Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

HUDUD: MELAYU PUN TAKUT.

Ini cerita sudah 2 minggu punya cerita. Cerita hukum Hudud. Kenapa tiba-tiba ianya keluar, hamba pasti kerana umno mahu perangkap PR tentang isu ini. Apa yang hamba nampak, pihak umno hendakkan rakyat melihat bahawa PAS tidak berkeupayaan untuk melaksanakan hukum hudud didalam PR dan PAS akan gagal dalam perjuangannya menegakkan Hudud. Itu yang digembar-gemburkan oleh media. Ok, takpelah, memang musuh PAS akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan PAS. Tetapi sebenarnya, apa yang umno dakwa dakwi itu, sebenarnya kena kepada batang hidung mereka sendiri. Selama memerintah Tanah Melayu selama 54 tahun, mana Hudud yang dibawa oleh umno? Mana pernah umno memperjuangkan hukum Hudud terlaksana di Malaysia. Menghina dan memperlekehkan lagi adalah. Jadi, seperti yang Tuan Guru Nik Aziz kata, selagi umno ada, selagi itu Hudud akan dihalang dari dilaksana. Maka kepada orang Melayu, yang sentiasa mengundi pihak yang memperlekeh Hudud, maka anda semua perlu berfikir kembali, parti mana ya...

PRU 13 MASIH LAMBAT LAGI.

Imej
Ayam ada kaitan dengan PRU13 nanti. Hamba cukup yakin bahawa pilihanraya tidak akan berlaku pada waktu yang terdekat ini. Kenapa pula hamba begitu yakin? Ini kerana, semalam, hari Sabtu, hamba telah pergi ke pasar dan membeli ayam seekor. Disebabkan ayam itu, maka hamba mengambil kesimpulan bahawa pilihanraya masih lambat lagi akan berlangsung,.. jika ubn itu pandai menilai sikap pengundi. Kenapa pula hubungkait ayam dengan tarikh pilihanraya? Apa kena mengena ayam dengan PRU13? Adakah disebabkan ayam, maka tarikh pru akan dianjakkan lagi ke tahun hadapan? Jawapannya, ya. Selagi harga ayam tidak turun dari harga RM6.50, maka yakinlah, pilihanraya masih jauh untuk diadakan. Semalam, harga ayam RM8.60 sekilo. Harga melampau mahal. Semasa hari raya pun harga sekilo ayam adalah RM7.20, itupun sudah mahal, tetapi semalam, harga ayam melonjak gila. Kenapa harga ayam melonjak gila? Sudah semestinya untuk menguntungkan tokey ayam agar keuntungan yang melampau lebih itu akan dirasuah o...

ZAINAL KLING: DAH KLING, KLING JUGALAH DIA....

Imej
Lebih teruk dari cap ayam. Ramai juga kekawan yang pening dan hendak termuntah dengan Prof. Zainal Kling. Apabila beliau berkata Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Apabila beliau berkata yang kerja sebagai DO bukannya kerja untuk British. Apabila beliau berkata yang kerja sebagai polis, bukan kerja untuk British. Dan yang paling pelik, apabila beliau kata Pesusruhjaya Tanah Melayu adalah orang British, yang menguruskan kewangan, hal tanah dan hal keselamatan Tanah Melayu adalah orang British, maka dia boleh kata Tanah Melayu bukan milik British, tetapi hanya menaungi. Hamba rasa, jika beliau adalah Prof Keling yang berada dalam zaman penjajah, maka British akan menggunakan beliau sebagai talibarut British untuk membodohkan orang Melayu agar jangan memberontak kepada kerajaan, jangan teringin untuk merdeka, tetapi mestilah bersama-sama dengan 'kerajaan negeri' masing-masing yang dibawah Sultan. British hanya menaungi negeri sahaja. Jikalau Prof Kling ini ada pada waktu ...

PEJUANG NEGARA KORANG SIALKAN, PENJILAT BRITISH KORANG SANJUNG. APA KES?

Walau dah lambat sesangat, hamba tetap mahu ucapkan Takaballah huminna wa minka kepada seluruh umat Islam yang membaca blog hamba yang secupit ini. Lama sungguh hamba tidak berblog. Bukannya apa, cuma kesibukan beraya dan tidak kecapaian broadband untuk dibayar bilnya menjadikan hamba tidak dapat melayari alam maya yang penuh keterbukaan ini. Namun, oleh kerana hari ini, hamba tiada kerja di tempat kerja, kerana elektrik di tempat kerja hamba sudah kong, sebab TNB punya tranformer sudah meletup, maka hamba pun buatlah kerja 'sampingan' hamba ini, bergejuis. Nasib baik komputer hamba di 'back up' oleh gen set. Apa yang hamba hendak ceritakan disini bukannya cerita apa pun, cumanya, hamba kasihan melihat orang Melayu yang tidak faham-faham akan sejarah Tanah Melayu. Dimerdekakan oleh siapa sebenarnya. Lebih-lebih lagi cerita sensasi Bukit Kepong sekarang. Tak habis-habis umno menghentam mat Sabu. Tetapi yang pelik, Mat Indera tidak pula di hentamnya. Hendak tahu ken...