KES SELANGOR; KHALID KENA PAU DENGAN KHALID?

Sekarang hamba sudah nampak, sesungguhnya, akan ada manusia akan mengatakan bahawa, "TIDAK SEMESTINYA PORTFOLIO TENTANG AGAMA ISLAM DIPEGANG OLEH PAS". Apabila kes di Selangor dijadikan sebagai rujukan, maka perlukah PAS berfikir 7-8juta kali jikalaulah PR menang besar pada PRU 13 nanti.

PAS perlu memikirkan kesinambungan jemaah PAS ini tidak disama tarafkan dengan PKR yang sememangnya berideologikan tidak berteras kepada agama. PAS perlu dari sekarang menjadi peneraju kepada PR, peneraju yang tegas terhadap isu Islam dan perlu ada tanggungjawab dari semua ahli PAS agar PAS tidak dijadikan seperti parti politik Islam moderate.

Peristiwa dimana Dr Ahmad Yunus hanya dijadikan sebagai Exco portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan tetapi tidak memegang Portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diharap menjadi iktibar kepada PAS Selangor agar jangan ada kes-kes jatuh-menjatuh antara jemaah lagi selepas ini. Permainan politik tikam belakang dan serupa umno perlulah ditolak tepi jauh-jauh, kerana yang ruginya nanti adalah Islam di bumi Selangor.

Hamba berterus terang, hamba tidak yakin Menteri Besar Selangor mampu untuk menegakkan daulah Islam di negeri Selangor. Kerana beliau adalah bukan ahlinya. Jangan dijadikan Islam itu sebagai barang komuditi untuk keuntungan dunia. Tolonglah.......

Ulasan

cawangan di kajang berkata…
sheikh, jadila seorang ahli dan pemimpin bawahan yang tidak buta maklumat especially tentang politik melayu.

kalau anta tak tahu peranan siapa di sebalik pelantikan ini, kalau tak tau tanyala yg tahu atau tanya kavit*.

kalau tak tau juga elok jadi tukang gantung poster atau buat kopi o di markas semasa parlimen bubar(maaf terkasar).
Tanpa Nama berkata…
hahaha tepat dan pedas tembakan pemberi komen pertama d atas. bro, plz.. as i said b4, tolong jgn ketinggalan keretapi k. kena cukup info dulu.tiada perkara jatuh menjatuh di sini saudara, adapun yg berlaku kpd hasan ali adalah krn akibat dr tindak tanduknya sendiri.

lg satu jgn la saudara senada dgn hasan ali ttg paresit..kita menuduh org menjadi paresit tp kita tak sedar tindakan2 'mesra UMNO' yg telah dilakukan oleh segelintir org dlm PAS yg telah jd Bahana besar dlm pas.inilah punca wujudnya gelaran pro UG itu. saya xnafikan mgkin kesilapan pemimpin2 dlm peristiwa pertemuan dlm gelap 2008 namun sbg manusia bisa yg tidak terlepas dr tersilap, kita bisa aja memaafkan. dan pujian perlu diberikan kpd beberapa pemimpin tersebut yg telah menyedari hal ini dan perangkap yg cuba d pasang oleh UMNO, syabas saya ucapkan. ( bkn syrkt air SYABAS dmana hasan ali pn ckp baik hubungan dgn nya. )

di saat pemimpin PAS telah sedar perangkap UMNO, hasan ali yg popular kini sbg hasan akidah pula tak reti bahasa dan terus menerus bertindak dgn merugikan parti . kesabaran ada hadnya last2 PAS bg kad merah. jgn salah paham, pemecatan hasan ali bkn krn desakan oleh sapa2 termasuk org luar. saya dan rakan2 juga menempelak tim PKR krn mau campur rmh tangga pas. spt saya katakan, kesabaran ada hadnya, krn hasan ali telah bertindak memudaratkan parti, maka wajiblah dia di pecat. skrg kita melihat "perangai sebenar " hasan ali setelah di pecat. terdengar la suara2 - "owww gini rupanya perangai dia, fuh nasib baik pecat dia skrg" .

khusus kpd tuan yg mungkin salah seorang pengikut hasan ali sblm ini, kenapa dia tak berjiwa besar spt mana yg dia war2kan kpd org lain? merayu? mcm xda usaha pn nk bt rayuan. skrg bertindak mcm org gila talak. org kalo pun bercerai, masing2 tidakla sampai memburukan bekas isteri / bekas laki.

saudara yg saya hormati, Yg sebenar2 kita perlu bimbangi adalah pelesit dlm PAS. bro tau sepa dh jd pelesit dlm PAS. ttg paresit dan pelesit ,tuan blh baca ulasan MSO . kita bwa imej islam, kalo org yg memegang jwtn penting dlm parti berperangai mcm pelesit amatlah tidak baik utk parti yg membawa imej islam ini.

saya spt saudara menginginkan tertegaknya hukum islam di negara kita ini. krn utk memerintah kita perlu terlibat dlm sistem pilihanraya dan melibatkan pula org bukan islam, harusnya konsep berstategi itu wajib kita gunakan. pada masa yg sama kita jg tidak blh kianati rakan2 yg telah kita sepakati dlm pakatan dgn berpakat dgn UMNO . ini hanya menyebabkan hilangnya kepercayaan msyrkt utk mengundi dan memilih kita.

apa pun terima kasih krn sudi menyiarkan komen saya. salam
cawangan di kajang berkata…
ha ha ha, nampaknya kita sama2 tembak2 satu sama lain dengan tidak kenal mengenali.

saya mungkin salah faham tentang sdr serupa dgn sdr tahu tentang saya.

yg pastinya saya dari 10hb mac 2008 setelah tahu apa yg berlaku(dr hassan dan segelintir yg lain), tidak pernah duduk diam.

alhamdulilah pencandu UG terkedu sekarang, contohnya di tranungkite.

apa yg penting skg kita move on dan berjuang demi islam dan PAS.

ps..pasal sdr marah dgn azmin,saya pula ambik sikap neutral.contohnya jika pemimpin PKR fitnah/caci atau pekecil kan TGNA atau TGHH, apa perasaan sdr?
DAPsentul berkata…
kot ye pun, jgnle suruh si penulis ini ikut cakap MSO. Dia itu melulu dlm tindakan politik. Contoh Ibrahim Ali adalah satunya. Jika tak tahu apa yg aku kata, memang jahil politik juga korang semua.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?