KABINET PENUH PAS YG BARU; KABINET UNTUK MENANG.

Sudah lihat AJK penuh PAS Pusat? Jika belum, klik sini. Banyak-banyak keputusan, gejuis celako memang tidak suka lantikan semula Setiausaha Agong Dato Mustaffa Ali. Hamba pula, sokong 100% Mustaffa Ali menjadi Setiausaha Agong PAS Pusat. Beliau sebenarnya otak geliga dalam perang politik. Lantak biarlah gejuis lain hendak kata apa. Pegang tengkok Tok Guru Presidenlah, jadi De Facto Leaderlah, hanya dengan ungkitan cerita fitnah yang tidak ada, iaitu UG.
PM Malaysia ke-7



Namun, apa yang pasti, banyak-banyak keputusan, keputusan yang paling kritikal adalah 2 lantikan baru pesuruhjaya negeri, iaitu di negeri Terengganu dan Selangor. Keputusan Abdul Wahid Endut, menjadi Pesuruh Jaya yang baru bagi negeri Terengganu, adalah pilihan yang tepat untuk memenangkan kembali Terengganu dari umno.

Setelah kalah lagi PAS di Terengganu pada tahun 2008, dilihat, gerak kerja PAS Terengganu adalah begitu agresif sekali untuk menuju kemenangan. Target utama PAS Terengganu dalam gerak kerja mereka adalah pengundi muda. Segala aktiviti PAS Terengganu adalah begitu ketara kearah berkempen ke arah golongan pengundi muda. Dan semalam, dengan lantikan baru kepada YB Abdul Wahid Endut, seorang berkarisma yang begitu disenangi oleh golongan muda, membuktikan bahawa gerak kerja PAS Terengganu banyak ke arah mengembalikan golongan muda mengundi PAS.



Dan hasilnya adalah begitu ketara sekali, kerana setelah sekian lama, budaya 1998 telah kembali berlaku di Terengganu dimana anak muda telah kembali memakai baju PAS yang tertera tulisan 'Pemuda geng kite' dan sticker-sticker PAS dilekat pada motor-motor. Lebih ketara lagi apabila anak-anak muda yang gila bola telah dengan berani membawa bendera PAS ke dalam Stadium untuk dikibar bersama bendera Terengganu.

Bagi negeri Selangor pula, lantikan Dr Abdul Rani sebagai Pesuruh Jaya Negeri adalah tindakan yang wajar. Ianya adalah seperti tindakan yang berlaku kepada PKR dimana pengerusi PKR negeri dibawah YB Azmin Ali dan MB pula dipegang oleh Tan Sri Khalid. Untuk PAS, PJ dipegang oleh Dr Rani manakala EXCO pula di pegang oleh YB Hassan Ali. Hamba yakin, keputusan ini adalah untuk menyatukan 2 kumpulan didalam PAS Selangor dengan mengambil orang tengah sebagai PJ yang baru.

Hamba secara peribadinya telah lama berkenan agar Dr Abdul Rani untuk memegang tampuk Pesuruh Jaya Negeri bagi negeri Selangor. Satunya beliau adalah orang lama dan keduanya beliau begitu berkarisma sebagai pemimpin. Bukanlah dikatakan Dato Hassan Ali tidak berkarisma, tidak, malah beliau sebenarnya adalah seorang yang begitu geliga didalam tindakan politik, namun ada satu perkara yang tidak disenangi oleh kalangan ahli PAS dengan cara pimpinannya, iaitu beliau ada sedikit sifat diktator.

Diharap dengan lantikan baru ini, PAS akan dapat memenangi pru 13 nanti dan menjadi pemimpin negara. Takbir!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?