PERJUMPAAN SULIT 2008; HANGPA SEMUA TAHU KE IDOK KEBENDANYA TU?

Tidak tersangka. Akal yang geliga boleh termakan dengan kata-kata manusia adu domba.

Ada kawan berkata, hamba telah ketinggalan keretapi dengan bercerita berkenaan UG. Takpelah. Tertinggal keretapi, hamba naiklah kapal terbang. Lagi luas dan jauh perjalanan. Kemudian, kawan itu spin cerita, yang kalutnya, bukan kerana UG (pulak?), tetapi perjumpaan sulit lepas PRU 2008.

Ish, maksudnya disini, apa-apa pencerahan yang telah dibuat oleh bloggers-bloggers tidak celaka, satu ayat pun mereka tidak baca? Tapi takpe, hamba akan mencerahkan sedikit apa dia itu sebenarnya yang mereka katakan perjumpaan sulit itu;



Setelah kemenangan besar Barisan Alternatif (BA) pada PRU12, 8 Mac 2008, dan berjaya membentuk kerajaan di negeri-negeri Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, kekal di Kelantan dan menang dengan majoriti di Wilayah Persekutuan, pihak Pas telah mengadakan perbincangan bagi perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin BA daripada parti lain.

Sehari selepas itu, 9 Mac 2008, JK Pas Pusat bermesyuarat di Kota Bharu, Kelantan dan bersetuju untuk menghantar beberapa wakil Pas bagi berbincang ke arah pembentukan kerajaan di negeri yang dimenangi. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang dihantar ke Kedah, Dato’ Husam Musa ke Perak, Hj. Muhammad Sabu ke Pulau Pinang dan YB Nasharudin Mat Isa bersama Dato' Mustafa Ali ke Selangor.

Namun, tanpa diduga, pihak Pas telah mendapat jemputan dari Perdana Menteri sewaktu itu, Dato Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) untuk datang kerumah beliau bagi membincangkan beberapa perkara politik.

Jemputan itu tidak diterima terus, lalu mesyuarat tergempar JK Pas dibuat di Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, bagi membincangkan jemputan itu. Mesyuarat itu memutuskan agar 3 wakil Pas dihantar untuk melayan undangan Pak Lah dan mereka adalah; Dato’ Mustafa Ali (Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat sewaktu itu), YB Nasharudin Mat Isa (wakil Presiden Pas) dan YB Khalid Samad (wakil Pas Selangor).

Perbincangan di rumah Pak Lah berlaku aman yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Khir Toyo. Pak Lah menawarkan pergabungan bersama Umno, dan berjanji melantik Pas sebagai MB Selangor dan beberapa tawaran lumayan yang lain. Namun, sebelum ke mesyuarat Majlis Syura Ulama, secara kasarnya wakil Pas telah menolak tawaran Pak Lah kerana ia dilihat sebagai mengkhianati perjanjian bersama BA.

Maka setelah isu perjumpaan dengan Pak Lah dibawa ke mesyuarat Majlis Syura Ulama, secara sebulat suara menolak tawaran Pak Lah dan jika ada perbincangan dengan Umno, ia hanyalah perjumpaan biasa sahaja bukannya dalam pembentukan kerajaan, dan Majlis Syura juga pada 24 April 2008 setuju melantik 3 orang pimpinan yang mewakili Pas jika ada jemputan dari Umno, iaitu; Dato’ Seri Presiden (Abdul Hadi Awang), YB Nasharuddin (Timb. Presiden), Dato’ Mustafa Ali (S/U Agong).


Sudah baca, harap jelas dalam akal bersih kita, apa sebenarnya yang berlaku. Nanti jangan kata 'apa ni jumpa-jumpa dalam gelap ni?'. Nampak sangat kita ini kurang cerdik politik. Hendak kenal musuh, kena bersemuka dengan mereka. Ingat Anwar Ibrahim tidak berjumpa dalam gelap ke dengan puak umno?

Apa yang penting, parasit dalam PAS wajib dihapuskan dengan selunyai-lunyainya. Tetapi, ada kawan hamba lagi satu kata, jika hendak berperang dengan parasit ini pun, buatlah lepas PRU13. Namun masalahnya, jika tunggu lepas PRU, takut senario; umno menang, PKR menang, DAP menang, tetapi PAS yang kalah berlaku. Itu yang hamba tidak mahu......

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
hahahaha. nk d tuduh org yg xsuka UG sebagai parasit? perkataan ni aku da dgr sblm ni drorg geng2 UG. salah seorang nya ketua pemuda. dei sudah la, yg berantakan skrg geng UG. yg dok baling2 taik pd pas pn geng UG sampai nk d pertikai dasar yg dah d putuskn dlm muktamar.

elo geng UG, ko org ingat ko org akan terlepas ye? ko org x bersikap adil. MP S.alam xpasal2 kena ambil tindakan tp bila geng ko org hasan ali bt kesalahan yg amatlah besar ( main baling taik dgn PAS )boleh lepas senang2. nk rosak kan sistem keadilan dlm islam?

ko ingat kami kat bwh main2 ye. berhabis kami berusaha menolak UMNO, kamu org boleh jd " mesra UMNO'. kamu ingat kami tak tau gerak geri kamu? ada geng kamu yg berkawtim dgn kepala SYABAS, pertahan JAIS yg dah terang2 barua UMNO, sobotaj krjn selangor balik2. ko org geng UG bt pa bila geng ko org bt hal gitu? diam je kan.

nanti ko org. asal ko tau ya... ABU itu bukan shj ASAL BUKAN UMNO.ABU jg adalah menolak org dalam pakatan yg perangai mesra UMNO. tunggu dan lihat.
Tanpa Nama berkata…
Sekarang puak UG bertelingkah, Allah bersihkan PAS dari mereka yang MUNAFIQ.
DAP Sentul berkata…
He, he, geng parasit dah panas pungkok. Masih tuduh kawan2 sbg puak UG.... udah le tu.
Tanpa Nama berkata…
mana yang lebih baik dan diberkati Allah. berbaik sesama muslim atau bersama orang kafir. semua pandangan adalah betul. tetapi hanya Allah sahaja yang Benar. manusia penuh dengan perasaan dengki, dendam, hasad, busuk, buruk, kotor. menunjukkan kekurangan iman di dalam hati.
BerubahlahSekarang berkata…
Tanpa nama ni bercakap seoalah-olah duduk dalam syurga. SEbab tu Allah swt berfirman:
ولو شاء الله لجعلكم أمة واحدة
Kalau ALlah mahu, dia boleh jadikan manusia hanya satu, semua berbaik2. Tapi realiti hidup ni tidak. Sambungannya:
ولا يزالون مختلفين
maksudnya: manusia sentiasa berselisih...

seterusnya: ولذلك خلقهم
Itulah tujuan manusia di jadikan.

So, dont be so idealistic la brooo...
BerubahlahSekarang berkata…
Ada orang kata, kalau kita dedahkan parasit sekarang, nanti PAS kalah dansemua parti akan menang.

Jawapannya, kita bimbang, jika PAS menang besar, tapi semua wakil rakyat adalah golongan parasit atau at least pro parasit... lagi parah... nanti kemenangan akan bawa kepada fitnah...

Baik berubah sekarang, selamatkan PAS.

http://selamatkan-pas.blogspot.com/

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?