Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

PENGUNDI MELAYU TIDAK BODOH, MALAH SEBENARNYA CERDIK.

Bercadang ke Terengganu untuk merilekskan pemikiran yang serabut di pejabat. Tetapi apabila melihat kepada keputusan di Tenang, maka hati yang hendak ditenangkan itu tidak menjadi tenang. Pemikiran hamba melalut berfikir bilakah umat Melayu hendak berubah fikiran kearah revolusi politik yang lebih cerdik, ataupun mereka sebenarnya memang cerdik? Namun apabila difikir-fikirkan, hamba yakin bahawa Allah SWT mempunyai perancangan yang tersendiri kepada jemaah Islam dari konteks perjuangan. Sesuatu peristiwa yang berlaku, ianya pasti mempunyai pengajaran-pengajaran yang tersurat dan tersirat. Apa yang pasti, kekalahan PAS di Tenang adalah kerana orang Melayu tidak mengundi PAS. Diulangi, orang Melayu tidak mengundi PAS, bukannya tidak menyokong PAS. Dan ianya ada banyak sebab mengapa orang Melayu menyokong PAS, tetapi tidak mengundi PAS. PAS memberi kehidupan Islam untuk rakyat, manakala umno memberikan duit kemewahan sementara kepada pengundi. Maka,bagi pengundi di atas pagar, bagi kontek...

KE TERENGGANU

Hari ini hamba sekeluarga akan ke batu enam, singgah di Kuantan dahulu. Pinggan terasa sakit, namun kerana teruja sesangat hendak ke Terengganu, maka kesakitan ini terasa begitu tersamping sekali. Jumpa disana......

ADA YG TIDAK FAHAM MENGAPA DUN SELANGOR DIGEMPARKAN.

Hamba terperasan terdapat segelintir rakyat Selangor yang masih kabur apa yang berlaku sebenarnya di dalam peristiwa sidang DUN tergempar di negeri Selangor tempoh hari. Ada yang kata buang masa, ada yang kata tidak mahu khusrin punya pasal dan ada yang kata bukan untuk kembalikan kuasa kepada Sultan pun. Untuk mencerahkan sedikit mata rakyat-rakyat Selangor yang masih kabur dengan peristiwa meminda atau mengembalikan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Selangor 1959, maka silalah baca di sini . Diharap dengan bacaan itu , akan dapat 'menyegarkan' ingatan dan akal untuk menghadam peristiwa yang bersejarah ini bagi negeri Selangor. Selamat membaca..... :D

SIDANG DUN TERGEMPAR; ADAKAH ISTANA TERLIBAT?

Melihat suasana politik negeri Selangor akhir-akhir ini, terdapat satu perkara yang terlintas difikiran bahawa terdapat satu perancangan untuk mengembalikan kuasa Sultan dalam isu-isu pentadbiran kerajaan negeri. Maksud di sini bukannya dirancang oleh orang-orang politik, tetapi dirancang dari pihak istana sendiri. Peluang untuk mengembalikan kuasa Sultan terbentang luas apabila isu perlantikan SUK telah dimainkan oleh pihak umno. Hamba yakin, pihak istana memang jelas nampak bahawa perlantikan baru SUK Kerajaan Negeri Selangor memang telah dirancang oleh umno untuk memporak perandakan kerajaan negeri, dan pihak istana juga tahu pasti pihak Pakatan Rakyat yang memegang kuasa Kerajaan Negeri akan melakukan sesuatu untuk memastikan perlantikan SUK ini dibatalkan. Maka, dengan 'tiba-tiba', setelah berjumpa dengan Menteri Besar Selangor, idea untuk meminda kembali undang-undang negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar melantik SUK, Pegawai Undang2 dan Pegaw...

ISU PORNSTAR SOI LEK BERKENAAN SALAM LAKI PEREMPUAN. ADAKAH SECARA KEBETULAN?

Hamba diajar oleh ustaz-ustaz yang selalu ceramah di masjid agar sentiasa berfikir dan ambil iktibar dari sebarang peristiwa yang berlaku dalam hidup kita. Baik buruk atau cantik peristiwa yang dilalui, kita wajib berfikir dan mengambil akal akan peristiwa yang ditempuhi. Ini kerana setiap peristiwa kehidupan yang Allah turunkan, mesti mempunyai hikmah disebalik kejadian itu. Sedangkan kejadian anjing menyelongkar tong sampah didepan rumah ada cerita disebalik kejadian, apalah lagi cerita sensasi seantorio Malaya berkenaan pornstar Cina MCA yang mulut celupar menghina muslimat yang tidak bersalam dengan lelaki bukan mahramnya. Ada sebab Allah jadikan peristiwa lelaki penzina dengan perempuan jalang dijadikan ketua segerombolan bangsa Cina mengeluarkan kata-kata jahat lagi mungkar berkenaan beliau menghina perbuatan seorang muslimah yang berpegang kepada hukum Allah. Kita janganlah berfikir sangat kepada lelaki Cina ketua kepada segerombolan Cina yang berlakon cerita lucah itu kerana me...

