DERA, MATI, SEKEDUDUKAN.
Semalam, tempat tinggal hamba menjadi glamour sejenak. Ramai orang berkata-kata dan bersembang-sembang di seluruh pelosok tempat, bercerita berkenaan tempat kawasan tempat tinggal hamba. Walaupun glamour, namun cerita yang dituturkan dari mulut orang ramai sungguh tidak molek untuk didengar. Ceritanya berkenaan budak kecil 3 tahun mati dibunuh lelaki 28 tahun kerana didera. Lebih tepat, dibelasah. Rumah hamba dengan tempat kejadian, Batu 30, tidak sampai pun 5 km. Naik kereta, kurang 10 minit sudah tiba. Tetapi, malangnya, berita sedih budak 3 tahun yang meninggal itu diketahui hamba ketika hamba di K.L, melalui surat khabar. Gila. Kerja gila. Memang sah gila. Jika hamba ada ditempat kejadian, memang sah hamba akan belasah lelaki itu sebelasah seteruk-teruk yang maksima. Biar terburai isi perut yang tiada isi perut lelaki syaitan itu dengan tempurung kepalanya terbelah dua dikapak dengan pedang samurai. Biar puas hamba. Itulah yang patut dibalas kepada silelaki pembunuh budak kecil yan...