Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

MALAYSIA TAK PERLU HUDUD, TAKE BEER (2)!!

Hari ini, ada satu cerita, yang menarik untuk digejuiskan. Sila korang semua baca satu berita dibawah ini; 'Munasabahkah kanak-kanak izin lakukan seks?' Ceritanya, apa cap ayam punya cerita ada kebenaran untuk kanak-kanak melakukan hubungan seks dengan lelaki. Itu yang Ivy kata kepada pemberita. Dia juga kata, tidak munasabah langsung kanak-kanak boleh diizinkan melakukan seks dengan pasangannya. Memang pelik. Pelik yang mengundang pening kepala. Satunya, istilah kanak-kanak, telah diberikan kepada perempuan, yang bukan sahaja berumur bawah 10 tahun, tetapi perempuan yang berumur 16 tahun juga ditaegorikan sebagai kanak-kanak. Atau manusia bawah umur. Bukan setakat itu, sehinggakan perempuan 18 tahun juga dikategorikan sebagai kanak-kanak? Apa yang hendak saya ceritakan disini ialah, bukannya pasal budak bawah umur atau manusia itu sudah dewasa. Masalah yang saya hendak ketengahkan disini ialah, nampak gayanya, seperti, apabila manusia itu sudah berumur 18 tahun ke ata...

MALAYSIA TAK PERLU HUDUD, TAKE BEER!

Ada orang kata, masalah sosial yang dialami di Malaysia ini tidak boleh dihapuskan dengan terwujudnya undang-undang syariah. Itu MSK yang kata. Dari mana dia dapat hipotisis itu, saya tidak tahu. Memang kebiasaan MSK, dia anggap apa yang keluar dari kepala otak dia, semuanya betul. Kasihan. Ada orang kata pula, politik yang berkaitan dengan perlaksanaan Hudud adalah satu kerugian dan buang masa. Beliau adalah seorang pemegang sijil doktor. Yang malangnya, beliau juga ahli PAS. Insan berjawatan dalam PAS. Dan juga ahli Parlimen PAS. Cap ayam. Kemudian, ada seorang manusia, yang berkata, tidak salah jika rakan sendiri menghina Hudud, tetapi jika musuh yang hina, ianya satu kesalahan. Mana punya hipotisis yang dikeluarkan mamat Shah Alam itu, saya tidak tahu. Mungkin dari rakan-rakan seksyen 18nya? Bodoh. Semalam pula, ada seorang manusia yang dahulunya hendak menyaman hudud, kemudian bertaubat, kemudian semalam, bercerita berkenaan rogol bawah umur. Baca bawah ni; Mahkamah perlu d...

DR. DZUL DAN KHALID SHAH ALAM MEMANG BODO DLM HUDUD!

Jika saya jadi ahli Majlis Syura, saya akan memecat serta merta Dr Dzul. Jika saya jadi AJK PAS Kawasan Shah Alam, saya akan bersungguh-sungguh menendang keluar Khalid Samad dari PAS sejauh-jauhnya. Sebabnya apa? Sebabnya mereka ini ular lidi. Cuba korang semua baca ini; Peragut Jalanan - Mangsa hampir putus tangan dirompak Kemudian baca yang ini pula; Bayi perempuan ditemui depan kedai surat khabar. Dan lagi, baca ini; Rompakan di Stesen Minyak RnR Butterworth - Kulim Expressway Baca pula yang ini lagi; Berniaga disebalik tirai besi. Meragut, zina, rompak dan samun. Semua ini ada kaitan dengan undang-undang Hudud. Oleh itu, kepada sesiapa politician dalam PAS yang ada perangai macam Dr. Dzul dan Khalid Shah Alam, dipersilakanlah untuk anda semua menjawab depan Allah SWT. Jangan sebab politik 'nak raih undi', maka mulut kita jadi bodoh dan dungu dalam cerita kewajiban hudud. Jika mereka berdua itu dalam umno, munasabahlah mereka berfikiran cap ayam begitu...

ULAMA MALAYSIA CAP AYAM?

Hari ini saya hendak cerita berkenaan dengan akhir zaman. Kerana apa saya hendak bercerita tentang akhir zaman? Kerana memang waktu sekarang ini, adalah waktu akhir zaman yang disebutkan oleh Rasulullah SAW. Cara yang saya hendak ceritakan tentang akhir zaman ini, saya hendak bercerita dalam konteks santai. Tidak mahu terlalu akademik. Tidak mahu bahasa tinggi-tinggi. Hanya mahu bercerita dengan santai seperti bercerita dalam kedai kopi. Kerana apa? Kerana target saya adalah kepada mereka-mereka yang bukan ustaz, bukan ulama, bukan cendiakawan agama. Target saya adalah kepada manusia biasa, yang majoritinya, mengaku Islam, tetapi tidak solat 5 waktu. Mengaku Islam, tetapi asyik dengan k-pop. Mengaku Islam, tapi anggap bercouple bukan dosa. Nabi kita, Rasulullah SAW, ada bersabda, pada akhir zaman nanti, ada bermacam-macam perkara yang tidak elok akan berlaku kepada masyarakat manusia. Lebih mudah sebut, benda yang tak betul, dijadikan benda yang betul. Salah satu apa yang Nabi beri...

