CERITA BENAR TENTANG BLOGGER.

Ini adalah cerita benar. Cerita benar ini ada kaitan kepada yang masih hidup, tetapi tiada kaitan dengan yang sudah mati. Kerana kaitan cerita ini adalah berkait dengan manusia yang masih hidup, belum lagi mati.


Ianya berkaitan hamba dengan seorang blogger.


Hamba hendak berjupe namun tiada kecapaian untuk berjupe.


Batu Enam dengan Gong Badak. Bukannya jauh mana. Dekat yang amat. Jika hendak dibandingkan dengan Rasa dan Makkah.


Namun disebabkan hamba sakit perut semalam, hari Jumaat. Hamba tidak ke mana2.


Hamba dapat 'komen' dari blogger ini, yg menunggu hamba utk datang ke rumahnya. Siap bagi no hp lagi suruh contact. Namun seribu kali sayang, kredit hamba sudah habis. Hendak keluar beli kredit, takut terkentut tengah jalan. Bahaya, bahaya, jika seseorang sedang sakit perut, perkara yang paling dicurigai adalah ketika mangsa sakit itu hendak kentut. Mungkin akan bersepah ditengah jalan,.... bahaya,.... bahaya.


Namun hari ini hamba sudah sembuh dari sakit. Cuma anak hamba pula demam panas. Pukul 9 pg ini, bercadang ke sekitar Kuala Terengganu mencari klinik untuk rawatan kepada anak hamba. Maksud hari ini adalah hari Sabtu. Hari dimana blogger itu akan kembali ke K.L untuk terus ke Makkah pada hari Isnin ini, mungkin.

Kita merancang, namun Allah yang menentukan. Jika ustaz kembali ke KL agak lewat, bolehlah komen di blog hamba ini, namun no hp hamba, hamba tidak akan dedahkan di blog ini, maklumlah, seorang jurutera part time politician, bahaya..... he, he.....


Walau apapun, kirim salamlah kepada semua keluarga enta wahai ustaz Lotfi terutama anak laki enta yang comel itu,.......



Anak hamba kirim salam pada ibn Lotfi. Dia ni le yang demam.



Nur Jannah dan Nurul Iman, mengucapkan pada ustaz dan keluarga selamat pergi ke Makkah Al-Mukaramah. Semoga sukses dalam bidang dakwah.

Ulasan

allahuakbar.. terharu rasanya.. memang kita merancang, cuma sebaik2 perancang adalah Allah. Apakan daya, sudah ditakdirkan tidak berjumpa. insya allah di lain masa kita akan bertemu jugak dengan izinNya. Mana tahu kemungkinan bertemu di Makkah alMukarramah nanti. insya allah. amin..

akhir kata, selamat hari raya dan maaf zahir dan batin. tak dilupakan juga pada nur jannah dan nur iman. terima kasih atas ucapan. waseem juga menyampaikan salam.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?