PENGHARAPAN YANG MASIH JAUH.
Dah pukul 1 tengah hari. Waktu berehat. Mata ngantuk. Azan Zohor lambat lagi. 15 minit lagi zohor le tu. Sebelum solat, hamba hendak berceloteh sedikit dalam blog. Maklumlah, sudah agak lama tidak bergejuis. Semalam, hamba membawa isteri hamba ke klinik untuk check-up untuk bersalin. Isteri hamba mengandung anak kami yang ketiga. Sudah 34 minggu. Hamba sangkakan doktor akan scan perut isteri hamba, namun dinasihat untuk di scan pada minggu yang ke-36 sahaja. Tidak perlu scan banyak-banyak kali. Kerana kata doktor, alhamdulillah, anak dalam kandungan sihat walafiat. Hamba ikutkan sahaja. Sebab difikirkan, zaman dahulu kala pun, mana pernah scan perut, ramai juga manusia yang dilahirkan ke dunia ini. Cumanya mungkin hamba dan isteri tidak sabar-sabar hendak melihat anak dalam kandungan itu. Tapi takpe, kami akan tunggu minggu ke 36 nanti. Pengharapan. Pengharapan adalah satu sifat manusia yang telah diciptakan Allah diberikan kepada manusia. Setiap manusia ada pengharapannya. Seperti sek