APA KATA USTAZ IDRIS JADI TIMBALAN PRESIDEN
Ahad ini, ada mesyuarat agong PAS Kawasan ditempat hamba. Mesyuarat kali ini ada pertandingan. Hamba telah menjadi salah seorang perwakilan cawangan untuk ke sana. Ada sepuluh perwakilan setiap cawangan. Maksudnya, hamba boleh mengundi untuk memilih calon-calon yang bertanding jawatan untuk Kawasan nanti. Jika dalam parti umno sekular rasuah itu, maka hamba rasa, kocek hamba dah kembung dengan wang haram rasuah. Mana tidaknya, semua jawatan dipertandingkan. Dari YDP sehingga bawah. Semua bertanding. Tetapi, kawasan ini, tiada kumpulan erdogan dengan muqobalah yang sering diwar-warkan oleh bloggers2. Semua sama sahaja, iaitu jemaah yang satu, PAS. Tidak hirau hendak berbincang dengan sesiapa pun. Walau dengan musuh utama, jika berbincang itu boleh menguntungkan Islam, kami berbincang. Apa yang hamba terdengar terutamanya di media blog, maka hamba rasa, satu pertandingan akan berlaku diperingkat pusat untuk jawatan timbalan presiden, iaitu diantara ustaz Nasa dengan Husam. Jika hamba dib...