PELAKON LUCAH MAHU AJAR MUSLIMAT BERSALAM?

Imej
Pelik tetapi benar. Seorang pelakon cerita lucah telah menghina seorang muslimat kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki ajnabi telah disensasikan di media ke tahap gaban. Apa punya kes? Sudah tahu dia itu seorang penzina, biarkanlah dia dengan watak peter porn beliau yang memang rosak akhlak dan kotor akal itu. Apabila sesuatu kelompok telah menganugerahkan seorang kaki ranjang dengan betina lain dan dibuktikan dengan VCD lucahnya menjadi ketua kepada kelompok itu, maka inilah ceritanya. Seorang yang kufur kepada Allah, dan berbuat maksiat ke tahap syaitan, maka apakah yang anda sekelian akan fikirkan yang akan beliau lakukan untuk memenangkan kawan-kawan sekelompoknya untuk berkuasa diatas tanah yang sebesar kangkang kera itu? Tolonglah wahai rakan-rakan seperjuangan Islam. Berlawan dengan api, kita juga perlu berlawan dengan api. Tetapi api yang kita gunakan bukannya api itu sendiri, tetapi air, untuk memadamkan terus api yang hendak menyerang kita itu. Semburkan air dari telaga b...

APABILA SI PENAKUT BERLAGAK BERANI.

Apabila sipenakut berlagak berani, maka lagak beraninya dibuat-buat dengan cara mengutuk-ngutuk. Kutuk sana, kutuk sini, kutuk tepi, ketuk belakang dan kutuk depan kepada sipencabarnya. Sudahlah mengutuk-ngutuk, ditambahkan lagi dengan cara berlagak sombong macam bagus terror ke tahap gaban, namun tatacara berlagak bagus lagi mengutuk sipencabar itu, menampakkan sangat insan itu sebenarnya penakut lagi kecut perut ke tahap ketam. Siketam, dari jauh, nampak macam bahaya, dengan kepitnya yang besar, mengetip-ngetip ketipnya agar berbunyi menakutkan orang, tetapi apabila dekat, ketam itu terus cabut masuk dalam lubang. Nampak gayanya ramai yang membodek-bodek ketam yang penakut itu. Membodek ada makna. Selagi kertas tisu ada dalam kotak, maka selagi itu siketam akan dikipas-kipas oleh hidung-hidung yang meleleh-leleh hingus kotornya, agar siketam perasan bahawa beliau adalah sebagus dengan bininya, yang asyik merayap di laut Arab.

APABILA AYAM MENASIHATI LEMBU..

Apabila ayam mengajar lembu, maka kambing akan berasa hati. Walaupun hati lembu lebih sedap daripada hati kambing, namun kambing tetap berasa hati kerana tidak menyangka sang ayam sanggup mengetepikan kambing untuk berurusan dengan lembu. Terdapat banyak kes dimana ayam-ayam ini wujud dinegara ku. Negara kotak tisu. Kotak tisu hanya berguna ketika didalamnya ada tisu, tetapi akan dikoyak rabak apabila helaian tisu itu sudah habis. Bermaksud tisu yang lembut lagi lembik itu adalah lebih penting dari kotak yang keras dibuat dari kadboard. Maka apalah salahnya jika ayam berasakan beliau layak untuk menasihat lembu. Walaupun silembu itu tidak faham apa yang dinasihat oleh siayam. Oleh itu, sikambing janganlah berasa hati kepada ayam dan juga lembu kerana fitnah-fitnah kebiasaan mengatakan kambing bahaya untuk insan berdarah tinggi. Mungkin lembu tidak faham bahawa lembu juga adalah bahaya kepada insan berdarah tinggi, kecuali ayam. Sebab ayam pandai menasihati lembu. Ayam, kambing dan lemb...

ALLAHYARHAMAH MAK NDAK, SATU DALAM SEBILION....

