ARAK : DAP SUDAH DIIKAT KUMPULAN INDUSTRI ARAK.

Kiamat telah terlampau dekat dengan kita. Akhir zaman adalah saat yang sedang dilalui oleh kita ketika ini. Ayat 'ketika akhir zaman nanti' tidak lagi boleh digunakan oleh penceramah-penceramah agama, kerana sekarang dan ketika inilah saat yang dilalui didalam kehidupan seharian umat manusia, adalah masa-masa baki akhir zaman menuju kemusnahan total kiamat.

Salah satu tanda kiamat terlalu hampir dengan kita adalah amaran Rasulullah SAW, iaitu salah satunya tanda dekatnya hari kiamat nanti adalah minuman kamar (arak) akan menjadi minuman harian manusia dan menjadi satu jenis minuman yang ternama.

Tidak ada didalam dunia ini, agama-agama yang dicipta manusia atau agama dari langit, menggalakkan pengikutnya meminum arak. Agama Budha, yang di anuti ramai oleh bangsa Cina di Malaysia juga, menghalang pengikutnya dari meminum arak. Begitu juga agama Kristian, agama yang sedang berkembang kepada bangsa Cina Malaysia yang berpendidikan, juga tidak menggalakkan pengikutnya meminum arak dan yang sebenarnya di dalam kitab Bible sendiri, mengharamkan penganut Kristian dari meminum arak.

Namun, mengapakah kaum Cina di Malaysia ini terlalu sinonim dengan arak? Mengapakah kaum Cina di Malaysia ini adalah satu kaum yang seperti tidak boleh dipisahkan arak daripada kehidupan mereka?

Jawapannya mudah, penjual-penjual dan tokey-tokey arak adalah majoritinya adalah dari kaum Cina. Soal minum arak dan penjualan arak sebenarnya semuanya terjurus kearah soal-soal ekonomi tokey-tokey Cina yang menjual arak. Setiap, diulangi, setiap kedai makan Cina di Malaysia ini ada menjual minuman keras di restoran-restoran mereka. Sehinggakan ketahap pihak pengeluar arak, samada dari Achor Beer atau Carlsberg, sanggup menaja papan tanda- papan tanda Restoran makanan Cina di seluruh Malaysia, menjadi promosi iklan sampingan kepada produk arak mereka.

(Jika optimus prime ini boleh hidup, akan hamba gunakan kekuatannya untuk menghancurkan 2 kilang arak besar di Selangor)


Sedar tidak sedar, sebenarnya pengharaman iklan arak di Malaysia sebenarnya longgar kerana iklan papan tanda di restoran bukan Islam dengan senangnya mengiklankan jenama arak di restoran mereka. Iklan-iklan di panggung wayang juga bebas menyiarkan iklan-iklan arak begitu juga dengan surat khabar perdana berbahasa Inggeris seperti The Star. Dan semua iklan-iklan itu bersangkut paut dengan syarikat-syarikat dari kaum Cina.

Mungkin, disebabkan itulah, satu parti politik, yang bernama Democratic Action Party atau ringkasnya DAP, sebuah parti politik yang berteraskan kaum Cina, namun kononnya tidak berpihak kepada dasar kapitalis kerana mereka ini beriktikadkan kepada Sosialis Demokrat, seperti telah terpaksa menjadi sebagai sebuah parti yang kapitalis kerana mungkin hendakkan sokongan undi dari tokey-tokey arak ini yang banyak memegang pengundi-pengundi dari kaum Cina yang datang dari industri restoran makanan Cina dan juga kepada pengundi-pengundi yang meminum arak.

Terus-terang hamba terangkan, DAP telah menjadi seperti UMNO adalah kerana DAP juga telah terikat kepada ikatan-ikatan industri arak ini untuk mendapatkan undi mereka. Dahulunya, UMNO BN telah terikat dengan mereka untuk mengekalkan kuasa, dan sekarang, ikatan industri arak telah beralih talinya kepada DAP.

Perlu diingat, kaum-kaum kapitalis adalah satu kumpulan yang bijak melakukan apa sahaja agar mereka dapat keuntungan. Maka dari sini, dapat dilihat di Selangor, DAP telah diperbodohkan oleh mereka-mereka yang memegang industri arak agar kekal untung berkali-kali ganda dengan memabukkan rakyat dengan air-air racun yang dicipta oleh mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?