah calun (PKR) tu india, cina or melayu di DUN Batang kali. Perjuangan kita hanya satu tujuan iaitu untuk menghumbankan UMNGOK/BN dalam longkang IWK. Kalau kita masih berperinsipkan dan asyik mempertikaikan calun, maka tujuan yang satu itu pasti punah. Kalau Calun UMNGOK/BN tu orang MELAYU beragama ISLAM tapi tak cegah kemungkaran ada baiknyer pilih calun PKR orang INDIA or CHINA yang sudah pasti kepada tolaknyer kemungkaran dan kezaliman. Jangan tak ngundi, pergilah undi dan menangkan PKR bagi penibuhan KERAJAAN BARU di bawah pimpinan PKR.
ibnmustaffa berkata…
Saya cerita berkenaan strategi utk menang. Jika PKR letak DUN India utk Btg Kali, kebarangkalian kalah dalam tangan.

Ce cite sikit bagaimana kita hendak raih undi di Kpg Kuantan, Sg Choh, Serendah, Btg Kali dlm masa 2 minggu 4 hari mulai hari ini?

Sini anti India oleh Melayu tebal bos.... (tapi yg pelik dgn mic bole plak depa pangkah?)
Tanpa Nama berkata…
... bunyi suara hati cm org UMNO jer yg brkata. trcari2 la ape alasn sbb2 tk nk kn org India jd calun tp tk jumpe2. Klw skadar nk pilih Mlyu krn Mlyu lbih baik msuk PERKASA atau PERKIDA atau UMNO....
Tanpa Nama berkata…
Di sini ramai pengundi org India agaknya. Kalau ada alasan kukuh akan kalah, cepat2lah kontek DSAI dan maklumkan hal ini, sebab bukan semua perkara sesaorang itu tahu. Org yg berada ditempat itu / Dun lebih tahu.
Tanpa Nama berkata…
kamalanathan tu melayu lah sgt eh? Zahid tu mungkin bukan melayu sebab tu kalah
mohd berkata…
Jgn emosi. Tak setuju tak sebut pula cadangan alternatif. Keutamaan tumbangkan bn tu utamakan. Jgn merajuk cam tu, kita buat usaha terbaik, klu klh juga terima je. Antara sembahyang yg ditolak ialah anak lelaki yg lari dari rumah (hadis).

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?