Kematian adalah satu kemestian. Jika kita tidak mengingati mati, kita tetap akan mati, jika kita sentiasa mengingati mati, mati tetap akan dirasai, jika kita takut mati, mati tetap akan dilalui dan jika kita memang hendak mati, maka akan mati jugalah nanti. Jam 8.30pagi, seorang insan yang hamba kenali baru meninggal dunia. Namanya Norhayati. Panggilan anak-anak hamba kepadanya adalah Mak Ndak. Usia lewat 30-an. Beliau adalah pengasuh anak kami. Sudah 4 tahun arwah menjaga anak kami ketika kami bekerja dan ketika kami perlu melakukan tugas-tugas. Arwah telah mengasuh anak kami seperti mana beliau mengasuh anaknya sendiri. Tidak pernah seumur hidupnya, arwah menolak untuk kami menghantar ke rumahnya untuk menjaga anak-anak kami. Rasa sayang arwah kepada anak kami adalah terlalu tinggi dan rasa sayang anak-anak kami terhadap arwah juga amat tinggi. Satu dalam sebilion, itulah yang hamba dapat ungkapkan kepada arwah kerana jasanya menjagai anak-anak kami. Susah hendak dicari ganti. Terasa...

APA GUNA BANGSA JIKA TIADA ISLAM?

Jika kita mati dan kembali 'sedar dari mimpi', barulah kita tahu bahawa kehidupan didunia ini hanyalah sebuah buaian mimpi yang palsu. 'Hidup' yang kekal adalah di akhirat. Setelah kita mati, maka kita akan berada di alam yang lebih lama dari alam hidup, iaitu alam kubur. Maka didalam kubur nanti, adakah terdapat nas-nas dari Al-Quran dan Hadith-hadith dari Rasulullah SAW pertanyaan mungkar nangkir tentang bangsa kita di dunia dahulu? Memang sah tiada! Malaikat mungkar nangkir tidak akan bertanya kepada kita, 'Apakah bangsa mu?'. Malaikat tidak akan bertanya, 'Apakah ketuanan mu?'. Tidak, tidak. Malaikat tidak akan bertanya hal itu. Tetapi malaikat mungkar nangkir akan bertanya, 'Apakah agama mu?', Siapakah Tuhan mu?' Siapakah Rasul mu?'. Jika semasa hayat di dunia, kita asyik-asyik dengan semangat bangsanya, asyik-asyik dengan perjuangan ketuanan bangsanya, adakah insan itu akan dapat menjawab 'Islam agama ku'? 'Allah tuhan k...

ANAK HAMBA SUDAH KE SEKOLAH PASTI.

Imej
Minggu ini adalah minggu yang agak sibuk. Maklumlah, anak-anak baru bersekolah. Anak hamba yang pertama dan kedua, sudah masuk sekolah PASTI. Sekolah PASTI Rasa Sayang. Lebih kurang 900 juga hamba menghabiskan duit untuk pendaftaran kedua-dua anak hamba. Seorang 5 tahun dan seorang lagi 4 tahun. Belum ditambah alat kelengkapan tulis dan beg sekolah. Namun, yuran bulanannya agak murah, RM70 sebulan. Basic. Jika hendak tambah pendidikan aritmatik, hamba kena top up RM40 lagi. Ok le tu.. Namun yang peliknya, hari pertama, kedua dan ketiga, anak-anak hamba tidak menangis untuk pergi ke sekolah, tetapi pada pagi tadi, anak kedua hamba menangis pula. Menangis kerana mahukan ayahnya duduk bersama didalam bilik darjah. Alhamdulillah ustazah disana pandai memujuk. Maka sekejaplah sahaja sesi menangis anak hamba. Dan alhamdulillah juga, kakaknya ada untuk menjaga adiknya. Seronok melihat anak-anak memakai baju hijau muda PASTI,.... comel.. Peace! Inilah dia budak yang menangis pagi tadi... Kaka...

KHUSRIN PUNYA PASAL, KECOH SATU MALAYA.

Khusrin punya pasal, kecoh satu Malaya. Apa punya kes cerita cap ayam ini. Kerja kakitangan kerajaan dicampur aduk dengan politik. Ada masuk campur puak umno, ada masuk campur puak PR. Yang perlu masuk campur semestinyalah puak PR kerana mereka yang memerintah, tetapi yang ajaibnya, puak umno yang pembangkang pun masuk campur guna kuasa pusat yang dipegang. Elok benor le tu. Satunya yang pelik, betapa ramai pegawai kerajaan yang jursa A di Selangor ini, dipangkah habis-habisan oleh bekas Pengarah JAIS yang hanya jursa C. Itupun dinaik ke jursa B sebab hendak jadi SUK. Lagi pelik ialah sistem perlembagaan di Malaysia ini. Begitu kabur! Dan jika tidak kabur pun, begitu merapu ke tahap space cop gaban. Apa punya kes, SUK kerajaan negeri, dilantik terus oleh SPA Pusat, tanpa melalui negeri? Yang hendak bekerja adalah negeri, yang pusat dok sibuk mengapa? Itupun nasib baik Selangor baik hati beri bulat-bulat Kuala Lumpur kepada Pusat, kalau tidak, Pusat hendak memerintah dimana? Siapalah ya...