Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

PPSMI DIMANSUHKAN; SEPATUTNYA DIHARAMKAN TERUS.

PPSMI. Tidak lama lagi, ungkapan 5 huruf itu akan berkubur. Mungkin bersama-sama bekas PM yang melaksanakan projek itu. Ada yang bersetuju, ada yang tidak, ada yang sangat bersetuju dan ada yang sangat tidak, dan ada juga mereka yang tidak kisah. Ungkapan potasium akan tidak kedengaran lagi selepas ini. Ianya akan diganti dengan Kalium. Bahasa antarabangsa. Potasium adalah bahasa Inggeris, dan kalium, adalah bahasa antarabangsa untuk sains. Banyak lagi ungkapan inggeris akan kembali kepada bahasa antarabangsa sains. Jika pelajar dahulu pening kepala hendak mencari nombor atom untuk Sodium, selepas hilangnya PPSMI, pelajar akan senang mencari nombor atom di Pariodic Table bagi Sodium, kerana huruf ungkapan bagi Sodium yang terpampang di jadual berkala itu adalah Na, bukannya So, yang semestinya sehingga kiamat pelajar tidak akan menjumpai ungkapan pendek So didalam jadual berkala, selama-lamanya. Ya, Sodium dalam bahasa sains antarabangsa adalah Natrium. Dan bahasa melayu bagi potas...

KEPUTUSAN TERKINI PILIHANRAYA TUNISIA 2011

Imej
Setelah Tunisia telah bebas dari belenggu diktator Ben Ali, akhirnya pada 23 Oktober lepas, rakyat berumur 18 tahun ke atas Tunisia termasuk 1 juta penduduk Tunisia yang menetap di luar negara dapat keluar mengundi untuk memilih ahli represantatif seramai 217 wakil. Keputusan terkini bagi pilihanraya bebas yang pertama di Tunisia itu insyaAllah akan diupdate di blog ini dari semasa ke samasa. Setakat jam 5.55pg, Jumaat 28/10/11 (waktu Malaysia): An-Nahda (Islamist)            - 90 CPR (Liberal/Secular)         - 30 Aridha Chaabia (Reformist) - 19 Ettakatol (Liberal/Secular)   - 21 PDP (Secular)                     - 17 PDM (Secular)                    - 5 Afeq Touness  ...

SELAMAT AKIDAH, UMNO NAK BUAT KE? -2

Hamba menyokong perhimpunan HIMPUN. Kerana tujuannya adalah betul. Cumanya hamba tidak mahu bersekongkol dengan orang-orang yang mukanya ada dua bergayut di tali-tali iklan perhimpunan ini. Apa gila umat Islam tidak bersetuju berhimpun untuk meluahkan perasaan untuk memartabatkan akidah umat Islam. Sebab itu hamba tidak kutuk dan hamba tidak ambil bahagian dengan HIMPUN ini. Bagi rakan-rakan blogger yang terlebih-lebih menghina dan mengherdik HIMPUN ini, anda sekelian sebenarnya hipokrit kerana semasa himpunan Bersih dahulu anda semua terlalu marah akan mereka yang menghina dan menghentam bersih 2.0, tetapi anda sekali telah menjadi seperti umporno mengherdik HIMPUN walau sebenarnya BUKAN umno yang menjadi ejen besar kepada HIMPUN ini. Hamba kasihan dengan NGO-NGO yang betul-betul ikhlas dengan program tersebut. Namun, oleh kerana adanya Perkasa, adanya Pekida dalam perhimpunan itu, maka dengan jelas, ada kecacatan yang ketara dalam HIMPUN. Lebih-lebih lagi Dato Ibrahim Abu Shah, m...

SELAMAT AKIDAH, UMNO NAK BUAT KE?

umno memang dari mula-mula ditubuhkan adalah untuk membiasakan orang Melayu yang beragama Islam untuk berbuat dosa-dosa besar. Setelah ditubuh oleh Dato Onn dan kemudian dikemudi oleh Tunku Abdul Rahman, umno sudah berjinak dengan judi. Judi digunakan untuk menambah kantong kewangan umno. Sebab itu unit ulama dalam umno keluar umno dan tubuhkan PAS. Selepas merdeka, umno berjinak pula dengan arak kerana dengan bangganya, mewujudkan kilang arak di negeri Selangor awal 60-an dahulu. Kebanggaan menaikkan kilang arak oleh umno sehinggakan terkeluar berita suratkhabar PM Malaya sedang tersenyum lebar dengan tokey arak Inggeris merasmikan kilang arak itu. Setelah itu, dengan tidak cukup judi-judi nombor ekor dan kedai judi kecil-kecilan di serata Tanah Melayu, sempena menjadi negara bernama Malaysia, umno telah berbangga menaikkan lagi industri judi kepada yang lebih besar, terwujudnya tempat judi terbesar di Asia Tenggara, Genting Highland. Tempat perjudian yang besar telah dibuat di at...

HIMPUN: PUSAT BETUL, PEMUDA PUN BETUL, YG KORANG KECOH-KECOH APAHAL?

Hari ini hamba hendak bercerita sedikit tentang isu HIMPUN secara cakap-cakap kedai kopi. Disebab sudah lama tidak bergejuis, maka cerita yang hendak diceritakan pada hari ini adalah secara stail cakap-cakap kedai kopi. Iaitu cakap-cakap yang tiada selindung, tetapi diluahkan seluah-luahnya. Ada dua keadaan yang dilihat oleh sesetangah manusia, keputusan dari Persatuan politik Islam di Malaysia yang sama, tetapi nada yang berbeda. Satu keputusan Pemudanya, dan satu keputusan Pusatnya. Pusat kata 'tiada kaitan dengan Himpun', tetapi Pemudanya terlebih dahulu berkata 'akan bersama-sama dengan Himpun'. Kenapa berlaku 2 keputusan yang jauh berbeza? Ada blog yang menghentam kromo Pemuda kerana tidak mengamalkan tatacara berparti yang betul kerana mendahului Pusat dari membuat kenyataan. Mereka menyarankan agar Pemuda sepatutnya menunggu keputusan Pusat dahulu daripada membuat apa-apa kenyataan. "Amal Jaraiyy" patut diutamakan. Sekali baca, hamba melihat seo...

NASIB BAIK 1951, JIKA 1950, NAYA PAS..

Imej
Tadi, di Kepala Batas, Tok Guru Presiden telah merasmikan Kongres sambutan ke 60 Persatuan (Parti) Islam SeMalaysia atau ringkasnya PAS. Kerana apa PAS dikatakan berumur 60 tahun. Ini kerana PAS ditubuhkan pada 1951. Bukannya 1950. Jika PAS ditubuh pada 1950, sudah pasti PAS berumur 61 tahun. Difikirkan kembali, elok juga tok ayah kita menubuhkan PAS lebih setahun dari tahun 1950. Jika tidak, pergh,.. hamba yakin penuh konfiden, akan ada suara-suara cap ayam akan mengeluarkan bahawa peristiwa Bukit Kepong ada kaitan dengan PAS. Sudah semestinya Mat Sabu akan dibalun seteruk mungkin malah bukan Mat Sabu sahaja dibalun, tetapi PAS sekali diheret bersama yang mengatakan PAS adalah tali barut komunis yang membunuh polis British keturunan Melayu di Bukit Kepong. Hamba juga pasti akan yakin, mamat-mamat umno dan perkasa di Seremban itu akan kata Mat Indera itu adalah ahli PAS yang bersekongkol dengan komunis. Hamba yakin punyalah. Tetapi, alhamdulillah, Allah takdirkan PAS ditubuh se...