BOOMERS, GENX, GENY, DARI MANA ISTILAH INI DATANG?


Sekarang ini, ramai manusia di Malaysia yang menggunakan ungkapan-ungkapan gen-Y, Gen-X, boomers dan macam-macam lagi kategori manusia mengikut usia. Ungkapan ini tiba-tiba jadi terkenal apabila banyak blog-blog yang mengkategorikan pengundi mengikut umur.
Dulu kita panggil golongan saluran 1, saluran 2 atau apa-apa saluran. Tapi sekarang guna X, Y dan boomers.
Tapi, tahukah gejuis semua, dari mana ungkapan ini sebenarnya datang? Apa kata kita kaji.
Apa itu Boomers?
Istilah yang sebenar kepada Boomers adalah Baby Boomers. Baby Boomers pula diistilahkan sesiapa yang lahir di Amerika Syarikat dari tahun 1946 hingga 1964.
Dari mana Baby Boomers datang?
Baby Boomers datang apabila berakhirnya perang dunia kedua. Setelah perang tamat pada tahun 1945, lambakan lelaki yang pulang dari medan perang, memperolehi pekerjaan, kemudian kahwin dan memulakan institusi keluarga masing-masing. Oleh itu, dengan lambakan bekas askar yang berkahwin dengan serentak, maka anjakan kelahiran ketika itu meningkat dengan drastik (lebih 1 juta bayi pada tahun 1946 berbanding 1945). Dan lonjakan kelahiran yang tinggi ini berhenti pada tahun 1964.
Kerana 'baby boom' dari tahun 1945 hingga 1964 ini, maka mereka dipanggil Baby Boomers.
Apa itu Generasi X?
Generasi dimana mereka hidup dalam ekonomi yang tidak menentu dan legasi kepada boomers.
Generasi X adalah satu ungkapan generasi yang lahir diantara 1964 hingga 1981, betul-betul selepas pos perang dunia kedua baby boom (1946-1964). Generasi X ini selalunya diungkapkan sebagai Gen-X dan kumpulan Generasi X ini dipanggil Gen Xers. Ada satu ketika, GenX ini dipanggil generasi 'baby bust' kerana penurunan kadar kelahiran yang bermula pada tahun 1964, secara rasminya menamatkan baby boom.
Generasi Y
Lahir pada pertengahan 1980-an dan keatas. Generasi dimana profesional guaman dalam lingkungan 20-an dan baru sahaja masuk ke alam pekerjaan. Generasi Y (atau diberi nama 'Millenials') adalah generasi yang paling cepat membesar dari segi jumlah kekuatan pekerjaan law firms.
Generasi Z
Generasi Z (atau diberi nama Generasi M (multitasking), Generasi C (Connected Generation), the Net Generation, atau Generasi Internet) adalah ungkapan terkini di Amerika Syarikat dan negara barat yang lain bagi kumpulan manusia yang lahir pada tahun 1990-an sehingga sekarang.
Jadi rakan-rakan gejuis, nama inilah dia sejarah nama-nama Genx, Y dan boomers terbit dalam istilah bahasa Melayu sekarang.

Ulasan

TheSniper berkata…
Teman udah publish dalam mediaperak ruangan dari blogger.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?