MYANMAR YG SYAITAN. (WAJIB BACA!)

Imej
Teks taklimat dari Presiden Majlis Ulama Rohingya (Nota: Sejak meletusnya rusuhan kaum di Arakan (kini dikenali Rakhine State), Myanmar pada 3 Jun 2012 yang lalu Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan, Presiden, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah menerima banyak undangan daripada jawatankuasa masjid-masjid dan beberapa NGO terkemuka di sekitar Lembah Klang. Berikut ini adalah intipati penerangan yang disampaikan oleh beliau pada majlis-majlis berkenaan untuk bacaan dan makluman rakyat Malaysia khususnya) 1. LATARBELAKANG 1.1 Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara berbilang etnik, agama dan budaya (terdapat 137 etnik kesemuanya). 1.2 Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua terbesar selepas Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, Buthidaung dan Akyab (Sittwe) di wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) penduduk etnik Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya. 1.3 Namun, etnik Rakhine mendapat pengiktiraf...

BELAJO ISTILAH POLITIK SIKIT.

Dalam cakap-cakap orang politik, istilah lalang dan atas pagar adalah satu kebiasaan. Lalang bukanlah bermaksud semak samun, tetapi mentaliti seorang pengundi terhadap keputusan beliau untuk memangkah siapa di kertas undi nanti. Begitu juga dengan atas pagar, bukanlah bermaksud humpty dumtee yang jatuh pecah seribu dari atas pagar, tidak. Atas pagar juga bermaksud sama dengan lalang, cumanya ianya berbeza sedikit. Mari kita cerita, apa itu Lalang dan apa itu Atas Pagar; Lalang. Jika seseorang itu tiada kecenderungan untuk memilih sesiapa didalam pilihanraya. Tetapi, perangainya selalunya jika parti A datang berjumpanya, beliau akan puji dan menyokong parti itu. Dan jika parti B pula datang berjumpanya, beliau akan memuji dan menyokong parti B pula. Senang kata, mulut manis depan kita, belakang kita, maki hamun. Jenis manusia seperti lalang ini, kita tidak akan tahu dia akan mengundi siapa. Senang kata, orang yang tiada pendirian. Atas pagar. Mereka ini berbeza sedikit den...

LEE CHONG WEI, HANG DENGAR SIKIT APA AKU NAK CAKAP!

Imej
Lee Chong Wei kalah lagi dengan Lin Dan. Lee Chong Wei dapat perak lagi dalam sukan olimpik. Lee Chong Wei ada setapak sahaja lagi untuk merangkul emas, tetapi ianya tidak tercapai. Bagi saya, apa yang hendak saya kabarkan kepada Lee Chong Wei ialah, "SO WHAT!". Apa yang hendak dikisahkan menjadi orang 'second best'. Padahal awak adalah pemain nombor satu dunia, (sebelum hang cederalah), tetapi hanya tidak dapat merangkul pingat emas olimpik sahaja. Jangan la sedih, bro..... Melihat kamu menangis selepas kalah dua kali berturut-turut kepada Lin Dan untuk hanya mampu meraih perak olimpik, membuat saya tertanya-tanya, adakah selepas ini, anda akan menggantungkan raket badminton anda selama-lamanya? Tidak.... semestinya tidak, kerana dengan mulut anda sendiri mengatakan bahawa anda akan bermain secara aktif sehingga 2014. Tetapi, kenapa hanya sehingga 2014, aka Sukan Asia 2014? Kenapa tidak tambah lagi 2 tahun? Kan ke Brazil akan menjadi tuan rumah sukan olimpik ...

CERITA INI ADA HUBUNG KAIT DENGAN SULTAN JOHOR.

Sebelum manusia dicipta Allah. Syaitan telah wujud. Iblis nama dia. Malah, sebelum manusia wujud, iblis adalah makhluk yang baik dan taat kepada Allah. Dan dia juga adalah boss kepada malaikat-malaikat yang ada. Wujud sahaja Adam, maka Iblis terus jadi jahat. Tidak mahu tunduk kepada perintah Allah. Kerana apa? Kerana dengki. Kerana takabur dan kerana ego. Selepas itu, kerana Allah telah mengkafirkan Iblis, maka iblis berjanji dengan satu perkara. Akan menyesatkan umat Adam sehingga kiamat. Jika dia masuk neraka, maka Iblis akan sedaya upaya memasukkan bersama-sama dia sebanyak-banyak manusia ke neraka. Kerana apa saya bercerita tentang Iblis? Kerana hari ini, ada dua blog yang bercerita tentang satu nama yang sama, syaitan. Mula-mula saya baca dalam blog mountdweller; Haaa.... Syaitan Dah Bolehlah Pencen! Kemudian dekat mediaperak, tulisan MSK;  Setan, Syaitan, Sultan Satunya, saya hendak menyebut, berkenaan syaitan yang boleh pencen. Mungkin maksud gejuis itu adalah hen...