UG; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Lepas Maghrib, hamba buka internet. Melayar-layar melihat cerita2 politik Malaysia hari ini. Tiba-tiba, isteri hamba duduk disebelah hamba melihat bersama cerita2 menarik di internet. Kemudian isteri hamba bertanya, "UG tu apa bang?".

Ish, isteri hamba ini, benda sensasi lagi disukai 'ramai', takkan itu pun tidak tahu. Kemudian hamba menjawab, "Takde apa-apa. Tak perlulah awak hendak tahu menahu benda-benda gini.". Senang. Itu jawapan hamba kepada isteri hamba.

Kemudian hamba terfikir, apa cerita sebenarnya yang puak-puak bloggers celaka suka sangat melabel puak-puak Terengganu dengan UG dengan panggilan 'kerajaan perpaduang"? Hamba pun melihatlah entri-entri lama blog-blog politik Malaysia. Apa sebenar UG ni?



Cari punya cari punya cari, akhirnya hamba terjumpa di web sesawang Khalid Samad. Ya, web sesawang Khalid Samad yang hamba cintai. Ahli parlimen PAS yang tidak mengaku bahawa beliau Liberal (baca sini). Hamba turunkan sedikit ungkapan beliau dalam versi bahasa Melayu tentang apa dia maksud UG yang Tok Guru Abdul Hadi maksudkan;

Kan ke molek gini...
"Apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa."

"Konsep ‘kerajaan perpaduan’ ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususunya. Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar-dasar perlu ditentukan secara konsensus. Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR; dan PR yang ‘bergabung’ dengan BN."


Ada faham tidak? Ini Khalid Samad yang menyebutnya. Jika hendak baca penuh, sila ke sini (Kerajaan Perpaduan). 
Oleh itu, jika ada sesiapa yang cakap seperti cap ayam label ulama-ulama PAS sebagai pengikut UG, 'kerajaan perpaduang', dan lain-lain, maka anda semua tahulah, sebenarnya, mereka ini adalah sebenarnya makhluk parasit dalam PAS yang wajib dimusnahkan. 

Ulasan

k-one berkata…
salam. lu ketinggalan keretapi la geng. buka lg lbh jauh... puak yg d kenali UG ni mula2 bt hal masa lps menang 2008. berhubungan dgn UMNO dalam gelap. sampai jumpa d luar negeri pn ada. tp tu la x nak mengaku last kantoi. akhirnya musibah yg menimpa. skrg ni sama2 geng bargaduh.
Tanpa Nama berkata…
mana bukti perjumpaan luar negeri tu? sampai hari ni tidak terbukti... citer yang disebarluaskan oleh bakaq syiah... hang percaya dengan si syiah tu??? hang tak tanya husam buat apa jumpa tg razalie?? hang tak tanya mat sabu buat apa jumpa umno mca?
Tanpa Nama berkata…
TAPI di cawangan ana ini pulak, ramai ahli PAS terutama yg veteran sebut kalau ada lagi ahli pas yg menyokong dr hassan dan geng2 dia, mereka umpama lembu2 NFC.
enta bagaimana?
DAP Sentul berkata…
elee sebut, cawangan mana tu?

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?